Jom Naik MRT Percuma sehingga 16 Januari 2017

Assalamualaikum/Hai, 

korang dah naik MRT percuma??
belumm??
aku bab bab percuma ni lajuuuu je..
hahahahaaa..
tak mengapa.. ada masa lagi ni sementara tengah percuma sehingga 16 Januari 2017 ni..
kang dah berbayar lagi jenuh nak naik kan?

just scan ic je dah boleh masuk.

ada shuttle bas percuma jugak tau.. route dari mana nak kemana tu nanti pepandai la korang tanya abam bas.. hakak lupe plak nak interbiu mereka..
kami naik dari stesen KWASA Sentral. sebab stesen ni yang paling dekat dengan rumah.
MRT ni baru fasa 1.
route KWASA DAMANSARA - SEMANTAN

nak pegi ikea lepas ni boleh la naik MRT je ..turun kat mutiara damansara. menapak sikit je..
setakat nak pegi makan meatball+ciken wing tu ok la.. jangan ko nak shopping 1 ikea tapi naik MRT.. mmg kene sembur la dengan penumpang lain ..hahahaa..

kita tak sabar nak tunggu siap fasa 2.
fasa 2 nanti route dia akan menjangkau sampai ke kajang sana..

sooo bila dah siap nnti bolehlah balik ceras dengan MRT ni saja..
saja saja buang tebiat nak balik naik tren katanya..stesen yang terdekat nanti adalah stesen Taman Midah (berdekatan dengan mekdi + kepsi tu)


dabel date dengan jiran depan umah.. ekceli plan tak dirancang..
best jugak.. at least ade geng selfi bersama.. gituuu..

mereka teruja.

selfi dgn tiang pon bolehhhh...

kusyuk dorang tengok luar..


pemandangan dari dalam tren..
masa kitorang pegi ni, orang tak berapa ramai..
soo dari hujung gerabak sini boleh nampak ke hujung gerabak sana.
seghonokkkkk!!

selfi selfi dlm tren itu wajib..
kata pelancong kannn..
kahhhhh!!


naik dengan geng, beginilah mereka..
melekattt..


selfi dgn anak dara kita..

apa yang best naik MRT ni??
ruang yang besar boleh memuatkan banyak kapasiti penumpang dalam satu-satu masa.
lajuuuuuu..
ada pintu di antara ruang menunggu tren di setiap stesen.
kawasan parking yang banyakkkk
kemudahan lain lain seperti perkhidmatan bas secara percuma.

soo ape tunggu lagi,

JOM NAIK MRT!

 -MrsPuex-

2 Comments

HeNRieTTa JoSe said…
bestnye nek train ramai ramai...anak sedara pown ajak nek train jugak...tunggu baby eya shat...nak bawak dia nek train...
HeNRieTTa JoSe said…
PS: Terima kasih doakan Qyra