DASHING 2 in 1 Face Body Wash: Pelengkap Mandian Si Jejaka

Assalamualaikum/Hai,

Amalan rutin kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan diri. Produk mandian yang unggul  dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi. Jangan risau! Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan terbaru untuk si jejaka dengan formulasi yang  direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekali gus!


Kaum lelaki moden zaman sekarang mengambil berat tentang penjagaan diri. Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk.


Oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu,  buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam  dari  muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari.

DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi  dengan pewangi  DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.

COOL- Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.

 ACTIVE- Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif.
Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.

ULTIMATE KICK- Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.

HATTRICK- Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan  haruman Amber.   

Variasi Cool dand Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan  mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.

Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi  sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.


Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan.  


 No automatic alt text available.
Rezeki untuk incik suami kita. Dapat dashing cool dan dashing ultimate kick. bau dua-dua body wash ni memang wangiii dan segar sangat.. banyak tau improvement yang dibuat oleh Dashing untuk menambat hati para jejaka di luar sana.. korang kena try tau.. harga pon sangat berpatutan sebab botol besar boleh tahan 3-4 bulan kot.. lagi satu aku suka fungsi 2 in 1 tu yang dapat jimat banyak masa untuk kaum jejaka yang super bizi di luar sana.


 -MrsPuex-

19 Comments

Pamela Yeoh said…
i know only perfume.. now macam banyak barang sudah
Luqman Zakaria said…
banyak betul rangkaian produk dashing nih! luqman nak try jgk yang nih sebab menarik..muka dan badan sekali guna jer..senang! hehehe
Emi said…
Wowww dashing dah makin banyak pulak sekarang ni ye. Dulu2 ingat ada deodorant dengan perfume je. Skrg ni macam2 dah.
Zharif Azis said…
Mmg xdpt dinafikan zaman sekarang semakin suntuk masa krn banyak perkara perlu dilakukan. Dgn adanya dashing 2 in 1 ini, mak mudahlah si jejaka untuk membersihkan diri dan juga berjimat
penaberkala said…
Fuyoh, Dashing ada produk baru. Ni memang mudah kalau nak bawak pi travel sebab dah 2 dalam 1. Bawak sabun mandi plus pencuci muka sekali gus. Terbaikkk
Hilmaslife said…
wah..dulu dashing ni ade deodorant je.hahaha...husband hilma dulu ade pki la..tp utk sabun mandi ni x kot sbb usually kitorg beli yg unisex..senang skali pki je hehehe...sape yg bujang tu blh la try..
khai artzfar said…
jimat dan mudah! dulu terpaksa bli asing sekarang tak payah dah. cumany was -was sikit macam mana tahap Ph dia.yer la sebab dia pun pencuci muka juga kan
Ezna Khalili said…
Mwmang kena promo produk ni untuk jejaka saya. Hehe. Banyak pilihan produk dia tu. Ye....jejaka juga kena jaga penampilan diri. Kalau serabut je...orang nak dekat pun takut.
Suria Amanda said…
Bau dia best kan...akak dah bagi kat Abah akak dah...hehehe...lepas ni abah akak sentiasa wangi dan jngan x percaya dia makin putih..hahahaa...umur macam abah akak pun kena jaga penampilan..
Nadia Johari said…
sedih kita tak dapat..hehee..tapidshing memnag best..murah, lepas tu wangi...tahan lama..memang beli dashing untuk husband..beli deodorant untuk dia..angi je..hehhee..yang ni pulak sesuai untuk kuat peluh kan..
memang sedap giler bau dashing ni...bau lelaki sebenar hahahahaha..akk memang suka dna teruja kalau bau laki akk macam hi..eh eh
Mawardi Yunus said…
wah macam menarik je produk mandian ni. menyesal tak terima ritu. nampaknya nak kena pergi beli sendiri la ni huhu
Mimie said…
Wah menarik nih dah ada produk baru untuk kaum lelaki. Boleh belikan untuk suami juga nih. Packaging nampak stylo
Rawlins GLAM said…
Kejap lagi Rawlins pun nak try gak. Hahaha.
Bau dia memang wangi - baru buka tetapi belum try lagi pun dah wangi semerbak
Abby Onety said…
Bau dashing baunya lelaki kah? Hahaa. . Gk tahu aku. Tp syukur ya bisa ada produk ini buat lengkapi mandi lelaki agar makin maco dgn bau elegant.
Mek Onie said…
Wowwww! Bestnya cuba produk baru Dashing. 2 dalam 1 la produk kali ni, mudah gak.... jimat space untuk simpan dalam bilik air. Yang pastinya jugak, onie sendiri memang suka dashing sebab bau dia yang 'macho' itu,hehehe
dr-Life said…
Finally, I can buy this for my friend's birthday. I always have problem in buying gifts for guy... thanks for the sharing!!
Sunshine Kelly said…
This is so cool for 1 product for face and body memang sesuai untuk lelaki sebab dia orang tak suka guna banyak banyak produk.
Arisa Chow said…
Face and body wash very common here in Japan, most hotels also have those hand+ facewash for guests to use. Very convenient