Mengerjakan Ibadah Umrah lebih mudah dengan Aplikasi Manhajj!

Assalamualaikum/Hai,

Zaman serba canggih ini, tak lengkap kalau setiap perkara tak disertakan dengan kemudahan aplikasi-aplikasi. Terkini, Brothers Sdn  Bhd  (Manhajj Mutawwif) memperkenalkan Aplikasi Manhajj yang merupakan kemudahan dan bimbingan secara dekat   kepada   umat   Islam   di   negara   ini dalam   permasalahan ibadah umrah.


Aplikasi ini berperanan  sebagai  satu  pendekatan  baharu  dan  canggih  dalam  perancangan ibadah  umrah termasuk pengurusan pendaftaran, pembayaran  dan semakan selain  memastikan  pengguna  menerima  layanan  yang memuaskan  dan efektif.

Selain  itu, Aplikasi Manhajj  turut menghubungkan di kalangan pengguna  menerusi  laman  hiburan  yang  bermanfaat  di  telefon  bimbit  dalam usaha  menambah ilmu  pengetahuan. Idea menghasilkan  Aplikasi  Manhajj   tercetus  apabila menyedari   kepesatan teknologi maklumat yang berkembang dengan informasi berkaitan umrah dan permasalahan  yang timbul.

Ia  merupakan  satu  langkah  atau  pendekatan  yang  dlambll  Manhajj  Mutawwiff bagi membantu  bakal jemaah untuk  mempersiapkan  diri  menunaikan  umrah.


Antara   ciri-ciri   pintar yang   terdapat   dalam Aplikasi Manhajj  apabila  pengguna  boleh  muat  naik status  menerusi  ikon  Community. gambar-gambar juga  boleh  dimuat  turun   melalui  Kalam Manhajj dan  memiliki ciri  senarai  semak  bagi  membantu  persediaan jemaah umrah.

Aplikasi  Manhajj  juga  mempunyai 'panic  button'  sekiranya  berlaku  kecemasan di Tanah  Suci Makkah dan  Madinah apabila  kelebihannya dapat menghubungkan antara jemaah  dan  mutawwif sekiranya  berlaku  sebarang  kecemasan   di  Tanah Suci. Pada masa  sama,   pengguna   boleh   membuat  pilihan  pakej  dan   pendaftaran umrah secara terus melalui Register Umrah serta soalan-soalan beserta jawapan berkaitan  permasalahan  umrah.


Kalau anda semua nak tahu, Aplikasi Manhajj turut memiliki kelebihan  apabila menawarkan  Kursus Umrah yang  lengkap secara atas talian dan  paling  istimewa mempunyai senarai  semak  bagi membantu jemaah menunaikan ibadah  umrah di samping pelbagai   informasi menarik  turut  dibekalkan   kepada pengguna.

Aplikasi   Manhajj  dibangunkan  selama  empat  bulan   termasuk merangka  dan  menyediakan isi  kandungan aplikasi. 

PELANCARAN PROGRAM REALITI TV PENCARIAN MANHAJJ MUTAWWIF MUSIM KEDUA.


Di majlis yang sama di IDCC Shah Alam, berlangsungnya pelancaran program realiti televisyen pencarian  mutawiff, Manhajj Mutawwif kembali lagi untuk musim  kedua  dengan  menampilkan elemen segar dan  pembaharuan.

musim   terbaharu   ini   lebih   menarik kerana akan  melibatkan  pertandingan di  kalangan empat buah  negara iaitu  iaitu Malaysia,  Indonesia, Brunei  dan Singapura. Para  peserta   akan mengharungi   cabaran   dan   tugasan sebelum  dinobatkan  sebagai  Mutawwif Terunggul Manhajj  Mutawwif Nusantara. Untuk musim  kedua, program ini akan menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman  serta  panel juri  yang  berkaliber dan berwibawa.


Antara  elemen   baharu   lain  diperkenalkan  adalah  'Sketch  Artis'  yang   terdiri daripada barisan   pelawak   terkenal   tanah    air   dalam usaha   menarik   minat penonton  bagi memberi  ilmu  pengetahuan  kepada  mereka.


Seperti musim  lalu,  para  peserta  akan  bersaing  dalam  lapan  konsert termasuk final dengan tugasan  yang akan mengupaskan persoalan berkaitan umrah dan permasalahannya.

Program yang  berunsur dakwah  itu terus  komited  untuk mengangkat profesion sebagai mutawwif agar lebih dikenali serta dihargai masyarakat.

Mutawwif merupakan  satu  pekerjaan  yang  mulia  di sisi  Islam  di  mana  mereka bertindak  sebagai   pemimpin   umat  Islam  ketika mengerjakan ibadah haji  dan umrah.


Program  selama satu  jam  setengah  itu  akan  mula  ditayangkan  pada 25 Januari 2019.

Manhajj    musim    pertama    yang    bersiaran    bermula    Mac   hingga    Mei    lalu menobatkan Ahmad  Syafik Samat sebagai juara yang  berjaya membawa  pulang wang tunai  RMl00,000  dan juga  trofi.

Naib juara  menjadi  milik Muhammad  Syafiq Abdul  Rashid  (RMS0,000 dan trofi), tempat  ketiga dimenangi   Wan  Mohd.  Taufik  Wan  Marzuki (RM30,000)    dan tempat keempat adalah  Muhammad  Mustakim  Abd. Rahim  (RM10,000  dan trofi).

Untuk maklumat lanjut mengenai manhajj mutawwif ini, korang boleh layari :

Laman web : www.manhajjmutawwif.com
Facebook : www.facebook.com/manhajjmutawwif
Instagram : www.instagram.com/manhajjmutawwif

 -MrsPuex-

1 Comments

Murni Alysa said…
bagusnya ada aplikasi macam ni..