EVERSOFT MICELLAR CLEANSING WATER 100 % ESTRAK TUMBUHAN ORGANIK

Assalamualaikum/Hai,

Kosmetik merupakan salah satu lemen daya tarikan seorang wanita. solekan seperti pembayang mata, celak, maskara dan barangan kosmetik lain menyerlahkan kecantikan pada mata serta menaikkan seri pada wajah. oleh kerana bahan kosmetik mengandungi bahan kimia dan pewarna, adalah penting untuk memastikan solekan dibersihkan secara menyeluruh tanpa mengganggu lapisan pelindung kulit yang boleh mengakibatkan kulit kering.



sebagai jenama yang dipercayai lebih 20 tahun, EVERSOFT memang terkenal dengan pembersih wajah yang diformulasi dengan 100% estrak tumbuhan organik dan menggunakan teknologi jepun. EVERSOFT kini memperkenalkan pembersih solekan berasaskan air yang tidak melekit. Ia menggabungkan beberapa langkah pemeliharaan kulit iaitu menanggalkan solekan, membersih, menyegar serta melembapkan kulit dengan hanya 1 botol dalam 1 langkah dengan mudah.

Diperbuat daripada 100% estrak tumbuhan organik dan tanpa kandungan kimia berbahaya, EVERSOFT Micellar Cleansing Water boleh menanggalkan semua jenis solekan, krim pelindung matahari, lebihan minyak dan kotoran kulit tanpa menggosok. Ia mampu mencapai kotoran yang tersumbat pada liang-liang pori sambil membersih dan melembap dengan estrak tumbuhan organik tanpa perlu dibilas. bahan-Bahan semulajadi yang lembut dan ternyata semulajadi ini dapat menyegarkan kulit wajah, kekal hidrasi dan tidak memedihkan mata. Memandang hidrasi merupakan sebahagian penting dalam proses penjagaan kulit, Bio-Hyaluronic Acid yang terkandung di dalam EVERSOFT MICELLAR CLEANSING WATER ini bebas daripada paraben, SLES/SLS, propylene, glycol,phthalates, wangian,alkohol, minuak minreal dan pewarna menjadikan pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit.

3 VARIASI RANGKAIAN EVERSOFT MICELLAR CLEANSING WATER.

Eversoft Avocado Micellar Cleansing Water - Untuk Kulit Normal.


Kalau korang jenis kulit normal yang tak terlalu berminyak, korang boleh pilih apa saja variasi air micellar yang korang suka. EVERSOFT AVOCADO MICELLAR CLEANSING WATER dapat menyuburkan serta meremajakan wajah kerana ia dapat menghilangkan sisa solekan dengan mudah, menjadikan kulit lembut dan kekal hidrat. Estrak avocado yang diperkaya dengan antioksida Vitamin E berfungsi untuk melawan radikal bebas, pencemaran serta mengandungi ciri ciri anti-penuaan yang membantu meremajakan kulit wajah.

Eversoft Tomato Micellar Cleansing Water - Untuk Kulit Kering.


Kalau korang sejenis kulit kering, boleh try yang ini. Estrak tomato organik dapat mengekalkan lembapan kulit serta membantu mencerahkan kulit menjadikan kulit lebih sihat dan berseri. 100% bahan organik yang terkandung berupaya membantu melambatkan proses penuaan serta membekalkan kulit wajah yang dengan perlindungan sinaran matahari semulajadi.

Eversoft Grapefruit Micellar Cleansing Water - Untuk Kulit Berminyak dan Jerawat.

 Kalau korang mempunyai kulit yang berminyak atau berjerawat, korang boleh try yang ini. manfaat ekstrak limau gedang yang terkandung dalam Eversoft Grapefruit Micellar Cleansing Water untuk mengurangkan minyak yang berlebihan, serta menghalang jerawat daripada terus tumbuh.



Rangkaian Eversoft Micellar Cleansing Water yang baharu ini amat berpatutan serta dapat memberikan hasil yang menakjubkan. ia boleh didapati pada harga RM25.90 (Semenanjung) dan RM27.20 (Sabah/Sarawak) dalam botol bersaiz 300ml di semua pasaraya besar, pasar hyper dan farmasi seluruh negara. *harga termasuk 6% SST.


 -MrsPuex-

1 Comments

Susan said…
I conceive you have remarked some very interesting details , appreciate it for the post. Places you need to visit in 2019. ... Upgrade your travel photos with these lightweight cameras that pack a punch ... Enjoy the world's best places to travel with Things to do .