Be A Star At Kidzania Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai,




Zaman kanak-kanak adalah zaman paling menyeronokkan kerana ketika itulah mereka berpeluang menjadi diri sendiri dan menyerlahkan potensi masing-masing. Setiap kanak-kanak mempunyai kelebihan tersendiri dan harus diberi peluang untuk menonjolkan hak dan bakat masing-masing. Mac ini, ‘Be a Star at KidZania Kuala Lumpur’ yang berlangsung dari 17 Mac hingga 8 April 2018 akan meraikan hak kanak-kanak menerusi muzik, lakonan, peragaan dan juga penggunaan teknologi.





Hak-hak kanak-kanak disokong sepenuhnya oleh para RightZKeepers dari KidZania Kuala Lumpur iaitu Urbano (Hak untuk Belajar), Beebop (Hak untuk Mencipta), Chika (Hak untuk Berkongsi), Vita (Hak untuk Beramal), dan Bache (Hak untuk Bermain).


“Seni pentas adalah cara terbaik untuk mengetengahkan hak kanak-kanak,” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur. Menerusi program ‘Be a Star at KidZania Kuala Lumpur’, kami berharap dapat meningkatkan kesedaran tentang hak kanak-kanak melalui pendekatan-pendekatan menarik yang membolehkan mereka mencipta, bermain, menambah pengetahuan, membuat kebajikan dan berkongsi! Selain itu, seni juga adalah cara terbaik untuk meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi kanak-kanak. Kami percaya kemahiran-kemahiran ini akan banyak membantu mereka dewasa kelak. Ini bertepatan dengan falsafah kami untuk ‘Learn Life Today’.”

Aktiviti-Aktiviti ‘Be A Star at KidZania Kuala Lumpur’:
   Hak untuk Belajar dan Mencipta:  Sesi Pengajaran The YouTuber akan mengajar mereka cara untuk menghasilkan video YouTube, penggunaan media sosial, pengendalian kamera, pencahayaan yang betul, dan penghasilan isi kandungan menarik tentang hak-hak kanak-kanak. 
  Hak untuk Beramal dan Berkongsi: Bengkel Lakonan & Uji Bakat akan memberikan mereka peluang untuk merasai pengalaman sebenar Beramal dan Berkongsi melalui kerja-kerja kebajikan seperti melindungi alam sekitar, haiwan atau kerja-kerja amal lain.
   Hak untuk Bermain dan Mencipta: Aktiviti lain yang mempromosi hak-hak ini termasuklah Kelas Alat Instrumen, Peragaan dan Sesi Penggambaran Jenama, dan Kelas DJ.

Jadual Aktiviti Be A Star At Kidzania Kuala Lumpur :

1) Youtuber Lesson - bermula 8 tahun ke atas, 11am-5 pm di Notebook Factory (20 minit)
2) DJ Lesson - bermula 8 tahun ke atas, 11am - 5pm di Main Square (20 minit)
3)Percussion Class - Bermula 4 tahun ke atas, 11am-5pm di TV Studio (20 minit)
4)Brand Modelling & Photoshoot - bermula 4 tahun ke atas, 11am-5pm di Canon Imaging Studio (30 minit)
5)DJ Appearance - weekend, 3-4pm
6)Acting & Casting Call Workshop - bermula 4 tahun ke atas, Weekend 2.30-3.30pm di TV Studio(30 minit)

Lain-lain aktiviti artistik :

Terdapat juga aktiviti artistik untuk anak-anak. mereka boleh mengasah bakat di beberapa lokasi di Kidzania seperti courthouse, radio station, KZ express, Stabilo, Brother, KZ Post, Umobile, Jewellery and face painting, City Parade and City Clock Tower.

Light, Camera, Action !

‘Be A Star at KidZania Kuala Lumpur’ dengan bangganya disokong oleh Canon, Fly Fm, Hot FM, Petit Moi, U Mobile, Zana Entertainment dan MYBeat Drum Circles.

Setelah mempelajari kemahiran baharu, kanak-kanak boleh menyertai Pertandingan Pencarian Bakat 'Be A Star' . Mereka hanya perlu menghantar video persembahan mereka melalui emel ke contact@kidzania.com.my atau sertai uji bakat terbuka di ruang acara KidZania Kuala Lumpur di antara 17 hingga 31 Mac 2018! . Dua puluh peserta akhir akan bertanding dalam Pusingan Akhir pada 7 April 2018 di hadapan para juri dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai, tiket dan banyak lagi!.


Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan acara di KidZania Kuala Lumpur, layari :

website : www.kidzania.com.my 
hotline : 1300 88 KIDZ (5439) bermula pukul 9 pagi hingga 8 malam, Isnin hingga Ahad.

Z-U kids!
tak sabar nak bawak anak-anak ke Kidzania KL .bagi dorang pengalaman menjadi seorang bintang di Kidzania KL! 



24 Comments

Eintan Nurfuzie said…
Xde ank. Tp klu bwk sepupu kecik mesti depa suka kan.. hihi.
Ms Sham said…
Hebatnya sekarang kanak2 ade peluang uji Bakat pula.
Ana Suhana said…
Bagus adanya program Be a Star ni. Ana tak sabar nak bawa syafi ke kidzania. Kot2 ada bakat2 terpendam dia tercungkil masa dekat sini kan.
Suria Amanda said…
Program ni sangat bagus...kanak- kanak boleh explore lebih dan paling bagus boleh cabar diri diorang sendiri..meningkatkan tahap confident level diorang juga
5 Little Angels said…
Nice new activities organised by Kidzania. Be A Star looks educational and I'm sure my children will enjoy all the new activities here.
Zharif Azis said…
Another great place for kids to enjoy their play time. They can be creative n everything with kidzania. Barulah sel2 otak berhubung. Nk bawak anak buah ke sini lah !
Cik Rose said…
Bagus sangat program sebegini. Boleh meningkatkan keyakinan anak-anak dalam mengemukakan idea mereka..
Azlinda said…
Dhia dgn dzal memang menanti je kitorg bawa ke KIDZANIA huhu..mak pak kena pikir byk kali tu nk msk sini 😉
Hans Hanis said…
seronoknya kalau ada anak
boleh bawa kesini
Alia Farhan said…
Bgus la kidzania ni...
Boleh cungkil bakat2 n skil2 terpendam anak2 kan...
Mahamahu said…
Zaman sekarang ni anak-anak senang dan banyak tempat untuk curahkan bakat yang ada. Bagus perkara macam ni tambah sekarang ni musim cuti sekolah bawa anak-anak pergi sana...
Cemburu tau dengan budak-budak zaman sekarang. Zaman saya dulu kenapa lah takde benda macam ni, best kot.
Bagus diorang buat aktiviti macam ni kan. Selain berhibur, sebenarnya ia mendidik kanak-kanak juga untuk jadi berdikari dan tunjukkan bakat masing-masing. Dapat gain keyakinan diri sama... :)
Emi said…
emi pun nak pergi nanti bawak anak2 buah. tak sabar pulak rasanya. dekat je dengan ofis emi ni.
Emas Putih said…
untung bebudak skrg ada show mcm ni. boleh cungkil bakat terpndam bebudak
Fiza Rahman said…
Dah 2 kali juhaklah pergi kidzania. Budak-budak lah yang seronok. Zaman kita dulu tak ada semua ni. Untung bebudak sekarang kan.
Jia Shin Lee said…
This will be so fun for older kids. Kidzania is really creative they are constantly coming up with new ideas to excite children.
Bro Framestone said…
Bgus aktiviti seperti ini, dapat gak memupuk sifat keberanian untuk tampil ke hadapan.. xde la dorang nie dok malu2 atau tak berani nak mencuba dimasa hadapan
Hanny Abdullh said…
Anak-anak semua dah besar panjang. Rindu pulak zaman bawak anak jenjalan tempat-tempat macam ni. Sure best kan
dr-Life said…
Too bad I don't have children or else for sure I will go. But I think the adult will be more excited than children. Lol

Racheal
Akak Kembang said…
sib baik anak akak dah besar ... kalau tak habis kena paw hehehe
Lin Liena said…
seronokkan jadi kanak2 zaman sekarang ni...macam2 ada...sediakan duit jelah hihi
atiehilmi.com said…
kak !! jom kidzania !!! sebelum beranak.. hee~
Mar Mansor said…
seronok dapat join program macam ni.
Janji Kita