Skip to main content

Smart Khalifah Awesome Adventure With Family 2017

Assalamualaikum/Hai,

Setiap tahun mesti akan WAJIB turut serta untuk program yang best nih..
Tahun lepas buat kat Taman Botani Shah Alam,
Tahun ni organizer buat jauhhhh sikit ke Taman Botani Putrajaya.


Tujuannya adalah satu.
merapatkan silaturrahim antara cikgu dan anak-anak,
merapatkan silaturrahim antara parents dan cikgu-cikgu
merapatkan silaturrahim antara parents dengan parents ..


total 9 cawangan yang join sama untuk program ni..
seriusly memang happening..
makanan toksah cakap la. meriahhhh sepanjang masa.
parents dan anak anak kompom tak kebulur..haahaha..


ada mee goreng, ketiau goreng, nasi goreng
cendol, aiskerim potong
dan air refill sepanjang masa..

*takde gambar sebab mak bizi bagi sokongan moral kat anak anak main sukan*


heavennnn!!

perbarisan setiap cawangan yang join.
my airiel qaid jadi leader. tu yang beratur kot depannnn sekali..
muka masam tu konon konon menjiwai watak ketua la tu..
hahahaha..

senaman panas badan antara ayah dan anak anak..
mak mak dok belakang jee..

tema kali ni adalah HIJAU.
maka, sehariann hijaaauuu mata memandang...


antara acara sukan kegemaran sejak kecil..hahaha..
lari sambil membawa bola pingpong dalam sudu..

sempat bergambar berpanasan antara teachers dan parents yang datang.
finally.. semua pon adelah pemenang..
kalah ke menang semua bawak balik medal ni..
adil dan saksama.. 
takdelah babak babak anak anak cranky tak dapat hadiah...

selesai acara sukaneka untuk anak-anak, rehat sebentar dan bermulalah aktiviti untuk kaum ibu dan bapa

bina menara tertinggi menggunakan paip.

hasil.
alhamdulillah team ayah ayah dari cawangan kami menang..
tahniaaahhh..
walaupun bengkok tapi ia tetap berdiri teguh.
konsep dia yang organizer bagitau,  kalau nak bina keluarga, mesti bersatu.. walaupun banyakkk rintangan dan dugaan.. tu bengkok bengkok tu konon konon dugaan laa..
ingat senang nak bina keluarga yang bahagiaa?? gituuuuu..


Then turn mak mak pulak.
Buat origami .
Apelagik memasing gugel la..
Tangan dah keras nak mendeko deko ni haa..
Sooo memacam la output dari kaum mak mak ni..

sorry takde gambar hasil sebab tak teringat nak snap..
kikikiii..

selesai semua program, maka marilah pulang ke pangkal jalan..

tapi sebelum balik, wajib berphoto gedik kat signboard yang bbertulis 

TAMAN BOTANI PUTRAJAYA

*feeling pelancong pulak kita*

tahun depan kemane pula kite??
tahun depan dapat join kalau airiel qaid stay lagi kat sana untuk 6 years class
..
doa-doa dia dapat pra sekolah yaa..
jimaaatttt sikit kos..
hehehee..

-mrspuex-



Comments

Izwa Kamaruddin said…
Anak bersukan emak pun berpanas..hehehe..

Popular posts from this blog

Pameran Projek Shinkansen Di ISetan The Japan Store LOT 10 Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan Isetan The Japan Store telah  melancarkan pameran di Jepun Shinkansen di Lot 10 Shopping Centre. Pameran ini akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Level 1 daripada Isetan The Japan Store. Acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Projek Shinkansen yang sangat menarik. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di masa akan datang. Lokasi pameran, Isetan The Japan Store, menawarkan pelbagai produk Jepun dan pengalaman budaya Jepun dari tradisi purba dengan teknologi terkini, dan pelbagai fesyen, gaya hidup untuk makanan sebagai kedai khusus memperkenalkan Jepun. A diorama kereta api yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan semasa pameran itu, menyatakan keindahan dari Shinkansen yang termaju dan keunikan ...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P