Skip to main content

Lazada Online Revolution Blogger Contest

Assalamualaikum/Hai, 

Zaman sekarang ni, shopping online adalah sesuatu perkara yang wajib bagi semua pembeli di seluruh pelusuk dunia. teknologi semua di hujung jari. teringin nak beli itu, klik website- done beli. teringin nak beli ini, google the best price- klik - done beli. tau tau 2-3 bijik parcel dah sampai depan pintu. yang lagi best, kalau kita shopping online, kita dapat free shipping untuk setiap pembelian. bahagia rasanya kan? kan? kan??

Sebagai salah seorang pembeli online tegar, aku nak jawab beberapa soalan tentang shopping online ni sempena blogger contest yang dianjurkan oleh LAZADA ni:

a)Adakah anda masih ingat produk pertama yang pernah anda beli dalam talian? Apa itu dan bagaimanakah pengalaman anda?

 


- Disebabkan terlalu banyak barang yang aku terbeli online, makanya agak pelupa sikit barang pertama yang aku beli. kalau tak salah aku, dulu-dulu waktu diperkenalkan dengan shopping online ni, banyak baju-bajan/jubah/kasut yang sempat aku grab time sales. so far aku happy giler sebab masih belum pernah terkena barang lambat sampai atau tersalah hantar barang. setakat ni, im the happy person kalau shopping online. yang penting kita tengok dulu testimoni pembeli yang terdahulu.. bukan suka suka je nak beli sesuatu barang. think first before you purchase. gituuu..

b) Jenis produk mana yang anda lebih suka membeli dalam talian?



- masa bujang dulu suka beli handbeg/baju/kasut. bila dah berumahtangga ni, mostly barang keperluan dapur yang jarang-jarang ada kat kedai. konon-konon nak nampak sikit korean style. gituuuuu.. kadang-kadang tu terbeli jugak barangan untuk anak-anak. Secara keseluruhannnya, aku tak fokus kat sesuatu produk. rasa berkenan dihati dan harga mampu milik, aku akan grab. Bak kata pepatah,alah membeli, menang memakainya. 


c) Apa yang anda suka tentang membeli-belah dalam talian?



- mudah. cepat. senang memilih. pelbagai barang yang kita nak semuanya dah disediakan dalam talian. ada duit, pilih saja. 

d) Produk manakah yang anda beli atau anda merancang untuk membeli di Lazada semasa jualan Revolusi Dalam Talian?

- masih mencari-cari lagi barang yang nak dibeli di Lazada. Sekarangkan tengah sales 12.12 .. So antara barang keperluan dapur yang terberkenan di hati adalah seperti kat bawah ni..






lagi satu nak bagitau korang. Sekarang Lazada tengah buat Online Revolution bermula 11.11 sampai 14.12 ni.. semua barang murah nak meninggal. silakan grab sementara tengah promo kaw kaw tu ha..
klik SINI untuk maklumat selanjutnya.

Happy shopping gais!
Tapi ingat, shopping berpada-pada okeh. jangan sampai kauu gigit jari tengok duit dalam bank tinggal ZERO.. hahahaha.. rancang sebelum membeli itu kunci utama. dahulukan keperluan dari kehendak.

Sekian.
 -MrsPuex-

Comments

msredcheesecake said…
Semua org shopping online skang ni. Mak akak pon sama. Benda first beli memang dah lupa la. Happy shopping 😊
good luck wei..semoga ada rezeki yee

Popular posts from this blog

Pameran Projek Shinkansen Di ISetan The Japan Store LOT 10 Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan Isetan The Japan Store telah  melancarkan pameran di Jepun Shinkansen di Lot 10 Shopping Centre. Pameran ini akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Level 1 daripada Isetan The Japan Store. Acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Projek Shinkansen yang sangat menarik. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di masa akan datang. Lokasi pameran, Isetan The Japan Store, menawarkan pelbagai produk Jepun dan pengalaman budaya Jepun dari tradisi purba dengan teknologi terkini, dan pelbagai fesyen, gaya hidup untuk makanan sebagai kedai khusus memperkenalkan Jepun. A diorama kereta api yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan semasa pameran itu, menyatakan keindahan dari Shinkansen yang termaju dan keunikan ...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P