Petua Seronok Belajar

Assalamualaikum/Hai,

Minggu kedua alam persekolahan untuk anak-anak dan adik-adik.

maka,
Harini kakak nak jadi pakar motivasi.

Topik pagi ni adalah : Petua Seronok Belajar -Tetapkan matlamat dan rancang kegiatan seminggu

Image result for study motivation
Beberapa tips yang mungkin boleh membantu adik-adik untuk seronok belajar.

1. MATLAMAT BELAJAR
Bayangkan siapa anda 10 minggu dari sekarang. 10 bulan dari sekarang . 10 tahun dari sekarang. siapa anda ketika itu? siapa yang anda ingin jadi? berapa gaji atau pendatapatan setiap bulan?apakah jenis rumah yang ingin anda miliki? bayangkan betapa bahagianya keluarga yang anda bina ketika itu. bayangkan semuanya indah. Kekadang imiginasi positif akan mencetuskan tindakan yang positif. ia bermula dari sekarang iaitu mempunyai pencapaian yang baik di sekolah kerana disitulah anda mencari ilmu pengetahuan dan pengalaman untuk digunakan dalam kehidupan.

2. CARI ALASAN KECIL
Apa yang anda lihat, itulah yang anda dapat walau sekecil mana sekalipun. Jika anda hanya melihat kepada cikgu yang garang, bangunan sekolah yang lama, kemudahan sekolah yang mungkin tidak sempurna, guru yang tidak kacak dan cantik maka itulah yang akan dapat. so, try cari something yang hebat. cari alasan kecil yang berasa seronok untuk ke sekolah seperti cikgu yang ikhlas mengajar, kemudahan sekolah yang lebih baik jika dibandingkan dengan sekolah di negara yang dilanda musibah, makanan yang 'best' di sekolah yang mungkin tidak ada di rumah atau mungkin juga rakan sekelas yang 'comel' atau 'hensem.. hehehe.. ini penting ya.. semangat nak datang sekolah tu akan datang dengan sendiri.

3. TEKNIK BELAJAR
carilah buku atau hadiri seminar mengenai teknik belajar yang berkesan. selalunya kita jadi bosan nak belajar kerana kita dah betul-betul belajar tapi keputusan kurang memberangsangkan. rupa-rupanya belajar betul-betul sahaja tidak cukup. kita perlu belajar dengan cara yang betul, barulah mendapat hasil yang betul. bayangkan apabila usaha kita berhasil, barulah seronok!. umpama asalkan tanam je ada hasil. barulah bersemangat nak tanam lagi!

4. HADIAHKAN ATAU HUKUM DIRI SENDIRI.
Rancangkan aktiviti harian sekolah seperti menyiapkan kerja sekolah, menghapal sifir, membuat latih tubi, menyiapkan nota hinggalah kepada aktiviti seperti dapat hadir awal ke sekolah. Apabila anda berjaya mencapainya selama seminggu berturut-turut tanpa gagal, maka pada hujung minggu, hadiahkan diri sendiri seperti makan coklat ke, makan ais kerim ke, makan kepsi ke, main game ke, tapi jika ada aktiviti harian yang dirancang gagal dilaksanakan, hukum diri anda dengan melarang diri anda bermain game, tak boleh makan ais kerim dan sewaktu dengannya.

ok, dapat serap tak??

selamat belajar ye adik-adik. semoga rajin dan tekun dalam belajar..

 -MrsPuex-

0 Comments