Kurang sebulan lagi, Bulan Ramadhan bakal menjelma, Di kesempatan ini, banyak hotel-hotel dan resort- resort di serata malaysia membuat persediaan yang jitu untuk juadah berbuka puasa. bagi memeriahkan lagi bulan Ramadhan untuk tahun ini, Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur menyajikan pelbagai variasi hidangan yang bakal membawa kita mengembara ke seluruh ceruk bandar Kuala LUmpur di bawah satu bumbung berkonsepkan " Selera Desa Kembara Iftar Di Kuala Lumpur.
kredit gambar : ummizarra.com
Paling istimewa kali ini, terdapat replika Rumah Kampung Kayu Traditional disediakan oleh Chef Hassukri dan team. Rumah kayu yang seberat 60 kilogram ini diperbuat sepenuhnya dengan Edible Bergula. Antara bahan- bahan utama adalah gelatin, putih telur, gula icing, sirap glukos, tepung jagung dan air. pembinaannya sangat teliti.
Antara sajian kembara iftar yang dihidangkan ialah ikan bakar stail masakan portugis, nasi tumpeng jawa timur, rendang itik, siput sedut batang keladi, sup rusa, kambing golek, ayam golek, rojak mamak, asam laksa, roti canai pandan, ketupat, lemang, dan produk daripada durian seperti serawa, wajik, puding dan banyak lagi.
Tahun ini Pihak Ancasa Hotel & Spa menggabungkan tema Kembara Iftar Di Kuala Lumpur bagi menyingkap semula kenangan lama. Juadah-juadah yang disediakan semuanya mengikut tempat-tempat yang dulu memang sangat popular dan sehingga kini masih terpahat dalam memori kita. Antaranya adalah Jalan Medan Pasar Lama, Warong Doraisamy, Jalan Pudu, Jalan Pantai Dalam, Kampung Attap, Jalan Bellamy dan banyakkkk lagi.
Menu-menu yang disajikan akan dihidangkan secara bergilir-gilir dan terdapat lebih 100 hidangan setiap hari yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut. Antara juadah yang sempat saya cuba adalah :
masak lemak cili api siput sedut batang keladi.
sambal tumis udang bersama petai.
ikan bakar portugis.
Asam Laksa
pencuci mulut .
menarik perhatian betul kek dengan limpahan sos stroberi ni.
Apam balik.
Nasi Tumpang Jawa Timur.
Harga :
Early Bird sehingga 15 Mei 2017
RM58.00 sahaja
Harga Asal :
RM68.00 (Dewasa)
RM40.00 (Kanak-Kanak)
Maklumat lanjut :
Saffron Brassirie - 03-2026 6060
Website : www.ancasahotels.com
Facebook : Ancasa Hotel & Resort
Instagram : www.instagram.com/ancasahotels
kredit gambar : www.idabaharum.com
Terima kasih PR dan Hotel Ancasa & Resort sudi jemput saya dan rakan blogger yang lain.
-MrsPuex-
0 Comments