Skip to main content

HARI SUKAN NEGARA 2017

Assalamualaikum/Hai, 

Hari Sabtu yang lepas satu Malaysia sambut Hari Sukan Negara.
Masing-masing sambut dengan cara masing-masing di tempat masing-masing.
Aku pon sambut jugak tapi sambut di sekolah anak.
Boleh tahan kemeriahan dia.. seronok. mengimbau kembali kenangan masa zaman sekolah dulu..
ok. rindu zaman sekolah.


Team jazzercise aku dapat jemputan untuk lead acara senamrobik untuk sekolah.
aku and the team jadi shadower cikgu. meramaikan majlis.
eksaited semua orang sebab ni dah dikira as jazzercise outdoor programme..wehhhuu!!

while waiting. kita photogedik dulu.. 




muka cikgu sya (purple cap) tahan nebes ..heheh..

amek semangat memasing.

we in action. 

shadower cikgu sedang perform.
alhamdulillah everything goes smoothly.
annddd..


we received a appreciation certificate from Pengetua SKPP.


proud team!
dont care crowd kat bawah stage tu ha..hahahahaa.. haruuuu!!
 

Antara acara lain yang diadakan kat sekolah adalah sukaneka berkumpulan. 1 kumpulan mesti ada 4 murid+ 1 ibu/bapa. Total acara kesemuanya ada 4. Bola sepak mini, boling padang, bola jaring mini, golf mini.. semua aku main. tapi aku tak main sorang.. syarat utama kena ada team kalau nak masuk semua acara.

Ade jugak acara pertandingan breakfast piknik. alahhh mcm kita piknik kat tepi sungai/laut tu ha.. yang ni aku tak join. malass nak bawak segala mak nenek bakul+tikar bagai lepas tu duduk sajee makan makan makan.. its not me bebeh.. hari sukan, kita sukan. bukan makan..hahahaha.. makan sesiap kat umah. bawak bekal sumbat dalam beg.kalau lapar, kita open beg jee.. * harap harap stetmen aku ni tak dikecamm..kuikuikuiiii...


Memperkenalkan team aku : Team Gigirl..
Secara otomatik aku jadi mak gigirl!
ahli kumpulan opkos la anak dara aku and the geng! hahaha.. kelam kabut aku soh dia cari geng. sepantas kilat 4-4 dah tercegat depan aku..kekekeke... kuasaaa mak gigirl!

salah satu acara. bola jaring mini.
my girl in action.

me in action. 
bakat masih terpendam.. hahahaha
support team score mata. dalam masa 3 minit ko sumbatlah berapa banyak bola dalam tu.. 
welll.. kami kalah bergaya.. takpe grup, kita try lain plak.

last but not least,
tak sangka game golf mini menjadi habuan grup kami haritu.
*takde plak gambar main mini golf ni..aduhaii..*


team gigirl power!
dengan pungutan 100 markah. 
yang boboi tu supporter tegar team kami tauu.. kemane kami pegi, adeee je dia..hahahah..

ok, mari kita kokakkan hamper tu..
good job girls!
mak gigirl tumpang happy.

balik umah, semua pingsan.. maybe cuaca panas membahang kot.

yang penting, kita sukan untuk sihat dan cargas.
menang, kalah tu rezeki memasing.

al kisah Hari Sukan Negara aku.
Hari Sukan korang macam mane?
mesti best kann??

 -MrsPuex-

Comments

dd said…
Hari sukan negara adalah antara hari yang berfaedah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang sihat.

Memang terbaik.

Tapi saya cuma berehat di rumah masa hari sukan negara. haha. Esoknya baru berjogging >.<
Suria Amanda said…
seronoknya program macam ni ..selain menyihatkan badan boleh mengeratkan silaturrahim kan..SA suka je program ni sebab boleh banyak buang peluh..harap nak pi bersenam sendiri...hahaha..ntah bila..
NEEZA said…
wah seronoknya dapat hamper.. bagus sangat aktivit macam ni dijalankan, tak adalah rakyat malaysia dikategori obes dan sesuai sangat dilunturkan ketika kecil untuk cintakan sukan
Mahamahu said…
Wow mama yang aktif bersuka ni huhuhu kita hari sukan tu kat rumah jer sukan dalam rumah sendir-sendiri jer hehehehe meriah tengok ramai orang berkumpul...
Hanny Abdullh said…
Teringin nak aktif mcm zaman sekolah2 dahulu, tapi skrg ni rasanya dah tak boleh dah...apa taknya nak lari dari dapur ke pintu depan pun dah tak larat...huhuhu.
Fieza Sani said…
Kat ofis saya pun ada sambut Hari Sukan Negara ni..Tapi saya tak joint sebab ada hal..Meriah tengok kat group wasap ofis..Tengok kat ig, kemain semua semangat sukan negara hari sabtu ritu...
Azlinda said…
bestnya..nampak meriah.
Lia Hasty said…
Bagus betul Hari Sukan Negara ni sebab melibatkan semua peringkat umur untuk bersukan :)
yaya_flanella said…
Meriahnya! Masa hari Sukan negara ni yaya kat kampung ada kenduri kahwin sepupu. Ada rezeki tahun depan boleh join hee
Rawlins GLAM said…
Group Rawlins berzumba @ UKM last weekend sempena HSN - bahagia kan! And god job to you and your group too!
Qbal Ramlan said…
Waaaa berzumba reramai ye. Comel je tengok 😂😂
Bro Framestone said…
Wowwww best... kita sepanjang hari, dok rumah tidur.... dah lama xrasa nikmat tidur macam tue

Popular posts from this blog

Pameran Projek Shinkansen Di ISetan The Japan Store LOT 10 Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan Isetan The Japan Store telah  melancarkan pameran di Jepun Shinkansen di Lot 10 Shopping Centre. Pameran ini akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Level 1 daripada Isetan The Japan Store. Acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Projek Shinkansen yang sangat menarik. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di masa akan datang. Lokasi pameran, Isetan The Japan Store, menawarkan pelbagai produk Jepun dan pengalaman budaya Jepun dari tradisi purba dengan teknologi terkini, dan pelbagai fesyen, gaya hidup untuk makanan sebagai kedai khusus memperkenalkan Jepun. A diorama kereta api yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan semasa pameran itu, menyatakan keindahan dari Shinkansen yang termaju dan keunikan ...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P