Assalamualaikum/Hai,
Ramadhan Review kali ini bertempat di Streat Thai yang terletak di Jaya One, Petaling Jaya Selangor. Lebih 60 hidangan yang diperkenalkan kali ini sememangnya 100 peratus selera Thai. Nama- nama makanan pon semuanya versi Thailand. Sampai ko nak sebut pon tergeliat lidah.. aku tau kap kun kap je..hahahaha... konsep buffet dipilih khas untuk pelanggan yang ingin berbuka puasa di sini.
Bila bercakap mengenai menu dari Thailand ni, makanan pertama sekali akan terpacul dalam kepada kita adalah TOMYAM .. tapi bagi aku tak, pertama sekali, menu yang terlintas dalam anak tekak adalah MANGO STICKY RICE. my all time favourite thailand food hokey!! tak pernah jemu dengan menu nan satu ni.. seriusly!
So jom kita mulakan dengan sesi pembuka mulut / pencuci mulut dulu sebab port ni yang 1st dulu aku tuju..hahahaha...
mango sticky rice.
kanom tom.
ala ala buah melaka tp dalam tu dia boh isi kepala.. not bad!
agar-agar jelly
3 jenis dessert bersantan.. saya pilih red ruby! sedapppp sangat!
Kemudian jom saya tunjukkan menu-menu utama yang akan dihidangkan kepada para pelanggan yang ingin berbuka puasa di Streat Thai ini.
tomyam bersantan bersama sup sayur.
kerabu mangga. wallaa..
Banyakkan juadah yang disediakan?? soo takk rugi tau kalau korang datang sini untuk berbuka puasa. Dan yang paling penting, harga sangat murah dan berbaloi-baloi untuk rakyat marhein macam aku ni.. nak berbuka dengan family reramai pon masih mampu.. tempat pon bersih dan selesa. Nak solat pon tak berapa jauh.. masih dalam mall tu jugak.
selera sungguh dia makan bihun ni.. siap makan dengan chop stick lagi tauuu.. gaya tak penting janji bihun masuk mulut..hehehe..
Terima kasih Streat Thai!
Terima kasih sis Hanny sebab sudi jemput kami satu family ..
Harga :
Dewasa : RM49.90
Kanak-Kanak : 19.90 (6 tahun -12 tahun)
EARLY BIRD :
RM39.90 (tempahan 7 hari lebih awal)
Buffet bermula : 27 May 2017 sehingga 24 Jun 2016.
STREAT THAI - AUTHENTIC THAI STREET EAT
ALAMAT :
100-G.001 The School (Jaya One)
No.72A, Jalan Universiti
Petaling Jaya, 46200
Selangor Darul Ehsan
TEL :
03-74961296 / 012-9073581
WEBSITE :
FACEBOOK :
INSTAGRAM :
-MrsPuex-
5 Comments