Assalamualaikum/Hai,
Kalau korang nak tau, kulit bawah lengan adalah bahagian yang paling sensitif dan kalau kita (yang perempuan ni) mencabut bulu pada bahagian tersebut akan menyebabkan bulu tumbuh ke dalam kulit dan pembesaran pori-pori pada kulit bawah lengan kita. kaedah alternatif juga tidak sempurna, apabila kita mencukur bulu tekanan bilah pada kulit yang tidak rata pula akan mengakibatkan luka-luka kecil. Di samping itu, serpihan yang disingkirkan semasa mencukur juga mengandungi sebanyak 36% kulit.
Pembuangan bulu bawah lengan boleh merosakkan kulit dan sering menjadi punca kerengsaan pada kulit bawah lengan. Oleh itu, NIVEA memperkenalkan Protect & Care NIVEA, deodoran yang diperkayakkan dengan esen NIVEA krim, warisan krim kecantikan yang berkualiti dengan formulasi penjagaan tersendiri dan haruman yang lembut. Deodoran Protect & Care NIVEA memberikan kulit kita perlindungan yang berpanjangan sehingga 48 jam memberikan kita kesegaran sepanjang hari, formula inovatifnya yang lembut juga menyuburkan dan memberikan kita bawah lengan yang lembut dan licin.
NIVEA PROTECT CARE DEODORAN.
Dalam kehidupan seharian yang sememangnya sibuk, kita sering kali mengabaikan perkara yang kecil seperti kerosakan kulit yang disebabkan oleh mencukur dan mencabut bulu bawah lengan ni. Dengan adanya deodoran Protect & Care dari NIVEA ni bahagian bawah lengan kita terjaga dan terkawal sebab deodoran ni memberikan perlindungan dan penjaggan yang lebih teliti tanpa kita sedar.
Deodoran Protect & Care NIVEA spray 150ml
Deodoran Protect & Care NIVEA roll-on 50ml
Kalau korang nak tau, harga untuk setiap deodoran ni pon tak de lah mahal sangat. masih mampu milik. Deodoran Protect & Care NIVEA roll-on 50ml dan deodoran NIVEA Protect & Care Spray 150ml masing-masing dijual pada harga RM17.50 dan RM11.30 di semua kedai dan farmasi pasar raya dan pasar raya hiper seluruh negara.
NIVEA CARE RUN!
Selari dengan nilai penjagaan teras NIVEA, deodoran Protect & Care NIVEA akan menganjurkan NIVEA Care Run pada 29 Oktober 2017 (Ahad) nanti. Acara larian sejauh 5km yang bakal berlangsung di Precint 6 Putrajaya ini turut menampilkan aktiviti berbentuk pendidikan untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kulit bawah lengan . Pek hadiah eksklusif NIVEA Protect & Care yang terdapat dalam kit larian membolehkan para peserta berkongsi cara-cara penjagaan bawah lengan dengan rakan-rakan dan keluarga mereka. Mereka juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadia menarik dalam cabutan bertuah yang akan diadakan pada hari yang sama.
Kalau korang nak join NIVEA Care Run ni, bolehlah daftar di laman web www.niveacarerun.com.my .Yuran penyertaan adalah sebanyak RM65.00 seorang dan setiap peserta akan menerima kit larian dan barangan NIVEA bernilai lebih daripada RM100. Sebahagian daripada yuran penyertaan akan didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), sebuah badan amal yang mengutip dan mengagihkan dana untuk rakyat Malaysia yang memerlukan.
NIVEA Care Run Kit
Acara ini juga turut disertai oleh selebriti terkenal seperti Siti Saleha, Nadia Heng dan Fiqrie yang akan bertemu, beramah mesra dan memberi sokongan kepada semua peserta yang hadir.
untuk maklumant lanjut boleh layari :
ok gais! jom kita lari sambil beramal. Sapa yang nak beramah mesra dengan mrspuex pon boleh.. kita say hi! kat sana ok! jangan lupa tau 29 Oktober 2017 di Precint 6, Putrajaya.
-MrsPuex-
13 Comments
you will join the run? :D
Kalau dekat nk gak join