Assalamualaikum/Hai,
Hai korang..
Alhamdulillah saya berkesempatan untuk hadir soft launch KL Sky Tour oleh Cempaka Helicopter dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kuala Lumpur Tourism Bureau (KLTB) yang diadakan pada 25 Ogos 2016 yang lepas bertempat di Titiwangsa Helipad, Taman Tasik Titiwangsa.
Paling best untuk pelancaran ni, semua media akan diberi peluang untuk merasa sendiri naik helicopter.. part ni memang teruja berkali-kali tau.. tak sabarr pon ade, gayat pon ada..hahaha..
sebelum majlis start, meh selpi seketul dengan banner.
Pelancaran KL Sky Tour yang telah dirasmikan oleh Ybhg Tan Sri Datuk Seri M Kayveas, penasihat Kepada Kementerian Pengangkutan. Malaysia diiringi CEO Cempaka Helicopter, Datuk Zakaria, dan lain lain..
Briefing oleh Dato’ James Ashley Greaves (Executive Director of Cempaka Helicopter Corporation Sdn Bhd) merangkap salah seorang Pilot untuk haritu.
Robinson R66 Turbine in action
sempat selpi bersama blogger blogger hebat..
Mr Jocko, Achik, Sally.
belakang tu Robinson R44
ok, part yang paling ditunggu-tunggu..
mari naik heli!
yippiiiieee!!
video khas untuk tontonan rakan folowers saya..
silakan tengok ya..
syukur diberi peluang keemasan ni tau..
terkagum kagum berada kat atas awan tuh..
dalam hati berdoa, semoga selamat landing dengan jayanya..
ternyata semua pilot dari Cempaka Helicopter ni berpengalaman luas dalam mengendalikan helicopter.so, korang jangan gundah gulana ok!
view dari dalam heli.
hai Kuala Lumpur!
Apa Khabar orang di bawah??
hehehee..
yesss..saya berada di atas Bangungan Berjaya Times Square uols!!hahahaa..
jom selpi seketul.. |
introduce our pilot yang hensem, Mr Adil dari Cempaka Helicopter Sdn Bhd.
Thanks Mr Adil for the ride..
an awesome 6 minutes journey !
Antara Pekej yang ditawarkan oleh KL Sky Tour :
1. The KL Express
perjalanan termasuk KL Tower, Dataran Merdeka, Stadium Negara dan KLCC
masa : 6 minit
RM198.00 seorang + 6% GST
2. The City Explorer
Melalui kawasan BAtu Caves, Jalan Duta,Masjid Negara
masa : 15 minit
RM488.00 seorang + 6% GST
3. The Jungle Escape
Kawasan Quartz Ridge sehingga ke Batu Dam
masa : 30 minit
RM960.00 + 6% GST
4. The Mountain View
Kawasan sekitar Genting Highlands dan sekitar KL
masa : 45 minit
RM1388.00 + 6% GST
*minimum 3 orang untuk setiap penerbangan*
kalau nak merasa untuk jalan-jalan KL dari atas awan, saya cadangkan korang merasa sendiri pengalaman ini. seronok tau. Boleh masukkan dalam list travel jugak ni tau..Untuk maklumat lanjut/tempahan boleh hubungi :
Cempaka Helicopter Corporation Sdn Bhd
No. Tel : 019 – 258 6818
Emel : info@klskytour.com
Laman web rasmi : www.klskytour.com
FB rasmi : KL Sky Tour by Cempaka Helicopters
IG Rasmi : @KLSkyTour
Twitter Rasmi : @klskytourbychcs
IG Rasmi : @KLSkyTour
Twitter Rasmi : @klskytourbychcs
-MrsPuex-
1 Comments