Assalamualaikum/Hai,
Siapa yang tak nak cantik dan tak nak sihat kan??
Cantik dan kurus tu satu anugerah. Tapi macam mana kita nak kekalkan cantik dan kekalkan jugak kurus dalam masa yang sama nak sihat??
senang jee.. meh saya kongsikan sesuatu dengan korang semua. Baru-baru ini saya telah hadir ke majlis perasmian produk berjenama STEA yang memfokuskan penggunaan teh hijau dalam semua produk-produk mereka.
Kecantikan dan kesihatan adalah anugerah terindah. Setiap insan ingin kelihatan cantik dan sihat setiap masa. Manjaga kesihatan luaran dan dalaman menjadi kemestian setiap insan. Kesibukan dengan rutin harian sepanjang hari tidak membataskan bagi setiap individu untuk kekal cantik, sihat dan cergas.
Memahami keperluan wanita yang sangat sibuk dengan tugasan sebagai ibu dan isteri, STEA telah melahirkan produk kecantikan luar dan dalam produk yang sangat senang dan cepat digunakan. Produk minuman dan rawatan wajah yang berasaskan teh hijau menjadi pilihan STEA bagi memastikan semua wanita di luar sana sentiasa muda, sihat dan berseri.
Penyanyi Amylea Azizan yang berjaya memukau para tetamu yang hadir dengan suara yang lunak dan masih berbisa..kipidap dear!
STEA TEH HIJAU
Teh hijau asli STEA adalah daun teh yang diperolehi daripada sumber berkualiti tinggi jepun. Dipilih oleh pakar bagi memastikan rasanya yang luar biasa dan tetap segar. Didalam uncang teh hijau asli STEA juga terdapat serbuk teh hijau yang disebut 'matcha'. Matcha telah diketahui tentang kebaikan dan manfaatnya untuk kelihatan dan kecantikan. Serbuk matcha mengandungi 17 kali lebih tinggi kandungan anti oksida berbanding teh hijau biasa.
KENAPA KENA MINUM TEH HIJAU STEA?
Sebab :
- Mengawal berat badan
- Meningkatkan metabolisma dan mempercepatkan pembakaran lemak
- Melawaskan msalah pembuangan
- Membuang kotoran dan toksin dalam badan
- Mengawal selera makan
- Mengurangkan kolesterol
- Agen anti kemurungan
- Agen anti penuaan
- Tinggi anti oksidan
- Menmbah tenaga
- Menghalangkan pengumpulan lemak dalam badan
nak tau tak, STEA teh hijau ini juga sesuai dijadikan minuman harian sekeluarga dan sebagai booster sebelum melakukan senaman.
STEA BEAUTY
STEA Beauty adalah produk diformulasi berasaskan teh hijau. didatangkan dalam bentuk sabun dan serum bagi merawat wajah anda.
Di dalam sabun STEA terdapat serat daun teh yang bertindak sebagai skrub setiap kali kita mencuci muka. Mencuci sahaja tidak mencukupi kerana cucian biasa tidak mampu membuang kotoran yang melekat di dalam pori-pori muka. Serat daun teh mampu membuang kuit mati dan mengeluarkan kotoran di wajah.
Serum STEA bertindak sebagai agen merawat wajah rosak anda. Kandungan utamanya terdiri daripada ekstrak teh hijau, aloe vera, kolagen, stem cell apple dan banyak lagi bagi meastikan kesan maksimum kepada setiap pengguna. Teksturnya dalam bentuk jeli dan tidak melekit sangat menyejukkan dan memberi kesegaran pada wajah setiap kali penggunaan.
Kelebihan STEA BEAUTY adalah :
- Mengandungi anti oksidan yang tinggi bagi merawat wajah
- Mengecutkan jerawata dengan cepat
- Memudarkan jeragat dan parut jerawat
- Mengecilkan pori-pori
- Menghilangkan kulit kusam dan kasar
- Melembapkan kulit dan menjadikan kulit tidak berminyak
- Mngurangkan lingkaran gelap bawah mata
- Menjadikan tona kulit lebih sekata
- Menganjalkan kulit wajah
- Mengurangkan kedutan dan garis halus
- Mencerahkan kulit dan melindungi kulit dari sunburn
- Agen anti penuaan
- Menanggalkan whitehead dan blackhead
Jadi, silalah gunakan atau cuba dulu STEA Beauty untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, sihat dan berseri-seri sepanjang hari. saya mesti cuba !hehehe..
Bersama pengasas produk Puan Mastura yang sangat humble.
Dengar-dengar bakal keluarkan produk terbaru yang ketiga?? ehemmmm...
antara rakan blogger/media yang hadir ke majlis pelancaran produk STEA.
thanks for having us.
HARGA :
STEA TEH HIJAU : RM60.00
STEA BEAUTY : RM89.00
boleh juga beli secara online. untuk maklumat lanjut atau pembelian, boleh refer :
Website : www.steabeauty.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/steamalaysiahq/
Instagram : https://www.instagram.com/stea_malaysia_hq/
-MrsPuex-
4 Comments