Assalamualaikum/Hai,
SAFI SHAYLA SYAMPU
WANITA BERTUDUNG
#HANYASAFISHAYLAUNTUKSAYA
Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan
kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri.
Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam
apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya
dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat, dan bermaya.
Memahami keperluan wanita bertudung
moden, SAFI Shayla rangkaian jenama
syampu khas wanita bertudung telah dilancarkan pada Oktober 2013. Dengan 8
varian diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001
kebaikan, SAFI Shayla dapat
menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung.
Walaupun terdapat banyak jenama
syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung
pada masa ini, SAFI Shayla masih
mampu untuk berdiri dan ianya terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing
Excellence Awards 2015 dan Effie Awards 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan
1 perak bagi ke dua-dua anugerah tersebut. Ini membuktikan bahawa
pengguna-pengguna SAFI Shayla mempercayai
bahawa rangkaian syampu ini mampu memberi solusi kepada masalah rambut seperti
rambut gugur dan gatal kulit kepala yang dihadapi oleh wanita bertudung.
Pengguna-pengguna setia SAFI Shayla juga
mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya.
Pengguna juga boleh mendapatkan SAFI Shayla di dalam bentuk fleksi. Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.
Antara produk-produk penjagaan rambut dari Safi Shayla adalah :
Pengguna juga boleh mendapatkan SAFI Shayla di dalam bentuk fleksi. Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.
Antara produk-produk penjagaan rambut dari Safi Shayla adalah :
Licin Terurus.
Bertudung bukanlah alasan untuk rambut menjadi kusut dan tidak terurus. Atasinya dengan Syampu SAFI SHAYLA Licin Terurus. Diperkaya dengan Habbatus Sauda dan Multivitamin yang berfungsi untuk melembap dan melicinkan rambut serta haruman yang mampu kekal sehingga 24 jam*.
Kawalan Rambut Rosak. (refill pack)
Atasi rambut rosak dengan Syampu Kawalan Rambut Rosak SAFI Shayla! Ia diperkaya dengan Habbatus Sauda dan Amino Complex untuk merawat masalah rambut rosak pada lapisan kutikel dan mengatasi kekusutan dan rambut rapuh serta haruman berkekalan sehingga 24 jam*.
Kawalan Rambut Gugur.
Keguguran rambut seringkali dikaitkan dengan wanita bertudung disebabkan keadaan tertutup dan tiada aliran udara. Atasinya dengan Syampu SAFI SHAYLA Kawalan Rambut Gugur. Dirumus dengan Habbatus Sauda serta Protein Hidrolisis untuk menguatkan struktur rambut sambil mengurangkan keguguran sehingga 80%*, serta haruman yang mampu kekal sehingga 24 jam*.
Perapi Rambut.
Selepas bersyampu rambut akan kelihatan lebih bersinar & sihat sekiranya menggunakan perapi. Perapi Rambut Safi Shayla diperkaya 2X Habbatus Sauda* menjadikan rambut lembut dan terurus. Kandungan multivitamin menyubur, melembab, mengelakkan rambut dari kering dan terputus. Harumannya juga mampu kekal selama 48 jam** pada rambut anda.
Ingin ketahui apakah pandangan pengguna terhadap syampu untuk wanita berhijab? Layari saluran YouTube SAFI di https://www.youtube.com/watch?v=PHoGu4vxMws dan untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan laman web SAFI www.safi.com.my
-MrsPuex-
8 Comments