Dah lama tak makan steak and grill. Bila dapat jemputan dari Shah Alam Convention Center, terus laju laju say YES! hahahaa.. dasar pelahap beginilah..
Ni nak bagitau, Westside Bistro, sebuah restoran berkonsepkan santai menampilkan kombinasi selera barat dan timur menyediakan susunan menu yang memang menyelerakan untuk para pengunjung yang datang. Beroperasi sejak tahun 2010 dan terletak di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), bistro ini mencipta satu suasana tenang dan mendamaikan dengan gaya dekorasi minimalis dan seragam agar tampak ringkas.
Westside Bistro mengumumkan promosi terkini yang menyajikan hidangan stik dan grill bermula 4 Oktober 2017 bermula dari jam 6.00 petang sehingga 10.30 malam setiap hari Rabu hingga Ahad. Dengan adanya promosi istimewa ini, pengunjung dari Shah Alam dan kawasan berdekatan boleh mengunjungi Westside Bistro dan menikmati hidangan stik dan grill yang disediakan secara ala minute.
Dipanggang panas-panas untuk para pengunjung.
Daging fresh dan empuk. Gembira anak tekak saya!
Ayam Panggang Skewer.
Daging Panggang Skewer.
side dish
roti + mushroom soup.
antara dessert yang ada di Westside Bistro.
"Pengunjung dan komuniti disini sudah menjadi sebahagian daripada kami dan ini adalah sebab utama kenapa kami masih di sini." ujar Kamarolhizen, Pengurus Westside Bistro. " Saya dan warga kerja Westside Bistro amat teruja untuk memperkenalkan seleski pilihan sajian stik dan grill yang disediakan khas buat anda".
Istimewanya menu kali ini, Chef Eksekutif, Jamili Napiah membawakan keunggulan dalam masakan yang dihidangkan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan utama stik dan gril - Daging Panggang Skewer, Kambing Panggang Skewer dan Ayam Panggang Skewer. Kelazatannya boleh dirasai kerana citarasanya yang sempurna hasil gabungan kepakaran chef dan bahan-bahan segar. Variasi hidangan Sizzling Skewer dengan berbagai hidangan pelengkap ini pasti akan menjadi tumpuan pengunjung.
WS Steak and Grill : Sizzling Skewer Walk-in Purchase
Normal Rate : RM 48.00+
Normal Rate Kids Buffet : RM 12.00+
Dengan promosi Sizzling Skewer yang kini sedang berlangsung sehingga 31 Oktober 2017, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan penjimatan hebat menerusi laman https://sacc.onpay.my/order/form/wssteakandgrill . lagi penjimatan yang berbaloi, sebarang tempahan meja yang dibuat pada hari Rabu dan Khamis, kanak-kanak berumur 7 hingga 10 tahun akan dijamu secara PERCUMA! di buffet kanak-kanak yang disediakan. Sementara kanak-kanak di bawah 6 tahun akan dijamu secara percuma sepanjang waktu operasi stik dan gril di Westside Bistro.
Lebih istimewa, tempahan ruang bistro dibuka kepada orang ramai yang berminat mengadakan majlis keraian atau sesi perbincangan di sini. Ia mampu menempatkan hingga 100 pengunjung dalam satu-satu masa dengan tawaran pakej mengikut peruntukan bajet penganjur. Bukan itu saja, bahkan lokasi Westside Bistro yang terletak di tengah-tengah bandar Shah Alam menjadikan ia lokasi strategik dengan akses perkir kereta yang mudah dan banyak di bangunan SACC.
Yang penting, Westside Bistro ada Sijil HALAL ya!.
Antara rakan blogger yang hadir.
Untuk maklumat lanjut dan terkini, pastikan anda mengikut Westside Bistro di :
Facebook : www.facebook.com/westsidebistro
Instagram : www.facebook.com/westsidebistro
Tel : 03-55118858
-MrsPuex-
13 Comments
Nak jugak!
Sedap tgk buat mcm tu...nk kena buat jugak la kaedah cucuk2 gitu n grill ja kat umah nnt
Nampak sedap tu..terliur laa plak..hihi