pelancaran video muzik lagu "Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!"

Assalamualaikum/Hai,

Berita gumbira bagi penggemar cerita kanak-kanak Upin & Ipin ni..
eyh bukan kanak2 je suka, mak mak pon suka jugak tau.. sebab dia cute dan jalan cerita yang santai dan penuh dengan nasihat..

Terbaru, Upin ipin dah buat muzik bidiiiooo kaaauuuu...
kehhlassss...

SESI PELANCARAN VIDEO MUZIK 

Les’ Copaque Production dengan kerjasama KRU Studios melancarkan muzik video lagu “Jeng, Jeng, Jeng!” nyanyian Yubi Band bersama Upin dan Ipin (Asyiela Puteri). Lagu “Jeng, jeng, Jeng!” yang berkonsepkan pop-santai mempunyai lirik yang sesuai dan mudah dinyanyikan. 

pelancaran video muzik lagu "Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!"

Muzik video ini juga memaparkan gerak tari yang dicipta khas untuk lagu ini dan diharapkan menjadi ikutan yang popular. Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh tenaga kerja Les’ Copaque dan KRU Music telah memberi kerjasama untuk menyusun semula muziknya. Lagu ini merupakan lagu utama di dalam filem "Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!" yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 24 November 2016, edaran Primeworks Distribution. 

pelancaran video muzik lagu "Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!"

Muzik Video ini dapat ditonton di YouTube Channel Les’ Copaque Production bermula pada 16 Ogos 2016. "Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!" merupakan filem Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi 3D dan lakonan hidup. Filem yang diterbitkan secara usahasama di antara Les’ Copaque Production dan KRU Studios, menggabungkan kepakaran animasi dan kesan khas antara kedua-dua studio yang terkenal di negara ini. Keunikan filem ini telah mendapat kepercayaan peneraju syarikat D’Herbs Holdings, syarikat kosmetik gergasi Malaysia, Dato’ Aliff Syukri yang merupakan peminat tegar Upin dan Ipin, untuk menjadi penaja utama. Dato’ Aliff , merasakan jenama “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” serasi untuk mempromosikan produk keluarannya, Jus Pintar dan Syampu Kanak-Kanak yang menjanjikan kegembiraan kepada pemakainya. 

pelancaran video muzik lagu "Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!"

Kos penerbitan keseluruhan filem ini dianggarkan mencecah RM4 juta dan sebahagian dari kos ini turut dibiayai oleh FINAS iaitu di bawah Dana Kesan Khas (CGI). Ia turut disokong oleh MDEC yang sentiasa inginkan satu penanda aras baru di dalam lanskap teknologi terutamanya animasi. Di samping itu, Penyedia Perkhidmatan Internet gergasi negara iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM) dan PT Mega Pharmaniaga turut menjadi penaja bersama bagi filem ini. 

pelancaran video muzik lagu "Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!"

Semestinya penaja-penaja ini tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan filem ini. Sempena promosi filem ini, pihak Les’ Copaque Games Development Incorporated (LCGDI) turut melancarkan aplikasi khas “Augmented Reality” yang direka khas, membolehkan peminat Upin & Ipin berinteraksi bersama Upin dan Ipin. Aplikasi ini boleh dimuat turun di peranti iOS sekitar September 2016. 

pelancaran video muzik lagu "Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!"

Di majlis pelancaran ini juga restoran Lepak@Les’ Copaque turut dirasmikan. Restoran yang bertempat di Market Place, Subang Parade ini menyediakan hidangan istemewa Ayam golek Luar Biasa, Nasi Bubur Berlauk dan Yong Tau Foo. Pelbagai produk asli daripada animasi popular Upin & Ipin, Ultraman Ribut, Puteri dan Pada Zaman Dahulu keluaran LC Merchandising boleh didapatkan di sini.






Tahniah Les’ Copaque Production..!!

 -MrsPuex-

0 Comments