Percubaan Memecah Rekod Kek Buah Terpanjang Di Malaysia Oleh Lulu Hypermarket Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai, 

Hari Malaysia kan jatuh pada 16 September setiap tahun.
Sempena Hari Malaysia tahun ini, Lulu Hypermarket  and Department Store telah mengadakan satu program percubaan untuk memecahkan rekod kek buah terpanjang di Malaysia  di mana rekod terdahulu telah dipegang oleh Colmar Tropicale, Berjaya Hill dengan ukuran 90 meter panjang.


Bagus betul inisiatif yang diambil oleh Lulu Hypermarket. Di samping untuk memeriahkan sambutan Hari Malaysia untuk tahun ini, program-program sebegini dapat meningkatkan imej Lulu Hypermarket di kalangan rakyat Malaysia. Tapi betul jugak tau, kalau tiada program macam ni, memang saya tak tahu langsung tentang kewujudan Lulu Hypermarket di tengah bandar Kuala Lumpur ni. kekaguman sekejap ok!

Syabasss saya ucapkan!

Jom saya ceritakan serba sedikit persediaan mencipta rekod kek buah terpanjang di Malaysia.
Rasa bertuah jugak dapat menjadi salah seorang rakyat Malaysia dan saksi untuk rekod ni.

barisan kek yang menunggu masa untuk dimake upkan dengan pelbagai jenis buah-buahan yang segar.  

kakitangan Lulu Hypermarket yang bertungkus lumus bekerjasama untuk merialisikan impian mencipta rekod Malaysia.

kek yang telah siap sepenuhnya menunggu masa untuk diukur.



Percubaan Memecah Rekod Kek Buah Terpanjang Di Malaysia Oleh Lulu Hypermarket Kuala Lumpur


CIPTA REKOD BARU.

Percubaan Memecah Rekod Kek Buah Terpanjang Di Malaysia Oleh Lulu Hypermarket Kuala Lumpur


Pihak Malaysia Book Of Record (MBR) yang hadir untuk memantau dan mengesahkan percubaan mencipta rekod kek buah yang terpanjang di Malaysia. Masa ni, orang ramai tunggu dengan penuh debaran tau nak tau boleh ke kek ni lawan rekod terdahulu. 

Pihak Lulu Hypermarket target panjang kek adalah 120 meter. Setelah pihak MBR mengukur dengan teliti dan penuh kesabaran, makanya, rekod baru kek buah terpanjang di Malaysia adalah 123.30 meter!

Percubaan Memecah Rekod Kek Buah Terpanjang Di Malaysia Oleh Lulu Hypermarket Kuala Lumpur

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Sales sehingga 50% di Lulu Hypermarket.

Sempena Hari Malaysia juga, Lulu Hypermarket dengan sukacitanya membuat sales 50% ke atas produk-produk yang terpilih yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 16 & 17 September 2017 yang lepas.. Seriusly memang berbaloi-baloi shopping bila ada sales. Boleh lupa diri tau amek barang kat hypermarket tu. 
Tak percaya?? jom saya bawak jalan-jalan (bergambar) untuk korang.



 
yang ini baru mukadimah..
hahahahaa..


pelbagai jenis kekacang dan coklat yang jarang kita jumpa, kita boleh beli kat seksyen sini.



kat Lulu Hypermarket ni pon ada jual barang-barang basah untuk memasak.
ikan-ikan pon semuanya segar-bugar. rambang mata hoi nak pilih.


yang ini seksyen kegemaran anak-anak. terkejut gak tengok harga seketul-seketul sushi ni..
gembira bukan kepalang anak-anak tau.


  


segala macam cheese korang boleh jumpa kat sini.
bukan cheese je, rempah-ratus pon dah siap siap ada.. korang tinggal nak pilih je..
paling best, nak olive oil murah, sila laju laju terjah seksyen ni.. saya pon grab 2 botol olive oil untuk buat stok..hahahaaha.. 




Semua pon nak sihat kan?? tapi bagi yang nak sihat tapi malas nak prepare detox water dan healthy food, silakan terjah kat seksyen ni.. tu difuse water tu dah terbentang khas untuk korang..
bahagia ke tidokk??


makanan panas pon not bad hokay harga dia. tandoori tu 50% diskaun.. pitammss makk!!

Selain seksyen membeli belah barangan dapur dan keperluan harian, kat tingkat atas pon disediakan kemudahan untuk seisi keluarga.
shopping barang dapur dan shopping untuk ahli keluarga.
ngam sangat la tuuuu!!
1 tempat semua ada.. 
jom saya bawak jalan-jalan lagi setiap tingkat dan setiap seksyen.
dari fesyen wanita, kanak-kanak, lelaki semua ada.









bagi yang ingin mencari kain-kain atau keperluan untuk tema Bollywood, haaa korang boleh singgah di Lulu Celebrate. Macam-macam jenis kain sari yang ada kat sini..


kain-kain ela tu pon kita boleh buat baju kurung tau.. kualiti dia sangat terjamin..
*boleh plan untuk raya tahun depan ni* hahahaa..



last pakai sari masa kawin dulu.. malam berinai / persalinan baju..
cantikk pulak sari hitam kat patung ni..hahahaa.. rasa nak switchkan diri dengan patung tu..


antara blogger yang sempat mencuba cara-cara nak lilit lehanga kat badan..
huntongg laaa..hahaha.. 

Tandas dan surau ada disediakan di tingkat 3. jangan pegi tingkat lain tau kompom korang tak jumpaa.. bersih tandas dan surau dia.. food court pon disediakan juga tau  korang boleh terjah ke tingkat 4. macam-macam store makanan disediakan. penat-penat shopping, elok sangat la korang take five makan-makan sambil luruskan pinggang.. 


Esoknya saya datang lagi bersama parents untuk sambung shopping. rugi tak grab 2 hari harga runtuh sehingga 50% sempena sambutan hari Malaysia. 

ni baru separuhh...

hasil tangkapan..kau mampu shopping barang dapur kat Kuala Lumpur sana?? kami mampu demi sales..hahahaha..


last but not least,

kami para blogger Malaysia sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Lulu Hypermarket and Department Store di atas kejayaan mencipta rekod baru Malaysia Books Of Record untuk Kek Buah Terpanjang Di Malaysia. Saya sebagai rakyat Malaysia sangat berbangga dan bertuah kerana sempat hadir untuk menyaksikan acara ini dan dapat juga merasa kek buah yang terpanjang di Malaysia.. happy tummy!
By the way, selepas diukur dan disahkan oleh pegawai dari MBR, sebahagian dari kek ini akan dijual (konsep derma di balang derma yang disediakan) dimana kesemua hasil jualan akan didermakan ke Rumah Cheshire Selangor sebagai sebahagian dari projek CSR Lulu Hypermarket.

Parking pon disediakan juga di dalam bangunan Lulu Hypermarket. Parking Rm4 tapi dengan pembelian di atas Rm100 korang boleh dapat parking percuma. caranya korang pergi ke service counter kat tingkat 1 dan cop tiket tu utk free parking. 

Untuk maklumat lanjut tentang Lulu Hypermarket, boleh rujuk maklumat di bawah :
Alamat : 
Lot 159, Persiaran Capsqueare, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur

Website :

Facebook :

Instagram : 

jangan lupa sentiasa tengok update sales dari Sosial Media Lulu Hypermarket tau.
Dorang rajin buat sales tergempar ok!

 -MrsPuex-

24 Comments

Suria Amanda said…
Tudiaaaa...Sari cecantik..eh lepas program tu kan..kek tu diorang buat apa...pameran ke atau diorang potong bg org ramai
zuhaira nasrin said…
syoknya jalan2 dengan sale macam tuuuu..
itsmiramira said…
Waaa panjangnya awakkkkk kek tu geramnye..dah la kite ni kaki kek. Ishh
Shafyqah Azahar said…
uish sedapnya kek panjang pulak tu haha lagi best sales smpai 50% 😍😍😍
Bella Jamal said…
Seronoknya. Tak berkesempatan nak join hari tu. Shopin barang dapur tu syok!
Mia said…
cake looks amazing haha looks like you had plenty of fun.
ANZ said…
Panjang gila kek tu ahahah,makan setahun tak habis rasanya
azlina ina said…
wowowowowo...dasatttt. murah gila dh tuu
Mek Onie said…
MAK AIIIIIIIII,MURAHNYAAAAAAAAA !NANTILAH FREE-FREE NAK TERJAH
Naz said…
Beli ikan tongkol seekor harga RM4 lebih, pastu buat masak kari, peeergghhhh licin terus. Hilang niat nak diet! Tapi memang harga di LuLu sungguh berpatutan dan banyak pilihan. #HappyAtLuLu
Murah-murahkan. Memang semua harga berbaloi-baloi 😉
ummizarra said…
Fresh nampak ikan dekat sini. Macam tak caya ada pelbagai brgn di jual. Fuhhh puas hati kalau berbelanja di sini.
nurmisnan said…
wahhhh.. tahniah Lulu market..

mcm2 ada kat market ni ya.. bolehlah terjah.. suka shopping barang dapur yg kekadang susah nak dapat di pasaraya2 lain
Bro Framestone said…
Wow menarik juga pasaraya nie... macam-macam ada....
PERMATABIRU said…
bestnya tgk kek panjang2 tu
Fiza Rahman said…
Dah lama dengar nama Lulu hypermarket ni. Tapi tak pernah pergi lagi. Besar betul yer. Cheese tu... Murahnya. Nak kena pergi ni.
Suliana Yusof said…
Sedapnya nampak tandoori tu... Mujur la jauh, kalqu dekat, dah kena ngap la..
Rawlins GLAM said…
Saya lupa beli Olive Oil... aduhaiiii.... nampak gaya kena pergi lagi minggu nie (alasan nak jejalan je pun) hahahha
banyaknya pilihan kat sini ^^
Wendy Pua said…
nak detox water tu!
buat senang utk orang ni!
Suka2
Ruby said…
Kek tu nampak sedap. Dapat makan tak? Hehehe
el said…
kek tu ada bawa balik x hihihi
kena bukak 1 branch kat penang
org penang nak gak serbu hihihi
Hasrul Hassan said…
Tak pernah tahu lagi ada nama supermarket macam ni.