Assalamualaikum/Hai,
Nivea Care Run Flag-off oleh selebriti Siti Saleha, Ms Shirley Toh, Sales Director of Beiersdorf Malaysia; Mr Ng Hock Guan, Country Manager of Beiersdorf Malaysia & Singapore and Mr Cheong Wai Lun, Head of Marketing of Beiersdorf Malaysia.
Hampir 2,500 rakyat Malaysia berkumpul di Putrajaya untuk
menyertai NIVEA Care Run pada ahad yang lepas (29 Oktober 2017) yang
dianjurkan oleh NIVEA Protect & Care,
deodoran yang direka khusus untuk memberi perlindungan berpanjangan pada kulit
bawah lengan. Bertemakan ‘Protects What
You Care’ yang juga merangkumi kasih sayang terhadap komuniti, sumbangan
sebanyak RM20,000 daripada larian tersebut telah didermakan kepada Yayasan Budi
Penyayang Malaysia (PENYAYANG),
sebuah badan amal yang memberi bantuan kepada
rakyat Malaysia yang memerlukannya.
sesi serahan sumbangan bernilai RM20,000.00 kepada wakil PENYAYANG.
Dengan formula yang bebas alkohol, deodoran NIVEA Protect & Care diperkayakan dengan esen NIVEA Crème dan haruman yang lembut. Ia memberikan kulit anda perlindungan yang berpanjangan sehingga 48 jam, serta menyuburkan dan memberikan anda bawah lengan yang lembut dan licin.
Peserta yang ambil bahagian pada hari tersebut.
“Kami di NIVEA bertuah kerana dapat bekerjasama dengan
PENYAYANG dalam usaha mereka untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukannya,”
kata Ng Hock Guan, Pengurus Negara
Beiersdorf Malaysia & Singapura. “Tema NIVEA Care Run ini adalah selari
dengan nilai penjagaan teras NIVEA
Protect & Care yang menggabungkan perlindungan dan penjagaan rapi. Kami
bersyukur mendapat sokongan daripada rakan niaga kami untuk memastikan
larian ini berjalan dengan lancar. Kami juga berbangga dengan kehadiran ramai
rakyat Malaysia yang memberikan sokongan kepada NIVEA Care Run. Setiap hadiran pada hari ini memainkan peranan
penting dalam kejayaan acara ini.”
Peserta menurunkan kata-kata semangat melalui stiker di board NIVEA CARE RUN.
Bagi meningkatkan kesedaran umum tentang penjagaan kulit
bawah lengan, pihak NIVEA Care Run berkongsi tentang fakta-fakta kulit menarik
seperti 36% kulit disingkirkan apabila
seseorang mencukur dan juga kesan pencukuran dan pencabutan bulu yang boleh
menyebabkan kerosakan kulit.*
Aktiviti lain yang turut diadakan termasuklah dinding “NIVEA
Protect & Care” yang
membolehkan peserta menulis mesej kepada orang tersayang, khemah PENYAYANG, cabutan
bertuah dan kios foto. Selebriti tempatan iaitu Siti Saleha, Nadia Heng dan
Fiqrie turut memeriahkan NIVEA Care Run ini.
Antara artis yang terlibat , Nadia Heng, Siti Saleha dan Fiqrie
Secara
keseluruhannya, NIVEA Care Run telah mencatat kejayaan cemerlang dari segi mendidik
rakyat Malaysia tentang kepentingan penjagaan kulit bawah lengan di samping membantu
mereka yang kurang berkemampuan.
Deodoran NIVEA Protect & Care roll-on 50ml dan NIVEA Protect & Care spray 150ml masing-masing dijual pada harga RM11.30 dan RM17.50 di semua pasar raya dan farmasi seluruh negara. Layari
www.facebook.com/mynivea untuk mengetahui
lebih lanjut tentang produk NIVEA.
-MrsPuex-
16 Comments
Untunglaa dapat jumpa retis hihi nasib baik jauh. Kalau dekat, daha lama dah Annur serbu
McD Storytelling Contest 2017
Harap tahun depan dapat sertai acara seperti ini... buat masa sekarang nie, perlu kembalikan stamina macam zaman memuda dulu