Hari tu berkesempatan untuk hadir ke Mega Wedding Malaysia pada 12 Ogos yang lepas bertempat di Marina Putrajaya. Pertama kali melihat sendiri perkahwinan beramai-ramai .
Tuan bleog bersama sebahagian dari rakan blogger yang turut hadir sama. |
Mega Wedding Malaysia 3.0 kali ini menjadi hos kepada 10 pasangan pengantin yang telah memberi
kepercayaan kepada syarikat perancang perkahwinan ini untuk melaksanakan acara
yang gemilang mengikut lunas Islam. Perkahwinan beramai-ramai kini menjadi
‘trend’ kerana sebab-sebab yang munasabah, para pengantin dapat menjimat
kos. Walaupun begitu, dengan anjuran Mega Wedding Malaysia, mereka akan melalui
saat-saat yang indah yang meriah dengan bajet yang rendah. Dengan kos yang rendah, semuanya
selesai dari sesi persolekan di Cruise Putrajaya, majlis pernikahan di Masjid
Putrajaya hingga ke makan beradab dan majlis resepsi yang meriah di Marina
Putrajaya.
Majlis Pernikahan beramai-ramai dilaksanakan di Masjid Putrajaya. |
Pada Mega Wedding Malaysia
kali pertama dan kedua yang dianjurkan pada tahun 2016 dan 2017, ia menjadi
ikutan dan pilihan bakal-bakal pengantin. “Kami sememangnya menyediakan yang
terbaik bagi pasangan-pasangan ini. Walaupun dengan kos yang rendah, tiada apa
kurang namun agak mewah. Lokasi pilihan kami pun indah dan amat menarik, tidak
yang biasa,” kata En Azahari Azemi, penganjur Mega Wedding Malaysia.
Jom tengok barisan 10 pasangan pengantin yang bertuah pada hari tersebut.
Para Pengantin keluar dari Cruise Tasik untuk berarak ke pelamin yang disediakan untuk upacara merenjis.. |
Pelamin yang disediakan untuk Para Pengantin. |
Konsep persandingan
pula bertemakan Perkahwinan Taman Di Tepi
Tasik iaitu di Marina Putrajaya. Setiap pasangan dicaj hanya RM7,000.00 untuk
pakej perkahwinan yang sungguh istimewa ini yang nilainya pasti akan mencecah
angka yang lebih tinggi jika dilangsungkan secara persendirian. Tujuan utama Mega
Wedding Malaysia ialah membantu pasangan pengantin meringankan bebanan belanja perkahwinan
tetapi masih dapat melalui pengalaman yang indah dan tidak mudah dilupakan.
Makan Beradab. Hidangan yang sedap menepati selera para pengunjung. |
Tak lengkap kalau tiada acara potong kek kan?
setiap pengantin disediakan kek untuk acara potong kek beramai-ramai.
Projek ini boleh
dikatakan ‘bukan bermotifkan keuntungan’ dan
merupakan ‘kesedaran’ dan bantuan untuk bakal pengantin dan ibubapa pengantin
yang kurang mampu. Penganjur bersama acara
ini ialah Qistina Avenue Events Management Sdn Bhd dan Mahligai Catering Sdn
Bhd dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI Putrajaya.
Pasangan pengantin
mendapat pakej seperti dibawah dengan bayaran RM7,000.00
-200 pax jemputan untuk setiap pasangan
-Menu Katering istimewa
-Live show daripada band terpilih
-Deejay Jemputan dan PA System
-“Door Gift” untuk setiap tetamu
-Videografi dan Fotografi merangkumi seluruh perjalanan
acara
-Liputan khas daripada media
-Hadiah misteri daripada pelbagai penaja istimewa
-Cruise istimewa sepanjang Tasik Putrajaya untuk setiap
pasangan
-Pelamin Eksklusif istimewa
-Pelamin Nikah di dalam Cruise
-Pengurusan majlis nikah di Masjid Putra, Putrajaya
-Percuma Kad Kahwin untuk setiap jemputan para pasangan
-Kek Kahwin untuk semua pasangan
-Penginapan Hotel satu malam di Shangri-La Putrajaya (5
Bintang)
Senarai Penaja
1)
Ampire Events
2)
Eddie Photo Video
3)
Yann Rifft Team (Makeup)
4)
Coffee Corner Faizal Azzuuri
5)
Fynaz Wedding Favors
6)
Butik Norjuma
7)
Masjid Putra, Putrajaya
8)
Shangri-La Putrajaya
9)
Marina Putrajaya
10)
Cruise Tasik Putrajaya
Terima kasih pihak penganjur kerana sudi menjemput kami sekeluarga ke Majlis Perkahwinan beramai-ramai yang penuh gilang gemilang ni..
10 pengantin dalam masa yang sama ditambah dengan kehadiran ahli keluarga terdekat untuk sama-sama meraikan hari bersejarah mereka..
Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah-Nya.
aminnn..
-MrsPuex-
14 Comments
Ya lah skrg ni kan semua mahal2 belaka