Kuih Sesejuk Salju : Resepi ceria ria ramadhan bersama YEOS.

Assalamualaikum/Hai,

Ramadhan dah dekat, tapi tiada idea nak buat desert untuk juadah berbuka puasa??
Nak cuba kelainan tak??
jom kita try desert mudah dengan menggunakan  minuman Laici Yeo's.

Semudah zapp zapp zapp..
siap dan sedia untuk dihidang.

Kuih Sesejuk Salju.


Tajuk desert yang diberi adalah KUIH SESEJUK SALJU .
sesejuk salju masuk ke anak tekak. gituuuu...
ini juga adalah resepi keluarga jika ada sebarang aktiviti makan-makan di rumah. tapi untuk resepi kali ini, saya enhancekan sedikit dengan menggunakan minuman laici dari Yeo's.
seriusly, bertambah-tambah sedapp dap dapppp jadiknya.


Ok, jom kita tengok bahan-bahan dan cara nak buat kuih sesejuk salju ni.


BAHAN A :
*untuk sukatan 4-5 orang makan*
1. satu cawan kastard
2. 1 sudu esen vanila
3. 1 cawan susu sejat
4. 3 sudu gula (tiada gambar) kalau nak manis boleh tambah lagi.



BAHAN B :
*untuk sukatan 4-5 orang makan*

1. 1 kotak minuman laici Yeo's
2. susu sejat (lebihan dari bahan A)
3. 1 tin fruit cocktail
4. 1 tin laici
*tak perlu tambah gula sebab bahan 1,3,4 dah manis*


Cara- cara :


1.masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih dan berkilat. 
2. tutup api 
3. masukkan ke dalam acuan dan sejukkan.


dah sejuk, keluarkan kastard dalam acuan dan masukkan elok elok ke dalam mangkuk.
*option: kastard ni boleh juga dipotong dadu kecil-kecil jika nak buat dalam kuantiti yang banyak (10-15 orang makan)* 


kemudian, masukkan semua bahan B ke dalam mangkuk tersebut.

1 tin cocktail.

1 tin buah laici beserta syrupnya.

1 kotak minuman laici Yeo's.

susu sejat secukupnya.



tadaaaa..
siap sedia untuk dihidangkan.
mempersembahkan KUIH SESEJUK SALJU istimewa untuk ramadhan kali ni.
 mudahh kann??
kalau nak sejuk, masa nak hidang tu, boleh masukkan ais ketul ke dalam mangkuk


my tester of the day.
nikmat, lazat dan simple.. 
kenyang perut suka hati..


Resepi Mudah Dengan Minuman Yeo's Laici.

Resepi ini bertambah sedap dari selalunya sebab saya tambahkan minuman Laici Yeo's. kenapa saya memilih Yeo's?? kerana ianya diyakini HALAL dan SEDAP. Dan yang paling penting jugak ianya TANPA PENGAWET dan KURANG MANIS.


Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua.

Ramadan adalah bulan yang dipenuhi dengan amalan-amalan mulis seperti bertindak baik juga beramal dari segi memberi kepada yang memerlukan.

Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua.

Sebagai peneraju minuman dan makanan, Yeo Hiap Seng (Malaysia)Berhad ("Yeo's"), berhasrat meneruskan kegiatan yang membabitkan amalan mulia melaui kempen Yeo's Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua.

Kempen ini menampilkan Kaka Azraff, Shukri Yahaya, AG, Heliza Helmi, Feeya Iskandar dan Faizdickie dalam mengumpul nilai derma menerusi pembelian produk Yeo's. 

Sumbangan ini akan ditukarkan kepada wang tunai dan disalurkan ke ENAM buah rumah anak yatim terpilih terletak di kawasan KL dan Selangor. Sesiapa yang menyumbang berpeluang menang duit raya dengan jumlah mencecah RM 58,000!

Maklumat lanjut menerusi , www.yeos.com.my atau hubungi 1300-80-2828.

Saya sokong AG sebab saya gunakan minuman Laici Yeo's dalam resepi saya kali ni.. sooo, jom bersama-sama saya sokong AG dalam Yeo's Ceria Ria Beramal Bersama Bintang. 


 -mrspuex-

5 Comments

HeNRieTTa JoSe said…
yummy....dah lamaer xmakan cmne....bru taw nama dia...biasa dgr fruit coctail je...xde kastad tu....
mrspuex said…
my mom named it as kuih sejuk tapi saya enhancekan tajuk jadi kuih sesejuk salju..hehee.. kastard tu bertindak sbg kuih dlm desert ni..
mrspuex said…
This comment has been removed by the author.
Mahamahu said…
Amboi adik2 tu terbeliak biji mata makan tengok orang hehehe sedap sangat ker macam best jer...
Izwa Kamaruddin said…
amboiii awokkk..seksi nyerrrrr kuih sesejuk salju ituuuu !