Skip to main content

JOM BAWAK ANAK-ANAK KE TAMAN TEMA INDOOR YANG TERBARU DI MALAYSIA!

Assalamualaikum/Hai,


Hi semua!

Just nak share berita gembira terutamanya untuk anak-anak. Tak lama lagi Dreamworld Play Centre akan memulakan operasinya dalam masa terdekat!


mrspuex- dreamworld playland
Selamat datang ke Dreamworld dan ia akan menjadi lebih fun ! 

Dreamworld Indoor Play Centre dibuka khas untuk kanak-kanak sehingga berumur 12 tahun. Persekitaran mesra alam, selamat dan seronok diterapkan untuk keselesaan mereka bermain. Konsep pembelajaran di sini adalah melalui kaedah bermain, meneroka, melihat dan berfikir. Gabungan pendidikan dan hiburan mempunyai kesan yang mendalam dalam perkembangan kemahiran motor, sosial dan interaksi kanak-kanak.

mrspuex- dreamworld playland

mrspuex- dreamworld playland
Keluasan Dreamworld Playland ini dianggarkan lebih kurang 6000 kaki persegi dan boleh memuatkan seramai lebih kurang 120 kanak-kanak dalam satu-satu masa. Besarkan?? dah la besar, Susun atur dan tema ala ala musim sejuk ini sangat menarik perhatian bukan sahaja untuk kanak-kanak tapi untuk parents sekali tau.. terasa seolah olah kita berada dan bermain di tempat sejuk tu haa..

mrspuex- dreamworld playland
Dan lagi satu, jangan lepaskan peluang untuk bergambar kenangan dengan maskot Dreamland Playland, mr Willie J, the eskimo..


CAWANGAN DREAMWOLRD PLAYLAND DAN HARGA PAKEJ YANG DITAWARKAN.


mrspuex- dreamworld playland

THE STARLING MALL
S-202, The Starling Mall, No 6 Jalan SS 21/37,
Damansara Uptown
47400 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.

Boleh rujuk Gambar di atas untuk harga tiket.
Terdapat jugak Pakej-Pakej yang ditawarkan kalau kita nak buat apa-apa event seperti birthday party, group gathering dan sebagainya.

Mula beroperasi pada 25 Mei 2017

Outlet di Starling Mall ini menggabungkan permainan dalaman dengan tunggangan haiwan untuk kali pertama. Setiap kanak-kanak mendapat untuk memandu kenderaan mereka sendiri dan ibu bapa tak perlu risau. Keselamatan untuk mereka adalah terjamin tau..
mrspuex- dreamworld playland

IOI CITY MALL
L2-16, Level 2
ioi City Mall
Lebuh IRC, ioi Resort City
62502 Putrajaya 

Boleh rujuk Gambar di atas untuk harga tiket.
Pakej harga adalah berbeza untuk 2 tempat ni ya..
mohon jangan keliru plak nanti.

Mula beroperasi pada 27 Mei 2017

mrspuex- dreamworld playland
IOI City Mall  mempamerkan konsep tema bilik salji yang besar dan playland tertutup yang luas dengan tema yang sama juga. 

mrspuex- dreamworld playland
Ruang Event yang disediakan untuk para tetamu yang nak book di Dreamland Playland
mrspuex- dreamworld playland

Nak bagitau jugak ni. Dreamworld Playland juga menawarkan pakej 6 bulan Dreamworld Pass dengan  tawaran- tawaran yang sangat hebat ok!

Yuran Pakej 6 bulan adalah hanya sebanyak RM288.00 (harga asal RM5840.00 ) dan anak-anak korang akan dapat keistimewaan seperti :

RM288.00 Birthday Cash Voucher,
20% Diskaun untuk Drop N Shop Services
Jemputan Khas untuk apa-apa Program di Dreamworld Playland 
FREE Dreamworld PASBOOK Pass

mrspuex- dreamworld playland


Lagi best dan lagi cool,korang akan menikmati 1 PERCUMA kemasukan tiket dengan setiap pembelian 1 tiket! Promosi sah sehingga 28 Mei 2017. Tak sabar nak tengok impian anak anak menjadi kenyataan.. Hanya di Dreamworld Playland!


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Dreamland Team :

012-7029509 (IOI City Mall) 

Tak sabarr nak bawak anak -anak menikmati musim SALJU kat sana..hehehee..



 -MrsPuex-

Comments

Mamavogue said…
Eh mcm best je..
Parents boleh masuk tak? Free ke?
Pass 6 bulan tu unlimited entry ke?

Popular posts from this blog

Pameran Projek Shinkansen Di ISetan The Japan Store LOT 10 Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan Isetan The Japan Store telah  melancarkan pameran di Jepun Shinkansen di Lot 10 Shopping Centre. Pameran ini akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Level 1 daripada Isetan The Japan Store. Acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Projek Shinkansen yang sangat menarik. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di masa akan datang. Lokasi pameran, Isetan The Japan Store, menawarkan pelbagai produk Jepun dan pengalaman budaya Jepun dari tradisi purba dengan teknologi terkini, dan pelbagai fesyen, gaya hidup untuk makanan sebagai kedai khusus memperkenalkan Jepun. A diorama kereta api yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan semasa pameran itu, menyatakan keindahan dari Shinkansen yang termaju dan keunikan ...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P