SACC CONVEC RAIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF DI MAJLIS BERBUKA PUASA

Assalamualaikum/Hai, 


Kedatangan Ramadan ramai berlumba-lumba untuk kumpul pahala sebab bulan ini Allah SWT mengurniakan pelbagai rahmatnya. Tidak ketinggalan, SACC Convec Sdn Bhd mengambil peluang di bulan yang mulia ini untuk meneruskan amalan kemasyarakatan melalui satu program CSR dengan meraikan 22 orang anak -anak yatim dan asnaf dari Pengajian Darul Mahabbah dan 30 orang anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Puncak Desa Kepong dalam satu majlis berbuka puasa di Pusat Konvensyen Shah Alam yang diadakan pada 8 Mei yang lepas.



Dalam majlis tersebut, SACC Convec Sdn Bhd turut memberikan sumbangan duit raya dan hadiah kepada semua anak yatim yang hadir dengan sokongan tajaan ADABI Consumers Insdustries Sdn Bhd. Adalah menjadi matlamat utama program ini untuk membantu sedikit sebanyak, setidak-tidaknya menyokong mereka menjadi insan yang penting kepada negara dan pemimpin pada masa hadapan.


Semasa program ini, semua tetamu jemputan dirai dengan disajikan juadah set Ramadan edisi istimewa Sajian Nelayan yang disediakan oleh Wetside Bistro di SACC. Orang ramai turut berpeluang untuk merasai kelazatan dan variasi pilihan menu masakan melayu ataupun masakan cina bermula 7 Mei hingga 2 Jun 2019. Dengan harga bermula RM30.00 untuk seorang dengan minima set untuk 4 orang, pengunjung dapat menikmat pakej set Ramadan yang ditawarkan.

Sempat lagi kalau nak berbuka puasa di Westside Bistro. Boleh hubungi 03-5511885 atau 013-2502858 atau layati laman web http://www.sacc.com/sajian-nelayan untuk tempahan atau sebarang pertanyaan.



Terima Kasih kerana sudi menjemput kami sekeluarga bersama-sama meraikan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan asnaf. Semoga kita dilimpahi barokah dan rahmat di bulan yang mulia ini. Sedikit sebanyak timbul rasa insaf dan simpati ke atas anak-anak yatim dan asnaf.. kita rasa kita susah tapi sebenarnya ada lagi anak-anak yang lebih susah dan kurang bernasib baik dari kita. Moga aidilfitri yang bakal tiba akan menceriakan mereka dengan sumbangan-sumbangan yang diterima.

salam ramadan,
 -MrsPuex-

1 Comments

Sha Mohamed said…
program yang bagus.. meraikan mereka yang susah..