Aktiviti Anak Anak Sambut Merdeka

Assalamualaikum/Hai,

Sempena hari kemerdekaan yang ke 60 tahun ni,
apa azam korang untuk negara tercinta??
apa sumbangan korang untuk mengekalkan kemerdekaan negara kita yang tercinta??
kalau ada , baguslah.. korang memang anak merdeka.
kalau tak ada, selak selak balik buku sejarah atau google tentang kesusahan dan kepayahan atok nenek kita suatu masa dahulu untuk mencari kemerdekaan. untuk memerdekakan diri dan anak bangsa dari penjajah . abah aku seorang askar dan pernah melawan komunis-komunis semata-mata untuk menjaga negara.

oklah taknak cerita lebih kang teremosi politik plak..
nak tau cite lebih pegi jumpa abah aku.. kompom 7 hari 7 malam korang akan dengar bagaimana pejuang-pejuang negara mempertahankan negara daripada penjajah luar.
aku dah 35 tahun( ni tak tolak umur aku baby la.hahah) dengar abah cerita. nak masuk merdeka mesti dia akan bukak cerita..

alaahhh... tak yah susah susah..
korang tau apa itu KONTRAK SOSIAL??
kalau tahu, baguslah..
kalau tak tau, sila bertanya kepada yang pakar.
gituuuu..

berbalik kepada tajuk asal, sebenarnya nak cite hal aktiviti anak anak sambut merdeka kat sekolah / tadika masing-masing. minggu ni bukan anak dan cikgu je bizi, mak dorang pon bizi kulur kilir cari bebahan untuk program dorang.

si kakak masuk pertandingan boria wakil kelas maka perlu 2 bendera(1 utk tudung, 1 utk lilit kat pinggang) dan pom pom rambu ramba dari tali rafia tu haa..

hasilnyaa... woww!!
meriahhh.. good job cikgu!



semoga beroleh kemenangan untuk boria tahun 3.
aminnnnn..


si adik pulak pakaian beragam kemerdekaan.. mama pakaikan baju melayu putih, sampin bendera, songkok tu pacak 8 ketul bendera kecik jadikan rambu ramba.. part songkok tu die tak nak pakai sebab katanya tak hensem.. hahaha..
mama pujuk la tak hensem tak pe, janji boleh menang dapat hadiah tauu..
terus mintak bawak 2 songkok.. 1 songkok kosong, 1 songkok pacak bendera (pakai time acara pakaian beragam saje-ini pon tecer yang pujuk suruh pakai..haha)

memula sampin tu mama lilit, last last sentuhan papa jugak yang berjaya menambat hati si bujang ni..huh!!

menang pakaian beragam..
sukaaa dia tau.. mama pon sukaa..hehehe..






gambar dari group wasap tadika.
banyak jugak aktiviti lain-lain yang tecer dorang plan.. bagus sangat!
pupuk semangat cintakan negara dari kecil supaya besar nanti tak lupa diri.

mama??

Image may contain: 4 people, people smiling
perhimpunan bulanan merangkap sambutan kemerdekaan kat opis.. dapat sorang 1 bendera mini. tu pon 150 orang terawal..hahaha..

tetaplah jugak ada sambutan ye daakk??

sekarang ni tak banyak kereta yang lekat bendera malaysia compare dengan 10 tahun lepas.. kat opis pon sendu jee..agaknya semangat kemerdekaan dari warga belia dah kurang atau mungkin dah pupus?? atau semangat hanya dalam hati?? who knows!

jom lah kita kekalkan kemerdekaan kita ni dengan cara kita yang tersendiri..
yang penting, kita terus kekalkan perjuangan tok nenek kita satu masa dahulu ok!

peace!
Malaysia Masih Aman.


 -MrsPuex-

14 Comments

Fatin Bella said…
Wahh macam2 aktiviti ada. Baguslah ada aktiviti gini. Didik dari kecik. kejap lagi nak kena bendera jugak tepek kat kereta hahaha
Shafyqah Azahar said…
bestnya tengok dorang sambut merdeka. teringat zaman sekolah, mesti setiap tahun buat persembahan haha
ai said…
meriah lah sambutan national day kat sekolah sekarang.. makin kreatif mak-mak siapkan anak-anak..
5 Little Angels said…
Bestnya activity untuk budak. Anak-anak sure gembira.
Suliana Yusof said…
Meriah sungguh. Suka tengok budak-budak dengan pakaian beragamnya.
Hanny Abdullh said…
Wahhh meriah betul ada aktiviti kat tadika mcm ni. Bagus utk bagi pengetahuan awal ank2 ttg kemerdekaan
Mahamahu said…
Bagus ni semangat merdeka diserap dari masa kanak-kanak lagi bagus sekolah ni...
Beto Rahman said…
wahhhhh bestnya. tunggu anak i besar sikit nk buat baju merdeka jugak hehehe
ummizarra said…
meriah and seronok tgk anak² teruja sambut hr kebangsaan kan. terkesan d jiwa
Ruby said…
Comel bila musim kemerdekaan ni. banyak idea pakaian diperagakan. Hehehe.
Emily said…
Such a meaningful activity to instill the spirit of patriotism in the children from a young age. Love their creative costumes as well.
Mek Onie said…
last sambut merdeka bebetul time zaman sekolah,hahaha.. tapi, tabik la kat mama sorang ni, rajinnya dia <3
Suria Amanda said…
Semangat Kemerdekaan perlu dipupuk disaat anak-anak masih kecil..generasi baru patut di erapkan tentabg kemerdekaan negara supaya tak lapuk ditelan zaman
Bro Framestone said…
Meriahnya... anak kita ada buat sambung hari kemerdekaan jumaat lepas... Kita xtau pun he...23x