Alhamdulillah rezeki pertama di bulan ramadhan tahun ni.
Terima Jemputan beriftar di Hotel De Palma Shah Alam.
jom tengok apa yang istimewa berbuka di Hotel De Palma Shah Alam ni..
Gempita Rasa 29 Malam adalah pilihan tema untuk tahun ni memandangkan bufet ramadhan ni berlangsung dari hari pertama hingga hari ke29 ramadhan. paling best, Hotel De Palma Shah Alam ini menampilkan konsep pasar malam di mana setiap menu akan dipersembahkan berkonsepkan gerai macam biasa kita tengok kt pasar-pasar malam atau bazar ramadhan di luar sana. sangat santai dan meriah dengan warna-wari dan riuh rendah setiap gerai membuatkan kita lupa kepenatan seharian di tempat kerja.
juadah wajib setiap hotel. kambing panggang!
Pihak Hotel De Palma Shah Alam berbesar hati mengekalkan barisan menu pilihan yang bercirikan warisan melayu kampung terutamanya masakan pantai timur, lauk-pauk kenduri dan macammmm macamm lagi.. sila tatapi barisan gambar makanan yang dihidangkan untuk para tetamu serta pelbagai gerai-gerai dengan pelbagai cita rasa aneka juadah dengan dekorasi yang tersendiri.
gerai pantai timur. ada nasi kerabu, nasi dagang dan ayam percik. sesiapa yang bertekak pantai timur boleh terjah gerai ni.
ikan keli gorang panas panas!
nahh video ikan berenang berenang menunggu turn nak masuk ke dalam kuali.
Kepelbagaian hidangan ditambah seri dengan lauk pauk kenduri atau dikenali dengan lauk pengantin di gerai Santapan Raja Sehari yang diberi sentuhan moden sesuai dengan citarasa golongan muda masa kini selain mengekalkan sebahagian ciri-ciri asli lauk tersebut. Nasi minyak, nasi tomato, nasi bukhari beserta lauk yang tak lapuk ditelan zaman seperti daging masak hitam manis, ayam masak merah, daging rendang juga dihidangkan setiap hari.
gerai bubur lambuk pon salah satu kemestian sebabnya bubur lambuk ni popular bila menjelang ramadhan.
Sapa yang sukakan indian food, sila terjah gerai ni.. ada rojak mamak, tosei, capati, vadey yang dihidangkan beralaskan daun pisang..
rojak buah bersama kembarnya rojak mamak..hahaha..
ponn sedap.. cukup rasa.
bagi penggemar gulai kawah, pon ada juga disediakan. pekat likat melekat rasanya..
Ada juga terselit juadah hari raya seperti ketupat palas, nasi impit, pulut kuning, dan rendang. ada juga feeling macam makan kat rumah terbuka.. hihiii... padahal baru ramadhan ke-4 gituuu..
Buffet Ramadhan di Hotel De Palma Shah Alam juga ada menyediakan hidangan pilihan untuk kanak-kanak. Antaranya adalah jejari ikan goreng, sosej, nasi ayam, dan tidak ketinggalan pencuci mulut kegilaan kanak-kanak malahan orang dewasa juga iaitu aiskerim (vanila, strawberi, coklat) dan juga ABC serta cendol. ohh ya.. sengkuang calit dan popiah basah pon ada jugak tau..
tambah istimewa, Hotel De Palma Shah Alam menyediakan solat terawih secara berjemaah pada setiap hari di surau Nurul Iman yang boleh memuatkan sehingga 200 orang jemaah pada satu-satu masa. Solat terawikh ni akan diimamkan oleh ustaz Amir dan Ustaz Nasri selaku Imam Residen Hotel De Palma Shah Alam.
last but not least, sebagai penutup menu sebelum pulang ke pangkal jalan, kita kasi santap 1 mangkuk laksa penang.. memang superb..
antara blogger yang semeja dengan iols..hehhe..
Bagi yang berminat untuk merasai kemeriahan berbuka puasa di Hotel De Palma Shah Alam boleh membuat tempahan terus ke kaunter ramadhan atau pun menghubungi talian khas tempahan bufet ramadhan di talian 03-55428080 atau Jabatan Jualan di sambungan 611/608/405/406. sebarang pertanyaan atau tempahan boleh juga diajukan kepada pautan emel noraini@depalmahotel.com atau instagram @depalmahotels
Dewasa : RM68.00
Kanak-Kanak : RM34.00
Promosi : RM50 (6-10 Jun 2016)
Ohh yaa.. lagi satu, anda juga boleh dapatkan diskaun sebanyak 12% dengan hanya menggunakan kod MRSPUEX semasa tempahan dibuat.
Selain shah alam, De Palma Hotel juga mempunyai beberapa rangkaian lain iaitu Hotel De Palma Ampang dan Hotel De Palma Kuala Selangor yang menawarkan bufet ramadhan dengan harga yang berpatutan.
sekian,
salam ramadhan dari mrspuex.
#depalmahotels
#depalmashahalam
#depalmaampang
#depalmakualaselangor
5 Comments
http://syeedasaniey.blogspot.my/2016/06/giveaway-kad-raya-syeeda-saniey.html