Program cuti sekolah bersama Ancasa Junior Chef

Assalamualaikum/Hai,

Menjadi tradisi apabila menjelangnya cuti persekolahan, Ancasa Hotels & Resort telah merangka satu program khas sempena cuti persekolahan 2018.


Program yang dikenali sebagai Ancasa Junior Chef ini merupakan program tahunan Ancasa Residences Port Dickson dan tahun ini merupakan tahun ke 4 penganjurannya bermula dari tahun 2014. Pada 1 Disember baru-baru ini, program seumpamanya telah diadakan di Ancasa Royale Pekan Pahang dan telah mendapat sambutan yang mengalakkan daripada penduduk sekitar pahang. Pada kali ini , pihak kami amat berbesar hati kerana ADABI sudi menaja cendera hati kepada cef-cef cilik pada kali ini. 


Program Ancasa Junior Chef adalah bertujuan untuk memupuk budaya minat memasak dalam diri anak- anak sejak dari bangku sekolah lagi. Program ini menyasarkan kanak-kanak berumur 6-12 tahun bertepatan dengan perumpamaan melayu iaitu 'Meluntur Buluh Biar Dari Rebung'. Pada peringkat umur begini , kanak - kanak mudah untuk menerima tunjuk ajar dan pada masa yang sama dapat membentuk sahsiah dan jati diri yang positif  dalam diri mereka.



Program yang ditunggu-tunggu oleh warga Port Dickson menyaksikan cef-cef  cilik beraksi mempamerkan kreativiti mereka dalam menyediakan 3 menu yang ringkas lagi berkhasiat  iaitu salad kekacang dan sayuran beserta Sos Bijan & Roti Pita, "Papolotte"Ayam, Sayuran & Kentang serta Triffle Buah-Buahan segar bersama Ais Krim. Lebih menarik lagi, program ini turut diselitkan dengan aktiviti mewarna batik untuk memberikan pendedahan awal kepada cef-cef cilik tentang keunikan seni warisan negara dengan lebih dekat lagi.




menu pertama.


menu kedua

menu ketiga

Menurut Puan Hazlina Ishak, Pengurus Ancasa Residences, 'Ancasa Junior Chef' adalah merupakan wadah terbaik buat anak-anak memanfaatkan cuti penggal persekolahan dengan mengikuti aktiviti memasak dalam suasanan yang santai dan paling penting adalah menyeronokkan. Daripada program ini, ibu bapa dan anak-anak secara tidak langsung dapat mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam diri anak-anak dalam bidang masakan dan mempertingkatkan daya kreativiti dan inovasi dalam diri mereka.'


Sebagai penghargaan kepada para peserta, pihak penganjur juga telah menyediakan lampiran resepi, apron dan topi chef serta cenderahati dari pihak ADABI kepada kanak-kanak ini. Sijil penyertaan jugak turut diberikan pada akhir program.




Pihak penganjur juga telah berbesar hati untuk meraikan peserta yang lahir pada bulan Disember. bertambah seronok anak-anak dapat makan kek, dapat belon dan juga kehadiran badut yang menyerikan lagi majlis ini. 



Total seramai 43 orang peserta yang join program ni. semoga program sebegini dapat diteruskan dimasa akan datang. suka tengok gelagat chef cilik yang bermacam ragam untuk menyediakan 3 menu. ada yang tak sempat nak deko, dah selesai sumbat sikit-sikit dalam mulut..ada yang tenunggg je hasil yang dibuat sebab sayang nak makan sebab cantik agaknya.. 

MENGENAI ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON

Ancasa Residences Port Dickson merupakan sebahagian daripada rangkaian Ancasa Hotel & Resorts yang juga mempunyai hotel dan resort yang terletak di Kuala Lumpur, Pahang dan Kuala Terengganu. Ianya juga merupakan rangkaian hospitaliti yang dimiliki oleh UDA Holdings Berhad. Sebarang pertanyaan/ tempahan, sila hubungi :

no tel : 06-6627288


-MrsPuex-

0 Comments