Riadah Petang Di Setia City Mall

Assalamualaikum/Hai,

Ahad lepas saja plan terkejut terkejut nak bawak anak riadah area shah alam..
balik je dari open house umah member kat seksyen 10 shah alam lepas tu tak tau nak pegi mana sebabnya petang masih muda,
so husband ajak pegi lepak setia city mall..
kita ok kan je.. lagipun dah lamaaa tak lepak sana petang petang.

ramainya maknusia yang bersantai, rilek2 bersama keluarga dan sahabat handai..
yang main beskal, yang main belon, yang joget ala ala hispturs konon konon trening nak masuk sukan sea pon ade ..hahaha.. macam-macam ragam manusia aku sempat jeling.

aktiviti kitorang??


ni budak 2 orang ni asiklah berzikir kat papanya nak main roller blade. 
benda tak penah main, tu jugak la yang sibuk nak terai..
tak pe, mak suka cabaran..

maka marilah melabur rm10 sorang. main sampai boring kata penjual tu..
total hangus : RM20.

masalahnya mak pak yang boring tgk anak asiklah jatuh bangun jatuh bangun..
si kakak, dok la berjalan kat rumput..
si adik, berani sikit .. jalan kat lantai lepas tu tertonggeng la hishhh risauuu takut terseliuh kaki..
sudahnya papa la yang kulur kilir bawak si adik main roller blade..hahaha..

it was sooo fun..
tengok ragam budak tak pandai nak main tapi sibuk nak main..

nah layan video kat instagram aku..
adoii.. mengekek mak gelakkan anak..

A post shared by AinieZubir (@znooraini) on


amek peluang deting kat tempat umum..
ehemmmm..
anak mana anak??
kekekekeee..

bagi yang berdekatan, bolehlah lepakking kat sini bersama keluarga dan rakan-rakan..
cuaca pon bestt je.. redup dan berangin.. highly recommended!

nanti nak ajak jejirans hi-tea kat sini lah..

 -MrsPuex-

4 Comments

Suria Amanda said…
Tak pernah lagi bawak anak dara akak kat sini..kalau dia ada ni sure dia pun nak main roller blade sama...
Fara Lumière said…
Tempat lepak fara... Aimi suka main bubble... Hee
Shiv B said…
This place is absolutely beautiful to be at. The pictures are lovely too :)
Unknown said…
Looks like a fun and happy day. I loved watching the roller-skating video. :) Cheers!!