Staycation di Ancasa Residences Port Dickson dan tempat-tempat menarik di sekitarnya

Assalamualaikum/Hai,


Cerita short vacation cuti sekolah last year.
kali ni kami menginap untuk kali kedua di Ancasa Residences Port Dickson.
tempat best wajiblah repeat banyak kali kann??
in sya allah kalau diberi peluang memang nak stay sini lagi..hehehe




Lokasi hotel betul-betul berada di teluk kemang yang merupakan kawasan tumpuan para pelancong kalau datang ke port dickson. harga berpatutan dan sangat sesuai kalau bawa family besar. Jom saya bawak korang view dalam apartment di Ancasa Residences Port Dickson.

ruang bilik yang luar.

toilet yang bersih

tuan tanah selfi depan cermin - pose wajib!


kawasan dapur.

ruang tamu yang luas.

kali ni menginap di apartment 1 bilik. ada dapur, meja makan, dan ruang tamu yang selesa untuk anak-anak nak bergolek tengok tivi sambil dengar desiran pantai di luar tingkap. apa yang bestnya hotel ni, lokasi betul betul di tepi laut. so tak payah nak drive kalau nak pergi ke pantai. turun bawah, jalan kaki sikit dahh sampai ke pantai. lagipun gerai-gerai yang banyak di sekitar pantai memudahkan kami untuk mencari makan kalau lapar.
view dari balkoni apartment.


pose wajib cik aireen kalau sampai hotel..

Fasilities yang disediakan di Ancasa Residences Port Dickson.

saya ceritakan secara bergambar antara fasilities yang disediakan di Ancasa Residences Port Dickson. Memang sesuai juga kalau nak buat family day.
kawasan padang yang luas 


Ancasa SPA - konsep Bali - pondok outdoor..
ohh nyamannnnnye sebab bebetul tepi laut. memang boleh dengan deruan ombak pantai. tetibe rindu bunyi ombak plak.. ohh nooo!!


swimming pool yang besar.
port wajib kalau family saya nak bercuti.. tak de swimming pool umpama tak lengkaplah percutian kami..anak-anak sanggup tak keluar ke mana semata nak mandi kolam sampai abang guard paksa naik..


walking distance je kalau nak ke pantai.. pantai pon tak crowded sangat..just nice untuk anak anak nak berendam dengan pengawasan.

tuan tanah amek mood menunggu sunset..hehehe..

Tempat-Tempat yang menarik di sekitarnya.

Bosan duduk hotel, korang boleh singgah di tempat-tempat yang menarik yang terletak di sekitar teluk kemang dan berhampiran hotel.

WINDMILL PD FARM

Image result for windmill port dickson
windmill PD Farm. lokasinya hanya 5 minit je dari hotel. Apa yang menarik kat dalam tu, datang PD silakan terjah ya.. saya pon belum berkesempatan nak masuk lagi..

UPSIDE DOWN PORT DICKSON(RUMAH TERBALIK)

Image result for upside down port dickson (rumah terbalik port dickson)
Upside Down PD.
Lokasinya pon hanya 5 minit drive dari hotel. terletak di shoplot dan mudah untuk parking.
mohon masukkan dalam list ye. tapi hati-hati, salah timing, bertabahlah korang beratur.

AYAM BAKAR PASU TERLANGKUP.

Image result for ayam terlangkup port dickson
Ayam Bakar Pasu Terlangkup.
kedai makan paling femes di teluk kemang.. walking distance dari hotel pon boleh tau. dekat sangat sangat. apa yang istimewa, ayam nya lahh.. selain tu, korang mesti cuba daging salai masak lomak cili api.. perrhhh meletop.

ASAM PEDAS KASIH IBU PORT DICKSON

Image result for asam pedas kasih ibu port dickson

Image result for asam pedas kasih ibu port dickson
Asam Pedas Kasih Ibu Port Dickson.
craving asam pedas di port dickson?
no worries.. singgah makan kat sini ok! gerenti lap peluh korang makan..
pedas menyengat kaw kaw.. 
lokasi pon berhampiran jugak dengan hotel Ancasa Residences.. kalau rajin jalan kaki je ..kalau malas, sila naik kete dan park depan kedai.. 


Amacam??
sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik di port dickson tapi kat sini saya just nak cerita tentang staycation di Hotel Ancasa Residences Port Dickson je.. Sebab apa?? sebab tak nyesal korang book sini . tempat menarik melambak disekitarnya.. entertaiment depan mata.. kalau bosan jugak tak tahu lee..

lagi satu, kalau korang stay during weekend - sabtu, malam tu korang boleh singgah ke dataran teluk kemang depan hotel je.. kalau ada rezeki, korang boleh tengok konsert free yang dianjurkan kat situ.. pelbagai deretan kedai-kedai cenderahati pon melambak jual di sana.


Oklah setakat sini je.
kalau nak buat tempahan atau sebarang pertanyaan, korang boleh jenguk details di bawah :

website : www.ancasahotels.com
alamat : 8 1/2, Jalan Pantai Teluk Kemang Port Dickson, 71050
Telefon : 06-6627288

last but not least,
kita tak pergi sendiri.. kita pergi secara berjemaah dengan rakan blogger yang lain..
baru la havocc ye dakk!!
sesekali hangout dengan rakan sebaya ape salahnya kan kan kan..

bersama blogger atie dan suami.

tuan tanah bersama blogger diah dan blogger atie.
kami orang asing tapi hati kami dah bertaut di ancasa..
gituuuuu..

5 Comments

Rodiah Amir said…
Eh kak betul la sama umur tu..sebaya kan wow hahahhaha
wahhh....nampaknya boleh lah jalan-jalan cari makan kat teluk kemang lepas ni. duk pulak kat ancasa residences boleh tapau :)
Ana Suhana said…
Lokasi dah cun tu kak. Bilik pun nampak selesa dan bersih. Boleh survey nanti. Ni.
Cik Nor said…
memang sakan cuti macam ni...hotel mewah..tempat makan best..alahai..nikmatnya hidup..:)
Fara Lumière said…
luas tmpt dia... selalu gak ke PD xperasan tmpt ni