Assalamualaikum/Hai,
Sekarang ni kalau cuti sekolah mesti dan wajib selitkan program lepak santai kat hotel waima satu malam sahaja. konon-konon nak release tension lepas exam akhir tahun la tu.. budak zaman sekaranggg...
Cepat cepat mama selitkan date yang sesuai untuk anak-anak.
jenuh jugak dah pilih date yang bukan weekend tau.
kenapa taknak weekend?? sebab aku malas nak bersesak during weekend holiday..
hahahaha..
Memandangkan nak hantar nenek balik kampung, Port Dickson, maka, jomlah kita cari hotel kat situ saje. D'wharf Hotel And Serviced Residence Port Dickson pilihan kami sekeluarga kali ini.
D'wharf Hotel And Serviced Residence Port Dickson
D 'Wharf Hotel & Serviced Residence terletak di tengah-tengah Port Dickson, Negeri Sembilan. Hotel boleh diakses melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan kira-kira sejam perjalanan dari Kuala Lumpur. Ia mempunyai 308 bilik termasuk bilik-bilik mewah dengan pemandangan laut ke Selat Melaka. Ia juga mempunyai bilik mesyuarat hebat yang menjadikan hotel sebagai destinasi utama untuk perniagaan dengan pemandangan laut yang luar biasa dan pemandangan bandar. D 'Wharf Hotel & Serviced Residence merupakan pilihan yang tepat untuk kedua-dua perniagaan dan percutian yang menyediakan perkhidmatan terbaik dalam perhotelan.
Kemudahan Fasiliti Yang Disediakan.
BILIK.
Ada 6 jenis bilik yang terdapat di D 'Wharf Hotel & Serviced Residence. Antaranya adalah :
1. Superior Room (partial sea)
2. Studio Room (sea/town view)
3. Executive Suite (sea/town view)
4. Premier Suite (partial sea)
5. Duplex loft Suite (sea view)
6. Grand D'wharf Suite (sea/view)
Aku dan family pilih Premier Suite. Sesuai untuk 4-6 orang family.
dapat pula view mengadap laut dari ketinggian tingkat 9.
teruja betul anak anak.
BILIK.
Ada 6 jenis bilik yang terdapat di D 'Wharf Hotel & Serviced Residence. Antaranya adalah :
1. Superior Room (partial sea)
2. Studio Room (sea/town view)
3. Executive Suite (sea/town view)
4. Premier Suite (partial sea)
5. Duplex loft Suite (sea view)
6. Grand D'wharf Suite (sea/view)
Aku dan family pilih Premier Suite. Sesuai untuk 4-6 orang family.
dapat pula view mengadap laut dari ketinggian tingkat 9.
teruja betul anak anak.
GYMNASIUM.
Gymnasium juga disediakan untuk para tetamu yang menginap di hotel ini.
Bersenam sambil bercuti tak salah kann??
PLAYGROUND
lokasi di level 5, bersebelahan dengan tempat gym.
ada gelongsor, buaian dan jongkang jongkit .
anak anak penat mandi kolam, boleh terjah main kat playground pulak.
KOLAM RENANG
kami kalau pilih hotel untuk bercuti, perkara utama anak anak tanya, mama hotel tu ade swimming pool tak?? hahahahaa..
soooo... ini adalah list utama kitorang kalau nak pilih hotel.
dapat masuk kolam, dia punye hepi , mak pon hepi sekali tauu..
Kolam renang ni terletak sama level dengan gym, playgound iaitu di level 5 hotel.
INDOOR GAME
Jarang hotel ada indoor game untuk anak anak tau.
tapi hotel di D 'Wharf Hotel & Serviced Residence ada menyediakan perkhidmatan indoor game untuk seisi keluarga. Malam malam tak tau nak pegi mana, sila terjah sini.korang hanya perlu standby RM nya sahaja..
SKY POOL CAFE
Breakfast percuma akan diberikan kalau korang menginap kat sini.
so bolehlah berbuffet breakfast di Sky Pool Cafe yang terletak di level 5, berhampiran juga dengan gym, playgorund dan kolam renang.
Sky Pool Cafe mula dibuka pada jam 7 pagi hingga 10.30 pagi. macam-macam juadah disediakan untuk para pengunjung.
PD WATERFRONT
hanya berjalan kaki sahaja dari hotel nak ke PD Waterfront. Macam macam ada.
mcdonalds, starbucks, kenny rogers dan lain lain kemudahan yang ada di PD Waterfront.
Malam-malam pon boleh bawa anak anak untuk bermain bubble dan jalan jalan sekitar PD Waterfront.
main bubble depan hotel
kalau korang stay pada hujung minggu, depan hotel ada port untuk food truck yang mula dibuka di sebelah petang dari hari jumaat sehingga hari ahad.
semua fasiliti yang wajib ada disekeliling hotel.
ada pantai.
ada pelbagai kedai makan.
ada tempat untuk bersantai seisi keluarga.
ada shoplot terdekat untuk shopping keperluan keluarga
parking free.
Kalau korang ke Port Dickson, aku cadangkan korang try bermalam disini.
tak perlu risau sebab check-in 24 jam.
PROMOSI
D 'Wharf Hotel & Serviced Residence ada menyediakan promosi khas untuk sambutan krismas dan tahun 2020.
apelagi jom grab semalam!
kita tengok firework dari hotel je..bestnyeeee!!
Percutian 2 hari 1 malam yang sangat seronok untuk anak anak.
Thank you D 'Wharf Hotel & Serviced Residencefor having us.
Website : https://dwharfhotel.com/
Facebook. :https://www.facebook.com/dwharfhotelpdwaterfront/
Instagram : https://www.instagram.com/dwharfhotelpd/
No telefon : 06-6461888
Faks : 06-6462266
Email : resvn@dwharfhotel.com
-MrsPuex-
2 Comments