Alami Sendiri Kelazatan Chicken Fiesta Di Restoran A&W

Assalamualaikum/Hai, 

Saya adalah penggemar ayam goreng dan saya akan cuba semua ayam goreng yang ada di fast food restoran di Malaysia.. Baru-baru ini, saya dan keluarga sempat hadir ke A&W Batu Road, KL iaitu A&W yang tertua di Malaysia sempena Promosi Chicken Fiesta. Biasa kalau kita dengar je A&W,  kita terus ingat kat RB Float (dulu Root Beer Float), Beef Coney (dulu Coney Dog) dan wafflenya. sekarang, kalau korang berkesempatan, apa kata korang cuba pula ayam goreng di A&W.

chicken fiesta A&W

Bermula dari 7 November 2017, buat julung kalinya A&W malaysia akan mengadakan promosi Chicken Fiesta bagi memperkenalkan semula ayam gorengnya secara besar-besaran. Sempena Chicken Fiesta ini, Golden Aroma Chicken (GAC) dan Spicy Aroma Chicken (SAC) akan dihidangkan bersama RB Float dalam kombo dua ketul ayam, enam ketul ayam dan juga sembilan ketul ayam bermula dengan harga RM15.45 sahaja.



chicken fiesta A&W

Ayam yang segar dan fresh digoreng garing kekuningan keemasan bersama adunan rempah ratus dan herba yang digunakan dalam penyediaan ayam goreng ni sememangnya kena dengan tekak kita sebagai rakyat Malaysia. kalau korang tak suka pedas, boleh amek yang  Golden Aroma Chicken manakala yang sukakan pedas, bolehlah try Spicy Aroma Chicken. tak payah cicah sos cili dah kalau makan Spicy Aroma Chicken ni.. Both my kids choose Golden Aroma Chicken.. sampai tambah 2 ketul ayam memasing. Makna kata, memang kena dengan tekak doranglah tu..



chicken fiesta A&W
pilihan saya semestinya Spicy Aroma Chicken!
walllaaaa!! 

chicken fiesta A&W

Saya juga berkesempatan berjumpa dengan CEO A&W Malaysia, Encik Samad yang sangat humble dan sporting melayan kerenah para tetamu yang hadir. Didoakan semoga A&W terus success di masa akan datang.

Sedikit info yang telah disampaikan oleh Puan Norashekin kepada para tetamu yang hadir. Tahniah kepada semua organizer yang terlibat. You Are Ohsem!

oklah.. meh saya terangkan secara details set-set kombo yang ditawarkan dalam promosi Chicken Fiesta A&W ini :

SET KOMBO A :
2pcs Ayam Goreng + Fries + RB 
RM15.45


SET KOMBO B :
6pcs Ayam Goreng  + 3 RB (single scoop ice cream)
RM36.99



SET KOMBO C :
9 pcs Ayam Goreng  + 4 RB (single scoop ice cream)
RM53.99


Kalau korang tak nak order kombo, korang boleh juga nak order secara ala-carte, dan korang boleh add-on chicken poppers dengan harga hanya RM5.30 dan RB 2 liter dengan harga hanya RM7.00 sahaja. (refer gambar di bawah).


Kalau kita minum RB Float ni, mesti RB Float ni dihidangkan dalam mug kan?? dah tentu RB mug ni tersangatlah ekslusifnya ok!. bukan senang senang kita boleh bawak balik rumah. tetapi, buat pertama kalinya, A&W Malaysia menawarkan promosi pembelian A&W Limited Edition Mug 2017 kepada semua peminat-peminat tegar A&W dengan harga hanya RM49.90 sahaja. Tawaran berlangsung dari 11 Oktober sehingga hujung tahun ini sahaja.


chicken fiesta A&W

Apa tunggu lagi, cepat-cepat grab sebelum ianya kehabisan stok. menyesal tidak berguna lagi kalau dah habis ya.. saya dah dapatkan seketul mug ni.. 

Bagi sesiapa yang dah beli mug ni, satu petua saya nak bagi kat korang. Memula, pastikan ada mug dan RB float 2 liter kat umah..Korang sejuk bekukan mug ni dalam freezer semalam atau jika perlu, then bila nak minum, keluarkan mug yang dah disejuk beku tu, tuang air RB dan letak 1 scoop ice cream kt atas.. pergghhhhh.. 2 gelas kot bertambah..hahaha.. 

Sebelum balik wajibulghunnah bersesi photo dengan rooty bear ni.. bukan seketul tapi 2 ketul rooty bear yang datang pada hari tersebut.. Gumbiranya anak-anak bukan kepalang.. rasanya ni pestime dorang tengok maskot Rooty Bear secara in person.. gituuuhhh!!



chicken fiesta A&W



Untuk maklumat lanjut berkaitan A&W, korang boleh refer details di bawah ni :




 -MrsPuex-

13 Comments

mama tisya said…
lama tk singgah A&w..fav rootbeer float...
Azlinda said…
Iols mmg peminat A&W, lelagi mozza burger dan float nya.. perghhhhh...boleh termimpi2 tau !
Suria Amanda said…
Akak peminat A&W, rootbeer...ayam goreng...alaaaa...sedapnya..sajer je kan tayang ayam petang2 ni....
Shafyqah Azahar said…
takpernah try lagi a&w tapi lepas tengok popcorn tu terus rasa nak try lepas ni
Farhana Jafri said…
wow dah ada ayam goreng lah :D
Mahamahu said…
OK kita tak nak cerita tentang kesedapan ayam goreng kat A&w ni memang best dan makan bersama keluarga atau kawan2. Boleh jadi antara ayam goreng top pilihan kita juga..
NEEZA said…
wah ayam tu nampak menyelerakan, hmm dah lama tak makan A&W.. tetiba craving tengok entri ni, nak singgahlah outlet A&W jap lagi
shidah abdullah said…
Memang sedap nampaknya ayam tu.. A&W nye rootbeer mmg nala.. kena tunggu balik subang br leh cuba.. nilai xde
Rawlins GLAM said…
Rawlins akan pergi next week untuk makan memacam kat A&W - tak zabar nak meratah ayam tu lagi!
Lia Hasty said…
Rasa macam lepas kerja terus nak pergi makan je. Kalau Rb float dia mmg terbaik. Sedap & favorite. Ayam goreng tu nk try lah.
Henry Tan said…
im a big fan of A&W since small kid! too bad now Penang sudah takda if not mistaken!
Bro Framestone said…
Tak pernah try ayam goreng mereka lagi nie.... Tapi root beer dia selalu.. selalu beli dekat pasaraya... balik rumah.. boh ais krim
Nuha Nawawi said…
Berlumba-lumba tawarkan resepi ayam baharu. Biasa jika ke A&W pekena coney dog dan A&W rutbir float je. Biasanya masa otw balik kampumg singgah A&W di RnR