CITARASA THAI & UTARA MALAYSIA DI BUFFET RAMADHAN 2017 LAMAN KAYANGAN SHAH ALAM

Assalamualaikum/Hai,



Warga Shah Alam dan disekitarnya, kalau teringin untuk berbuka puasa dengan citarasa 2 sempadan Thai & Utara Malaysia,boleh masukkan Laman Kayangan yang terletak di Shah Alam dalam list untuk berbuka puasa nanti. Buffet Ramadhan 2017 di Laman Kayangan sekali lagi dianjurkan oleh Segi Seri Group Sdn Bhd untuk memberikan peluang kepada orang ramai untuk berbuka puasa secara beramai-ramai dengan pelbagai sajian makanan yang enak dalam suasana yang selesa dengan harga yang sangat berpatutan.


semasa majlis pelancaran buffet ramadhan di laman kayangan. Turut hadir sama adalah Dato' Fauziah Ahmad Daud.

Tahun 2017 ini Laman Kayangan masih lagi dengan pelbagai aneka masakan dan juadah berbuka puasa yang akan dihidangkan secara buffet. Bagi tahun 2017 ini Laman Kayangan membawakan konsep “Citarasa Dua Sempadan Thai & Utara Malaysia” dengan pelbagai pilihan menu makanan dari dua Negara yang boleh dipilih oleh tetamu. 

Antara menu makanan citarasa Malaysia yang disediakan adalah seperti Nasi Special Segi Seri, Ayam Gulai Darat dengan rebung, sup tulang, ayam berempah, ikan lemak tempoyak, daging acar dan banyak lagi. Manakala menu makanan citarasa Thai pula adalah seperti Nasi Goreng Nenas, Ayam Kari HijauTerung Pipit, Daging Musamman dengan Rebung (NeuxMusammanNhoMaopai), Ikan Daun Selasih dengan Cili, pelbagai sos istimewa dan banyak lagi. Tetamu juga turut boleh merasai Kambing panggang yang disediakan dengan tiga sos istimewa. 













para tetamu berpeluang untuk membeli sambal goreng SAADIAH yang dibawa khas oleh Kak Ogy sepanjang bulan ramadhan nanti.

lebih 10 jenis air minuman dihidangkan untuk para tetamu.

bebrapa aneka bubur juga disediakan. bubur pengat pisang ni paling meletopp..

citarasa thai - mi celup 

citarasa utara - laksa peghelih.




antara rakan blogger yang hadir di majlis preview buffet ramadhan di laman kayangan baru-baru ini.


Citarasa Dua Sempadan, Buffet Ramadhan 2017 Laman Kayangan, Buffet Ramadhan 2017, Laman Kayangan, Segi Seri, Utara Malaysia dan Thailand, selebriti jemputan, Fauziah Dato' Ahmad Daud, Sambal Goreng Saadiah, Airtangan Fauziah Ahmad Daud, Harga Buffet Ramadhan Laman Kayangan, Food Preview Buffet Ramadhan

Harga :

Dewasa : RM59.00
Kanak-Kanak (7 tahun -12 tahun ) / Warga Emas :RM35.00

EARLY BIRD : RM45.00 *Sehingga 25 Mei 2017

selain itu, Laman Kayangan juga ada menyediakan pakej Buffet Ramadhan secara berkumpulan sama ada untuk korporat, badan kerajaan dan sebagainya. untuk pertanyaan atau tempahan boleh hubungi :

019 - 250 3090 / 012 - 253 3973 / 012 - 387 1775 / 019 - 376 0149


-mrspuex-

1 Comments

Mohd Rasul said…
memang sedap menu2 berbuka puasa kat laman kayangan ni. nanti bulan puasa boleh try menu buffet ramadhan yg real punya :D