13 Sebab Anda Patut Berbuka Puasa Ramadhan Ini Di Bangi Golf Resort

Assalamualaikum/Hai,

Ramadhan ini, Restoran Bangi Golf Resort (BGR) akan menggembirakan tetamu dengan hidangan eksklusif di Bufet Ramadhan bermula 19 May sehingga 13 Jun 2018. Setiap tahun alhamdulillah saya dan keluarga tak pernah miss untuk berbuka puasa di Bangi Golf Resort. Harga yang berpatutan, juadah hidangan yang banyak cukup untuk semua para pelanggan yang datang. Kalau anda nak tahu, setiap tahun, pihak Bangi Golf Resort akan melakukan kelainan khas untuk para pelanggan yang akan berbuka puasa di situ. Antara menu signature dish yang ditampilkan di Bangi Golf Resort adalah Sous Vide Eggs With Mushroom Espuma. seriusly anak-anak memang akan terjah station ni dulu.


Antara menu lain yang dihidangkan adalah menu timur dan barat dan tak lupa juga killer menu yang lain terutama Kambing golek. bagi penggemar durian, tahun ini Bangi Golf Resort ada menyediakan tawaran eksklusif khas kepada para pelanggan yang akan berbuka puasa di situ. Promosi Durian Runtuh di buffet Ramadhan tahun ini akan menampilkan Durian Musang King yang dibawa khas dari ladang di Raub Pahang dengan harga RM110 sekotal dan durian D24 dengan harga RM55 sekotak. Oklah, jom tengok beberapa hidangan juadaha yang disajikan kepada para pelanggan jika berbuka puasa di Bangi Golf Resort. *taip ni pon dah terliur..hahaha*

Menu Utama :













Desserts/kuih-muih/buah-buahan :











 




 

Ni adalah sebahagian menu yang ada.. lebih 200 hidangan menanti para pelanggan nnti tau.. kalau korang tak tau lagi mana tempat nak berbuka puasa bersama keluarga sekitar Bangi, bolehlah masukkan Bangi Golf Resort ni sebagai salah satu tempat untuk berbuka nanti. masih sempat tauu.. lagi satu nak bagitahu 13 sebab kenapa anda semua wajib berbuka puasa kat Bangi Golf Resort :

13 SEBAB ANDA PATUT BERBUKA PUASA DI BANGI GOLF RESORT

1)    Disahkan HALAL
Sejak 2009 lagi, Restoran BGR telah disahkan halal oleh JAKIM. BGR juga telah diiktiraf sebagai Restoran Paling Patuh Halal di Selangor dan menerima anugerah tersebut dari Menteri Besar Selangor pada 2017.

2)    Nilai untuk Wang Anda!
Terkenal kerana menghidangkan bufet gastronomik yang menawarkan kepelbagaian dan kualiti, Restoran BGR akan sekali lagi menawarkn lebih 200 hidangan mewah dari hidangan Melayu, Barat dan Timur. Harga untuk tempahan dalam talian di laman web  https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/ bermula dari serendah RM 59 nett untuk dewasa dan RM29.50 nett untuk kanak-kanak.

3)    Sajian Eksklusif
Tetamu boleh nantikan wadah masakan popular yang akan menonjolkan Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan Sup Kambing Mamak. The stesen ini, cef akan menghidangkan daging panggang dan sup kambing yang baru di masak. Tetamu juga boleh menikmati satay ayam dan daging serta Kway Teow goreng dan Mee Mamak yang disediakan secara langsung di depan mereka.

4)    Hidangan Barat Moden
Nikmati sajian eksklusif restoran BGR di seksyen Barat, yang menyediakan sajian dengan sentuhan gastronomik seperti Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma. Untuk hidangan yang lebi tradisional, kegemaran keluarga seperti Lasagna ayam dan Spaghetti Carbonara turut tersedia.

5)    Masakan Melayu dan Tradisional
Menonjolkan bahan mentah yang di tanam sendiri di “Kebun dalam Bandar” berlokasi di dalam premis Bangi Golf Resort sendiri, cef kami akan menuai sayur-sayuran organik dan menghidangnya ketika Bufet Ramadhan. Nantikan Nasi Kerabu, nasi yang dihidangkan dengan ulam yang kami tanam sendiri, ikan masin goreng, keropok ikan dan bahan hiasan lain. Warna biru Nasi Kerabu pula datangnya dari kelopak Bunga Telang yang juga ditanam di kebun kami. Juga tidak ketinggalan, tahun ini terdapat Laksa Sarawak dan Laksa Singapura yang dibuat dari mula yang kami pasti akan memenuhi citarasa anda.

6)    Sajian Timur Yang Disediakan Sempurna
Mengguna pakai teknologi terkini dalam menyediakan hidangan Timur, Restoran BGR telah menguasai teknik penyediaan Nasi Ayam Hainan. Setiap ketulan ayam telah dimasak secukupnya, memberikan rasa empuk dan berjus yang hebat. Nasi yang empuk dan diperkaya dengan lemak ayam, menjadikannya berkilau dan penuh rasa. Melengkapkan pengalaman ini adalah sos bawang putih & halia serta cili yang pasti akan menggoda anda untuk mendapatkan tambahan kali kedua. Tidak dilupakan juga, kegemaran ramai, Daging Masak Lada Hitam dan juga rekaan baru kami Filet Ikan Goreng dengan Sos Mentega.

7)  Pelbagai Pencuci Mulut
Di Restoran BGR, pencuci mulut adalah sesuatu yang mesti dinikmati. Di Bufet Ramdhan BGR terdapat Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat, Tiramisu Itali, seleksi kuih muih Melayu serta puding, agar-agar dan buah-buahan. Tidak dilupakan juga, Gelato kami yang disediakan segar dengan perasa durian dan bungan kantan akan sekali lagi disediakan.

Seleksi pencuci mulut baru juga akan dihidangkan untuk 2018 ini yang pasti akan meninggalkan kenangan manis. Anda pasti tidak tahu mahu memilih apa dari rekaan kami seperti Salted Caramel Brownies, Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Crème Brulee Cake, Talas Salted Corn, The Patissier Mocha Fudge Cake, Red Velvet Durian Mousse, Pandan Gula Melaka Mousse dan Cendol Mousse.

8)    Harga istimewa untuk durian!
BGR akan menerima tempahan untuk durian Musang King (RM110/sekotak) dan D24  (RM55/sekotak) daripada tetamu yang ingin membelinya untuk Iftar dan Hari Raya. Tempahan pra majlis durian boleh dibuat di https://www.bgrrest.com/product/durian/.

9)    Persembahan Secara Langsung
Untuk memeriahkan suasana, persembahan secara langsung akan diadakan bermula 6.30pm hingga 9.30pm.

10) Tempat letak kereta percuma
Lebih 800 lot parkir disediakan Restoran BGR buat tetamu.

11) Surau di sediakan
Ruang solat yang luas buat tetamu.

12) Buat baik!
Sepanjang Ramadhan al Mubarak tahun ini, Restoran BGR akan menyumbang 1% dari keuntungan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk memperkasakan komuniti dan memberi bantuan kemanusian kepada mereka yang kurang bernasib baik.

13) Suka Makan Benci Pembaziran
Memenuhi janji kami kami untuk sentiasa menambah hidangan dan memastikan ianya sentiasa ada di meja bufet sehingga majlis selesai namun bekerja dengan konsep sifar pembaziran, Restoran BGR akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan dan menyelamatakan mana-mana lebihan makanan dari Bufet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan,


HARGA BUFFET RAMADHAN DI BANGI GOLF RESORT :

DEWASA : RM 59.00 PER NETT
KANAK-KANAK (3-11TAHUN): RM29.50 PER NETT


Sebarang tempahan awal, promosi terkini atau maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Bangi Golf Resort seperti berikut :

Nama: Bangi Golf Resort Restaurant
Alamat: No. 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, Malaysia
Koordinat GPS: 2.95716N, 101.76518E
Tempahan & Pertanyaan: 1700 81 8557
Facebook: https://www.facebook.com/bangigolfresort/
Instagram: @bangigolfresortofficial


Bersama rakan blogger yang hadir semasa Buffet Ramadhan Preview Di Bangi Golf Resort.


Thanks for having me!
urs truly - MrsPuex-

credit picture : Blogger Afzal Suka Suki

19 Comments

Yanty Lee said…
Bangi Golf Resort ni memang tak mengecewakan setiap tahun , sajian hidangan yang disajikan sangat sedap apatahlagi harga pakej untuk berbuka puasa sangat murah dan berbaloi dengan pelbagai makanan yang ada.
Rawlins GLAM said…
BGR nie belakang rumah Rawlins je tapi masih lagi belum berkesempatan melawat dan berbuka kat sana. RM59 sahaja plak tu. Memang berbaloi la dengan juadah yang banyak sebegini.
Hasif Hamsyari said…
Pernah sekali dua ke BGR ni dan apa yang boleh saya katakan, memang best! Staf diorang pun ramah, servis terbaik dan pilihan makanan pun beraneka! Yang penting, ruangnya memang selesa. Kalau makan dengan keluarga ni memang sesuai sangat!
Emily said…
Wow, 13 reasons, how many more do we need? For me, the main courses are enough to entice me to dine at Bangi Golf Resort! I have not been there yet but can imagine that I would enjoy the golf setting.
Suria Amanda said…
Baru berbuka kat sini last week baak mak abah, adik dan dania..memang buffet kat sini terbaik selain dari harga yg murah..pilihan makanan pun banyak dengan ruang dewan yang besar dan luas..puas hati sebab family akak enjoy sangat..
nurmisnan said…
Bangi Golf Resort kalau buat buffet memang mewah dgn makanan2 dia. semua menarik. kira puas hatilah kalau org dtg mai sana. kak nowa jer x merasa lg berbuka sana.. dapat jemputan tp masih di Brunei...
Mimie said…
Tahun nih pertama kali dapat berbuka di BGR. semua makanan sedap belaka. Yang paling saya suka sous vide egg with mushroom espuma.. Serius sedap
khai artzfar said…
hrmmm tahun ni kecewa sikit dengan bgr sebab rasanya macam kureng lah hahaah. anyway choice dia tak dinafikan memang banyak!
adianiez AIDA said…
Harga nyabok. Tapi tu la hajat di hati nak ke situ tak kesampaian. Tak naik Bangi dah.
Menarik makanannya. Dgn durian. Aduhai. Antara larat dgn tak aje nak makan nya.
Mahamahu said…
Kalau dah sampai 13 sebab tu tak pergi memang rugi lah yang penting harga tu masuk sekali dengan Durian tu ker atau asing hehehehe. Bestnya tahun ni tak dapat buka kat sini..
dr-Life said…
read so much about them and really making me excited too lolz... so much choices and variation. gonna check this out soon
Jia Shin Lee said…
After reading your 13 reasons to stop by I think I should pay Bangi Golf Resort a visit too, I like how thy have a mixture of local and western cuisine.
Wawa Ashihara said…
Tmpt makan best kt bangi golf resort.. Sbb penah 3x buat event mse zmn study & pergi satu event masa zmn keje dlu.. Xpenah xsedap tauu.. Rasa macam nak tapau bawak balik je semua.. Haha.. Harga murah... Tmpt pon nice... Kalau kawen kt sini pon ok..ada dewan yg selesa..
Zharif Azis said…
betul ! sangat disarankan untuk berbuka puasa di Bangi Golf Resort nie. harga nya berpatutan dan pelbagai juadah dihidangkan setiap hari. sangat berbaloi sekiranya mempunyai ahli keluarga yang ramai.
Emi said…
Menu2 dekat bgr memang best2 semuanya. Cuma satu je emi kurang suka. Crowded sgt. Every year pun mcm tu la. Nk berjln pn susah
Alia Farhan said…
Murah la harga dia..kat Penang xdpt dah rega mcm tu..dengan spread hidangan yg best2 mcm tu kira consider murah dah tu..untungla orang2 Bangi
Lia Hasty said…
I rasa best Bangi Golf Resort bila tengok buah durian. Oh my favorite tau . Memang pembuka selera lah . Harga buffet pun berpatutan dengan hidangan menu Yang sedap .
Huda Halid said…
Tu dia, 13 sebab yang sangat membantu dalam buat keputusan nak buka puasa kat mana. Memang terbaik makanan dan kemudaha n yang di sediakan oleh Bangi Golf Resort
Alamak.baca entry n komen semua org.. Rse mcm nak berbuka esok jugak dkt BGR ni. Temptingnyaaa juadah.. Apetah lagi ada durian. Haha