Assalamualaikum/Hai,
Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan.
“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank.
Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:
Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet; Kesihatan & Kecantikan; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Perabot & Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang Runcit & Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki. Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok.
Sepanjang kempen
ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26
Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling
Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai
RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh
menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee
sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000
termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas
Dyson.
Mengenai
Shopee
Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara
dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna
pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan
pembayaran dan logistik yang kukuh.
Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan
menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan
produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah,
kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan
kecergasan.
Shopee,
sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah
berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea
merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan
kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk
menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan
teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol
SE
Untuk maklumat
lanjut, layari www.shopee.com.my.
Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.
-MrsPuex-
1 Comments