Assalamualaikum/Hai,
Hari Krismas dah nak dekat dah.
Bagi rakan-rakan alam maya saya yang bakal menyambut perayaan Hari Krismas ni, jika tiada idea nak sambut kat mana, boleh la bersantai-santai, lepak lepak bersama keluarga di Hotel Royale Bintang, Kuala Lumpur.
Lokasi yang sangat strategik di mana, hotel ini terletak betul-betul di tengah-tengah bandar. lagi best, berhampiran dengan Bukit Bintang Plaza, Low Yat Plaza dan Sungei Wang Plaza.
Sempena hari krismas ni, Hotel The Royale Bintang, Kuala Lumpur sedang mempromosikan menu untuk Christmas Buffet Dinner dan Christmas Buffet Hi-Tea yang bertempat di Sunflowers Bresserie, Level 1 dan di Royale Ballroom.
Dekorasi dan menu-menu yang cukup menarik disajikan khas bersempena dengan tema perayaan Hari Krismas. Teruja sungguh bila saya lihat dekorasi dan menu-menu yang terhidang untuk kami.
Nampak tak ayam besarr tu?? melting kann??
tu la ayam turki / ayam belanda.
Ayam Belanda ni memang sinonim dengan sambutan Hari Krismas. Kalau takde ayam belanda ni rasa macam tak lengkap je sambutannya. Samalah kalau kita sambut hari raya, takde lemang, rendang memang tak berseri-seri perayaan kita tu kan??
Alhamdulillah berpeluang untuk merasa ayam belanda untuk pertama kalinya yang menjadi santapan utama di Hotel Royale Bintang, Kuala Lumpur ini. Melting sungguhhh.. beregu pula dengan kambing panggang resepi rahsia dari chef-chef di hotel tersebut. *
Selain menu utama,jika yang meminati seafood, jangan risauu.. nahhh udang segar untuk anda..
fuhhhh... tak sedar berapa ekor dah selamat masuk ke dalam perut saya.. hahaa.. *usapperut*
Beraneka makanan sebenarnya yang disediakan untuk para pelanggan. Bermula dari Starter food sampailahh ke menu dessert. lengkapppp kesemuanya.. memang puas hati sangat kalau anda sekeluarga meluangkan masa kat sini. sambil makan, sambil merapatkan silaturrahim sesama keluarga.. gituuuuu..
*highly recommended*
Senarai harga menu untuk Festival Christmas Eve :
Christmas Day Hi-Tea (25 Disember 2016)
Lokasi : Sunflowers Brasserie
Masa : 12.30 tengah hari - 4.00 petang
Harga : RM88.00 nett(dewasa) , RM44.00 nett (kanak2/warga emas)
Christmas Gala Buffet Dinner (24 Disember 2016)
Lokasi : Royale Ballroom
Masa : 7 malam - 10.30 malam
Harga : RM1488.00 nett(dewasa) , RM74.00 nett (kanak2/warga emas)
New Year Day Hi-Tea (1 Januari 2017)
Lokasi : Sunflowers Brasserie
Masa : 12.30 tengah hari - 4.00 petang
Harga : RM88.00 nett(dewasa , RM44.00 nett (kanak2)
New Year Eve Dinner Set(31 Disember 2016)
Lokasi : Cafe Royale & Bar
Masa : 7 malam- 10.30 malam
Harga : RM108.00 nett
New Year Eve Gala Buffet Dinner(31 Disember 2016)
Lokasi : Royale Ballroom
Masa : 7 malam - 10.30 malam
Harga : RM1488.00 nett(dewasa) , RM74.00 nett (kanak2/warga emas)
** 30% untuk pelanggan yang menginap di hotel tersebut**
rakan blogger bersama-sama staff dari Hotel The Royale Bintang, Kuala Lumpur. Terima kasih kerana sudi jemput kami.
Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh hubungi :
website : www.royale-bintang.com
telefon : 03-21439898
Alamat : 17-21, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
1 Comments