Deko Pulut Berhias Cara Kami

Assalamualaikum/Hai,

lamaaaa sungguh tak bersiaran kt sini.
rindu pon ade.
malas pon ade jugak..
pembawakan agaknya.. nak menaip tu rasa berat sunggoh la hai..

ok lah..untuk mukadimah di penghujung april nan indah ni,
saja nak borak borak kosong je dengan korang.
ada buat draft tentang abah sakit kat hospital.
tapi tu nanti dululah ye.. emosi tak berapa nak stabil bila nak menaipnya..
asal taip je bergenang ayor mata ni..
haihh.. not good for my adik baby.
kang keluar kang jadi orang penyedih plak.
no no nooo...

ada masa yang sesuai nanti memang aku akan story kat sini tentang abah.
sabarr yee..

sekarang nak cerita tentang pulut berhias.
jeng jeng jengggg..

Image may contain: food

semalam.
jadi bidang terjun untuk deko deko pulut kuning.
jiran ada buat khatam al quran untuk anaknya..
buat kat umah ustaz. anak anak kitorang memang mengaji mlm2 kt umah ustaz ni. kebetulan pulak ustaz nak buat house warming sbb baru pindah so sekali harung je la..

aku tak berapa kretip pon nak mendeko ni..rasanya tak pernah deko pon pulut pulut.. dulu rajin buat hantaran kawin tu pon kawin sedara mara terdekat..sekadar assist je, cocok tang sana, cocok tang sini je haa..
beregu dengan jiran yang keja cikgu.. memang terhasillah pulut berhias ghuper gitu..
hahahahaa..

cantik takkk??? -sila cakap cantik ye..hahahaha..

sudahnya semua tak nak makan pulut tu sebab katanya sayang nak makan sebab cantik.. amboiiii diorang ni..


sabtu ahad kami yang penuh dengan kepadatan xtvt termasuk melawat abah kt hosp ampang sana. tak cukup masa nak berehat rasanya.. syukur sangat adik baby bagi kerjasama yang jitu kat mama.. dapatlah mama bergerak ke hulu ke hilir ..

alhamdulillah..

apa aktiviti korang wiken lepas?? bizi dengan pencalonan nama untuk pru14 ke tuu??
eyh!! hahahaaa..

ok lah.. nak sambung keje + nak pikir ayat utk pending job.. berderet review ramadhan nak kene buat.. tp tgk gambar je dah mula terliur..acaneee nak taip ni..lapaaaaaa tauuu..huwaaaaaa!!



 -MrsPuex-

0 Comments