Skip to main content

Sumber Ayu : Penjagaan Semula Jadi Khas Untuk Wanita

Assalamualaikum/Hai, 

Sumber Ayu : Penjagaan Semula Jadi Khas Untuk Wanita
saya adalah wanita terbahagia dapat mencuba 3 jenis pembersih daun sirih SUMBER AYU ni..hehehe..paling digemari adalah MAWAR. 

Sebahagian erti menjadi dewasa adalah mampu mengetahui dan memahami keadaan serta keperluan tubuh badan. kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan intim. 

Bahagian intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dan perasan tidak selesa pada kawasan tersebut. bakteria yang membentuk sebuah ekosistem semulajadi ini memberikan keseimbangan tahap PH serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing. bertentangan dengan kepercayaan umum, membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air akan mengganggu keseimbangan semula jadi lantas mendedahkan anda kepada risiko jangkitan.

Lengkapkan rutin penjagaan peribadi anda dengan Pembersih kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, diformulasi dengan bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. kawalan pH pada paras pH 3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.

Bahan utama ekstrak Daun sirih kini dipertingkatkan dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria. Formulasi ini diperhebat dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.

Selari dengan peredaran masa, pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar. Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di  hiasi dengan kemasan HALAL oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna muslimah

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur dan hadir dalam rangkaian enam wangian yang menarik dan pelbagai. Terdapat 6 jenis Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER  AYU yang dikeluarkan khas untuk wanita :

Sumber Ayu : Penjagaan Semula Jadi Khas Untuk Wanita


Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Orkid :
Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Mawar :
wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. pilihan bagi wanita yang berjiwa romantis.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Floral :
Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Musk :
Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Gambir :
bauan herba yang harum serta memeberikan kesegaran semula jadi. pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghariga sentuhan alam di dalam kehidupan.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Fruity :
Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.


Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU boleh didapatai pada harga RM3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml). Rangkaian penjagaan kebersihatan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Produk-produk SUMBER AYU kini terdapat di semua pasaraya utama dan farmasi.



 -MrsPuex-

Comments

Popular posts from this blog

Pameran Projek Shinkansen Di ISetan The Japan Store LOT 10 Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan Isetan The Japan Store telah  melancarkan pameran di Jepun Shinkansen di Lot 10 Shopping Centre. Pameran ini akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Level 1 daripada Isetan The Japan Store. Acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Projek Shinkansen yang sangat menarik. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di masa akan datang. Lokasi pameran, Isetan The Japan Store, menawarkan pelbagai produk Jepun dan pengalaman budaya Jepun dari tradisi purba dengan teknologi terkini, dan pelbagai fesyen, gaya hidup untuk makanan sebagai kedai khusus memperkenalkan Jepun. A diorama kereta api yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan semasa pameran itu, menyatakan keindahan dari Shinkansen yang termaju dan keunikan ...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P