Langkawi Destinasi Percutian Seisi Keluarga

Assalamualaikum/Hai,     

Langkawi adalah salah satu tempat perlancongan paling famous untuk rakyat Malaysia dan orang luar negara. Aku dari kecik tau pasal Langkawi ni and semua kawan-kawan aku suka pegi ke sana. Pernah pegi sekali je ke sana dan for sure akan repeat lagi dan lagi..sooo aku nak share dengan korang mana tempat-tempat yang best. Artikel ni will be a very informative artikel.


Panorama Langkawi SkyCab bukan hanya terhad kepada pengangkutan kereta kabel sahaja malah ia turut menawarkan pelbagai daya tarikan lain yang mampu menjadikan percutian korang di Langkawi amat bermakna. Selepas ianya siap dibina, Langkawi terus berubah menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara untuk berkunjung ke sini. Kat sini ada lebih kurang 16 cara nak enjoy tapi kalau aku citer semuanya memang akan jadi novel lak artikel aku ni. Haha..


Next adalah Pulau Payar Marine Park. Tempat ini merupakan destinasi perlancongan popular untuk aktiviti snorkeling dan diving. Korang boleh meneroka keindahan bawah laut Langkawi disini.
Terletak 30 km ke selatan dari pulau utama dan sekitar 45 minit dari jeti Kuah. Mempunyai 4 pulau
utama dan Pulau Payar merupakan pulau yang terbesar diikuti dengan Pulau Kaca, Pulau Lembu dan Pulau Segantang. Antara tarikan utama di Pulau Payar ialah Coral Garden. Coral Garden merupakan kawasan terumbu karang yang berwarna warni dan bagi korang yang nak try meneroka kawasan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa sebelum dibenarkan untuk meneroka kawasan ini. Nanti tak pasal-pasal korang kena tangkap lak. Kawasan ini juga menyediakan berbagai kemudahan untuk korang seperti meja berkelah, tempat barbeku, gazebo dan tandas.


Kalau korang minat nak tengok varieties of ikan, korang boleh pergi ke Underwater World Langkawi. Sini macam aquarium terbesar di Malaysia dan selalu jadi tarikan utama pengunjung ke langkawi. Range harga tiket nak masuk sini yang terkini adalah RM26-RM46 ikut kategori. Lebih daripada 200 jenis ikan laut dan ikan air tawar dipamerkan kat sini. Ada penguin rockhopper, giant rays, anjing laut harbour, ikan jerung. Amazon arapaima, jenis ikan air tawar terbesar kat dunia pun ada tau. Siapa rasa ada nak melawat kawan-kawan korang kat sini boleh lah datang underwater world di langkawi ni. Serious syiokk. Lain-lain yang best ada kat underwater world ni adalah kafetaria, educational research centre dan juga teater 3D, filem pendek pasal ikan hehe. Bukak jam 9.30 pagi ​and tutup pada jam 6.30 petang. Kecuali hari jumaat sampai ahad je tutup lewat sikit jam 10.30 malam.


Korang tau tak camne sebenarnya bentuk padi ni? Ada satu muzium yang terbaik untuk dapatkan info pasal padi. Kat Rice Garden museum ni ada banyak artifak, gambar, carta dan perkakas sejarah penanaman padi di langkawi. Lokasi museum ni dekat je dengan pantai cenang, depan Bon Ton Resort. Kat sini korang boleh try nak jadi petani, feeling ala-ala macam orang kampung tengah kerja kat sawah padi. Best pegi museum ni waktu petang-petang tapi museum ni tutup jam 6 petang haha bukak dari jam 10 pagi.


Alang-alang dah pegi underwater world dengan museum laman padi, rugi rugi rugi amat kalau korang tak singgah pantai cenang. Pantai ni pantai paling famous tau dekat langkawi. Ada banyak aktiviti korang boleh buat kat pantai ni antaranya jet ski, parasailing, ada banana boat dan macam-macam lagi. Aktiviti-aktiviti kat pantai ni under Mega Water Sport and cuma bukak jam 9 pagi sampai 2 petang je tau. Jangan nangis pulak kalau datang sana tiba-tiba takde banana boat..hehe.

Island tour pun ada korang boleh tengok-tengok pulau kecik yang ada sekitar pantai cenang tu contohnya Pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah. Malam-malam pulak boleh tengok fire show kat pantai, lepak-lepak dengan member. Semua ni adalah antara tempat yang best yang korang boleh explore masa kat langkawi nanti. 

Sewalah kereta untuk senang korang nak bergerak. Kalau korang dari Kuala Lumpur to Langkawi korang boleh tengok options of flight di Traveloka. Aku guarantee yang korang akan dapat harga yang murah mengikut keselesaan korang.

Selamat bercuti korangg!!

-MrsPuex-

5 Comments

Shafyqah Azahar said…
laman padi haritu lalu je taksinggah sbb hujan. best pergi langkawi ni, rasa macam nak pergi lagi je :3
ummizarra said…
Wahhhh best. Kita pn teringin nak pergi.
Sis Lin said…
Sekali je dulu pernah Langkawi, lama tak pergi..
Masa tu pun anak-anak sekolah men lagi.
Ni anak dah besar, teringin pulak nak pergi lagi..
InsyaAllah mesti nak pergi lagi laaaa
careno said…
Bbrapa tahun ni mmg pilihan bercuti ke Langkawi. Tahun ni jer tak tahu lg.