MENIKMATI MENU THAILAND DI STREAT THAI - AUTHENTIC THAI STREET EAT

Assalamualaikum/Hai,

Sesekali perlu dan wajib manjakan perut dengan menu-menu dari Thailand.
kekangan masa dan kos untuk pergi ke thailand??
sekarang tak perlu susah hati lagi.

saya dah jumpa restoran STREAT THAI yang menghidangkan segala menu dari negara yang kaya dengan makanan sedap sedap ni..

kat mana??
kat STREAT THAI yang terletak di Jaya One, Petaling Jaya, Selangor.

STREAT THAI
pintu masuk.


tuan belog bersama eskot-eskot comel.

Perkara yang menarik perhatian saya mengenai tempat ini adalah suasana yang santai, kakitangan membantu, mesra dan sopan sambut kedatangan saya ke restoran tu.

Paling best, bahan-bahan yang digunakan dalam masakan adalah semata-mata dari Thailand yang membuat rasa benar-benar rasa dari sana.

STREAT THAI

STREAT THAI

Dah masuk ke dalam restoran STREAT THAI ni, saya sempat berjalan-jalan di sekitar restoran. dekorasi authentic yang diterapkan dalam STREAT THAI memang terasa seperti betul-betul berada di Thailand walaupun saya tak pernah lagi menjejakkan kaki ke Thailand lagi..

Menu-menu disajikan untuk saya dan rakan-rakan blogger yang lain semuanya bercitarasa thai. dah kata restoran thai kan, wajib la semua menu dari rasa thai. Antara hidangan yang sempat kami cuba adalah Papaya Salad With Salted Eggs, Green Curry, Tomyam Creamy Porridge With Seafood dan lain-lain. selebihnya saya story jenis menu serta gambar ye..  *adoi terliur balik ni*


STREAT THAI
Green Curry
  
STREAT THAI
Steam Talapia with Lime and Garlic Sauce

STREAT THAI
Creamy Tom Yam Seafood

STREAT THAI
Beef Noodle Soup

STREAT THAI
Papaya Salad with Salted Eggs

STREAT THAI
Creamy Tom Yam Porridge Seafood

STREAT THAI
Crispy Fried Chicken Chop Served with Rice

STREAT THAI
Fried Chicken

STREAT THAI
Red Ruby With Coconut Milk  
 STREAT THAI
Deretan minuman kami anak beranak.
dari kiri : salak fruit milk tea, green tea, thai milk tea, laici ice tea

STREAT THAI

Alhamdulillah .. rezeki dapat makan makanan thai bersama rakan-rakan blogger yang lain. Terima kasih tak terhingga kepada blogger jelita sis hanny kerana sudi menjemput kami.

sedapp.. puas hatiii.. 
kenyang perut suka hatii..
in sya allah kalau tekak teringin nak makan menu thai, dah tau dah kat mana kami nak tuju..
shah alam - PJ small the matter laaahh... ecececeeeee..

korang patut cuba jugak tauu..

STREAT THAI - AUTHENTIC THAI STREET EAT

ALAMAT :
100-G.001 The School (Jaya One)
No.72A, Jalan Universiti
Petaling Jaya, 46200
Selangor Darul Ehsan

TEL :
03-74961296 / 012-9073581

WAKTU OPERASI :
11.30 pagi - 10.00 malam (Isnin - Khamis)
11.30 pagi - 11.00 malam (Jumaat - Sabtu)
11.30 pagi - 10.00 malam (Ahad)

WEBSITE :

FACEBOOK :

INSTAGRAM :



 -MrsPuex-

2 Comments

Azlinda said…
sedap n terliur pulak hehehe
Akina Scarves said…
Salam ziarah
Jemput singgah blog saya
akinascarves.blogspot.my

InsyaAllah bermanfaat