Assalamualaikum/Hai,
Kebiasaan hari seorang wanita bermula dengan semburan
wangian pada nadi, rambutnya dirapi dan membuat kemasan terakhir pada pakaian dan
solekan di hadapan cermin sebelum melangkah keluar. Menjelang tengah hari,
selepas menghadiri beberapa mesyuarat dan melakukan tugasan lain beliau akan
menambah gincu pada bibir selepas makan tengahari. Menjelang petang, beliau
akan membuat perancangan bersama rakan untuk menikmati makan malam, ataupun
temujanji bersama teman lelaki dan sekali lagi membuat sentuhan terakhir pada
solekan sebelum melangkah keluar. Satu perkara yang perlu beliau ingat setiap
kali selepas merapikan semula diri adalah untuk menyembur semula wangian
memandangkan bau dapat mencipta daya tarikan penuh “scent-sasi” dan memberi
impresi yang berkekalan.
ENCHANTEUR berbangga menjadi pakar dalam memperkenalkan wangian
Perancis yang memahami keperluan dandanan wanita dan sentiasa berusaha untuk
mencipta inovasi bagi menghasilkan produk yang relevan. ENCHANTEUR juga sedar
bahawa sesetengah wanita sering membawa bersama sebotol wangian EDT atau
semburan wangian badan untuk merapikan semula wangian diri.
ENCHANTEUR memperkenalkan wangian terbaharu mesra beg
tangan iaitu ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dalam bentuk bebuli –
yang boleh didapati dalam saiz padat 9ml. Rangkaian ini merupakan inspirasi
personaliti gadis-gadis Paris yang feminin namun penuh dengan tenaga dan
sentiasa menyerlah. Dengan usaha sama bersama pencipta wangian Perancis,
ENCHANTEUR menterjemahkan personafikasi keempat empat gadis ini pada pakej
pembungkusan yang menarik. Dilancarkan dalam empat variasi wangian, para gadis
kini mempunyai dua pilihan dari 2 aroma paling laris dari rangkaian ENCHANTEUR
PARIS, iaitu Belle Amour dan Adore; serta wangian baharu iaitu Cheri dan Jolie
yang lahir dari inspirasi trend bunga semasa.
ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dirumus khas tanpa alkohol, menjadikannya
pilihan yang sesuai untuk pengguna beragama Islam kerana sesuai dibawa
sembahyang tanpa perlu mencuci wangian. Tambahan pula, formulasi berasaskan
minyak ini membolehkan aromanya bertahan lebih lama.
Direka dengan aplikasi bebuli membolehkan pengaplikasian
menjadi lebih pantas dan mudah pada bila-bila masa sepanjang hari. Cara
penggunaan yang mudah dapat membangkitkan deria seseorang secara halus disulami
sentuhan keajaiban.
Dengan ENCHANTEUR
PARIS PETITE PARFUM yang baharu, anda akan sentiasa bersedia untuk
mencipta saat penuh sensasi, di mana sahaja. Pembungkusan berbentuk kompak dan
mudah ini cukup kecil untuk dimuatkan di dalam tas tangan anda – direka untuk
kelihatan hampir sama dengan saiz gincu, menjadikannya benda penting yang perlu
ada sebelum meninggalkan rumah. Rekaannya juga mesra pesawat dan mudah
dimuatkan di dalam beg kosmetik atau bagasi bimbit sebagai penambah wangian
yang lebih mudah. Kini, para wanita boleh membawa pelbagai wangian di dalam tas
tangan tanpa perlu bimbang tentang lebihan ruang atau muatan.
Rangkaian ini membolehkan wanita meneroka
kreativiti yang sememangnya ada pada diri mereka! Mereka boleh suai padankan
mana mana wangian untuk mencipta wangian tersendiri yang menjadi ‘signature’ si pemakai.
ENCHANTEUR PARIS
PETITE PARFUM – Jolie (Lovely)
Kombinasi
keanggunan Rose, Honey dan Pear amat sepadan dengan personaliti
santai bersahaja yang gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan, atau insan
instimewa. Aroma lembut dengan bauan bunga amat sesuai digunakan untuk
memberikan ‘mood’ tenang ketika bersama pasangan. Kemasan biru denim
menjadikan anda kekal anggun di pandangan dan tetap disukai.
ENCHANTEUR PARIS
PETITE PARFUM – Cheri (Darling)
Buat yang berhati
muda remaja, kami persembahkan bauan yang enak dan manis untuk memastikan anda
tersenyum sepanjang hari. Bagi si gadis yang gemar menyebarkan kegembiraan
kepada orang-orang sekelilingnya, aroma Apple, Cherry Blossom dan Vanilla
yang lazat bakal mencuri hati dan mendapat perhatian ramai.
ENCHANTEUR PARIS
PETITE PARFUM – Belle Amour (Beautiful Love)
Ciptaan dari aroma
yang menawan yang mampu membuat jantungmu berdegup dan meransang deria.
Pembungkusan merah jambu ini bakal mengimbau memori si gadis pada saat
temujanji pertama manakala campuran Apple Melon, Blackcurrant dan Pink
Rose Paris amat sesuai dengan gadis berpersonaliti romantis dan
menawan. Belle Amour membolehkan anda menikmati setiap kenangan manis
dengan yang tersayang, dan menjadikanmu teman istimewanya selamanya.
ENCHANTEUR PARIS
PETITE PARFUM – Adore (Adorable)
Haruman ‘signature’
ini mencetuskan kegembiraan, keyakinan dan daya tarikan yang abadi. Rona
pembungkusan ungu ini mengandungi sensasi aroma Wild Jasmine, Pink Mimosa
dan Golden Pear sepadan dengan si gadis yang elegan, anggun dan manis
pada malam temujanji romantisnya. Cipta kesan berpanjangan pada temujanji anda
dah penuhi hatinya dengan dambaan kasih padamu.
Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM,
anda akan sentiasa bersedia. Hanya perlu diaplikasikan ke nadi bila bila masa
yang anda inginkan dan anda akan sentiasa bersedia untuk mencetuskan saat
romantis bersamanya.
ENCHANTEUR PARIS PETITE
PARFUM boleh
didapati pada harga RM9.90 (Semenanjung) dan RM10.40 (Sabah Sarawak), di
Watsons, Guadian, AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini
di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila ke:
-MrsPuex-
1 Comments