Skip to main content

PELANCARAN KIDZ VS FOOD 3.0 BERTEMAKAN “SERVE UP KINDNESS” OLEH AHLI CONGREZZ KIDZANIA KUALA LUMPUR

Assalamualaikum/Hai, 

Bersempena dengan pelancaran KidZ vs Food 3.0, ahli CongreZZ KidZania telah membuktikan bakat memasak mereka dengan menyediakan jamuan untuk kanak-kanak daripada *Hilla Community Centre. Program cuti sekolah yang bermula dari 24 November hingga 31 Disember membawa pelbagai aktiviti-aktiviti harian dan hujung minggu yang bertujuan untuk memupuk kreativiti dalam bidang masakan serta menyemai sikap menghargai makanan.


Pada penganjuran kali ketiga ini, ahli CongreZZ KidZania yang dibantu oleh chef ‘Abang’ Brian daripada Young Chef Academy (YCA) menyediakan hidangan utama, Nasi Ayam Goreng Kunyit dengan Kacang Panjang dan pencuci mulut, Kek Gulung Coklat Pisang buat kanak-kanak daripada Hilla Community Centre.


“Kita akan berpuas hati dan lebih berkeyakinan apabila berjaya menyediakan hidangan untuk diri sendiri apatah lagi kita menjamu orang lain. Ini adalah nilai yang penting dan boleh dijadikan pengajaran untuk pelbagai situasi dalam kehidupan harian kanak-kanak. Kerjasama yang dipamerkan oleh ahli CongreZZ ketika menyediakan hidangan harini, sangat selari dengan kepercayaan KidZania Kuala Lumpur ‘Learn Life Today’, dan melalui ini mereka juga dapat mempelajari satu nilai yang sangat penting iaitu membantu golongan yang memerlukan,” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur.

“Usaha mereka adalah contoh yang baik dan melalui program KidZ vs Food 3.0 tahun ini kanak-kanak berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti memasak serta mempelajari skil penyediaan makanan,” katanya lagi.


 Antara aktiviti yang dijadualkan untuk Program KidZ vs Food 3.0 ialah Pop Up Kitchen dan Drink Station yang akan membimbing kanak-kanak belajar memasak menggunakan resipi makanan dan minuman yang mudah. Selain itu, terdapat juga aktiviti Food Science yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melakukan eksperimen menggunakan bahan-bahan masakan seperti Ice Fishing. Aktviti Food Art pula dapat menyerlahkan kreativiti kanak -kanak untuk menghiasi hidangan. Ibu bapa juga boleh menyertai Parent & Kid Cooking Workshops yang akan menampilkan resipi mesra keluarga yang berbeza setiap hujung minggu seperti Cinnamon Rolls dan Roti Bayam & Keju.

Penganjuran KidZ vs Food 3.0 ini disokong oleh Emborg, F&N, Kewpie Malaysia, MAMEE, Mission Foods, Malaysia Palm Oil Council, SHARP, Spritzer dan Young Chefs Academy.

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan acara-acara di KidZania Kuala Lumpur, layari www.kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur, atau hubungi Talian Khidmat Pengguna KidZania di 1300 88 KIDZ (5439) dari 9.00 pagi hingga 6.00 malam, Isnin hingga Ahad.

 -MrsPuex-

Comments

Jaja Zaleha said…
Beruntung budak-budak sekarang ada aktiviti yang macam ni. Bukan sekadar berseronok tapi diorang akan dapat belajar secara tak langsung :)
Sha Mohamed said…
Bestnya aktiviti dia..

Popular posts from this blog

Pameran Projek Shinkansen Di ISetan The Japan Store LOT 10 Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan Isetan The Japan Store telah  melancarkan pameran di Jepun Shinkansen di Lot 10 Shopping Centre. Pameran ini akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Level 1 daripada Isetan The Japan Store. Acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Projek Shinkansen yang sangat menarik. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di masa akan datang. Lokasi pameran, Isetan The Japan Store, menawarkan pelbagai produk Jepun dan pengalaman budaya Jepun dari tradisi purba dengan teknologi terkini, dan pelbagai fesyen, gaya hidup untuk makanan sebagai kedai khusus memperkenalkan Jepun. A diorama kereta api yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan semasa pameran itu, menyatakan keindahan dari Shinkansen yang termaju dan keunikan ...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P