RESEPI : SUP IKAN MERAH

Assalamualaikum/Hai,

Hari rabu lepas pegi mydin utk restok barang dapur since husband nak oustation ke selatan smpai isnin nnti. so lalu kat area lauk basah, ternampak ikan merah berslice slice yang sangat menarik jiwa dan raga seorang mak.. maka terbeli la sekeping ikan merah dengan harga RM10.++.. takpelah sekali sekala nak makan ikan mahal..

semalam , nak cuba la masak sup ikan merah untuk kitorang bertiga sebab anak-anak memang penggemar sup yang tegar..

Image may contain: food

resepi saya gugel je tengok mana yang paling mudah dan ringkas untuk mak bekerjaya macam saya ni..

nah saya kongsikan resepi yang diolah sikit sikit untuk menambahkan kesedapan tekak diri sendiri.. kot korang pon sama citarasa dengan saya, boleh la try resepi saya nih..

BAHAN-BAHAN :

1 keping ikan merah sebesar 2 tapak tangan. (nak add on lebih pon ok)
2 sudu minyak masak atau secukupnya untuk menumis .jangan banyak nnti makan minyak plak..
1 biji bawang besar dihiris nipis*
3 ulas bawang putih dihiris nipis*
1 inci halia dihiris nipis*
1 batang kulit kayu manis*
4 biji buah pelaga*
2 biji bunga lawang*
3 biji lada hitam (tumbuk halus)
1 sudu serbuk perencah sup
1 kiub ayam
1 sudu kecik garam (takyah banyak sgt sebab kiub ayam tu dah masin)
carrot secukup rasa. nak masukkan kentang pon boleh. ikut suka korang.
air secukupnya (nak kuah lebih, masuk lebih sikit)
daun bawang/daun sup/ bawang goreng sebagai penambah kesedapan dan hiasan

CARA MASAK :

panaskan minyak.
tumis bebahan bertanda *.
dah garing sikit masukkan serbuk perencah sup
pastu masukkan air secukupnya beserta kiub ayam
kemudian masukkan carrot. tunggu sampai carrot tu empuk
masukkan lada hitam dan garam sikit.
last sekali masukkan ikan merah dan tutup periuk supaya ikan tu masak sekata.
agak agak ikan dah masak, tutup api then masukkan daun bawang/daun sup/bawang goreng.
siap!! nak pedas sikit tabur 1-2 batang cili api. saya tak masuk cili api sebab anak anak nak makan..



Image may contain: food
alhamdulillah licinnnn!!

ok gais.. selamat mencuba!

 -MrsPuex-

4 Comments

Kakcik Seroja said…
Tengok gambo pun rasa nak hirup kuahnya... :)
Azirahman said…
Kamipun penggemar sup
lama nya lahaiii tak buat sup ikan merah hehehe
5 Little Angels said…
Thanks for the recipe. Looks delicious and l going to cook it.