Scan 5D adik baby di Klinik My Family

Assalamualaikum/Hai,

Alhamdulillah mama berkesempatan untuk buat 5d scan untuk adik baby di klinik My Family. Rezeki untuk adik baby katanya. Masa zaman mengandungkan kakak dan abangnya dulu memang takde la nak buat 4d scan ni.. 2d scan pon utk tengok secara random je keadaan kakak dan abang dalam perut mama. zaman dah berubah. turn adik baby, dapatlah merasa scan untuk 5d. memang details sangat. terang jelas dan nyata. 

Person yang in charge adalah Puan Suraya. Sangat humble dan sabar melayan kerenah malu-malu adik baby bila nak kena scan. Usia adik baby dalam perut mama 32 minggu. so nak capture penuh memang agak sukar jugak sebab adik baby dah padat kat dalam perut mama dan perut mama agak kecik. adik baby time tu sedap sangat berbantalkan uri dia. lagi susah auntie suraya nak tengok..hehehe.. seriusly memang saja nak buat surprise kat semua orang. Jantina pon dah dapat detect boy or girl. soo, senang mama dan papa nak buat preparation sikit-sikit untuk adik baby. Perasaan mama masa tu tak boleh nak digambarkan betapa happy sangat dapat tengok adik baby. alhamdulillah adik baby sihat dan baik-baik sahaja kat dalam.  

Beberapa details scan yang dilakukan kat adik baby. antaranya nak tengok jantung, struktur buah pinggang, ukur lilit kepala, kaki/tangan, jantina, kuantiti air ketuban, kedudukan uri/placenta.
Kat bawah ni ada beberapa momen yang berjaya dicapture oleh Puan Suraya.  jom tengok jom!

DETAIL SCAN (2D)





3D/4D/5D/HDLIVE SCAN

adik baby tengah menguap. cute takk??

adik baby memberikan senyuman paling menawan untuk mama, papa, kakak dan abang..
mama is meltingg!

muka serius sangat tu kenapa dik?? hehee


Sebenarnya, disyorkan untuk buat 5d scan adalah dalam lingkungan usia kandungan 30 minggu ke bawah.. mungkin time tu dapat capture secara penuh. 

KLINIK MY FAMILY.


Klinik My Family menyediakan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pelanggan. Antaranya adalah :

- pemeriksaan mengandung
- ultrasound (2d,3d,4d,5d)
- pemeriksaan bayi dan kanak-kanak
- vaksin
- pemeriksaan darah
- Asma
- batuk / demam / selsema
- Pemeriksaan perut
- Pelvis
- dan lain-lain servis.

Jangan risau. Doktor wanita yang berpengalaman yang akan entertain pelanggan di klinik My Family ini. Terdapat juga pakej-pakej ultrasound dan pakej atenatal check up.

Jom check it out ! :

pakej ultrasound


pakej atenatal

Lokasi Klinik My Family pon senang sangat nak cari . sebab, klinik ni berada dalam kawasan bandar jugak. lebih spesifik, terletak di kawasan penduduk yang padat. Cuma, anda perlu bersabar untuk mencari parking. maklumlah, klinik ni terletak di dalam kawasan perumahan. Untuk servis, layanan, memang tiptop. staff yang peramah, suasana klinik yang tenang untuk keselesaan para ibu mengandung atau anak-anak menunggu giliran untuk diperiksa. Yang paling penting, semua kelengkapan yang disediakan adalah up-to-date. Jujur cakap, tak banyak klinik yang menyediakan perkhidmatan 5d scan ni tau. 

direction/landmark untuk ke Klinik My Family.



simpan sebagai kenangan terindah adik baby dalam perut mama..hehehe..
  
kenangan bersama puan suraya yang sangat sabar layan kerenah adik baby..hehehe..
kenape awak malu-malu sangat wahai adik baby?? takk puas tau mama nak tengok awak kat dalam tu.. ke awak memang nak seperaiskan mama?hehehe..


Alhamdulillah sesi 5d scan untuk adik baby berjalan dengan lancar walaupun orang dalam tu pemalu sesangat. Seriusly, memang seronok mengadap 5d scan ni tau.. puasss hati!.

Ibu-ibu mengandung yang teringin nak buat servis 5d scan boleh la datang ke Klinik My Family ni. Sangat disyorkan. Untuk maklumat lanjut, boleh tengok details kat bawah ni ok.

KLINIK MYFAMILY

Alamat : 
B-G-14, Residensi Bistaria,
Jalan Ukay Bistari,
Ukay Perdana,
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan.

Telefon : 
03-41622754
016-6211002

Facebook : 

Instagram :

mama is counting days untuk lihat adik baby secara live. doakan kami selamat ya..aminn..

 -MrsPuex-

1 Comments

HeNRieTTa JoSe said…
dah besar dah abang...