Assalamualaikum/Hai,
Permulaan tahun 2020 yang penuh ENERGY.
Pertama kali rasa teruja bila tahun ni dapat bersama-sama menuntut ilmu di Program Nak Ubah Hidup 2020 (NUH2020) selama 3 hari berturut-turut yang dianjurkan oleh RichWorks International bersama pengasas Dr Azizan Osman di Setia City Convention Center (SCCC).
Mula-mula nak attend sehari je, lepas tu ok lah kita pegi 2 hari.. kemudian tak boleh jadi, kita completekan diri attend 3 hari terus . cuma, sesi malam je tak dapat nak pergi... tu pon dah bersyukur sangat sangat dapat kutip ilmu dan pengalaman yang penuh berharga ni..
KUNJUNGAN TIDAK RASMI PERDANA MENTERI MALAYSIA
Macam-macam kejutan yang kami terima untuk program ni..Salah satunya adalah kunjungan tak rasmi dari Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamed dan Ybhg Tun Dr Siti Asmah. Kami terkesima. Kami teruja. Kami tak sangka. Terima kasih yang tak terhingga kepada Perdana Menteri Malaysia dan isteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dan YABhg Tun Dr Siti Hasmah.
Macam-macam kejutan yang kami terima untuk program ni..Salah satunya adalah kunjungan tak rasmi dari Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamed dan Ybhg Tun Dr Siti Asmah. Kami terkesima. Kami teruja. Kami tak sangka. Terima kasih yang tak terhingga kepada Perdana Menteri Malaysia dan isteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dan YABhg Tun Dr Siti Hasmah.
Turut hadir YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan YBHG Dato' Dr Ahmad Jailani bin Mohamed Yunus, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar kerana sudi singgah ke program Nak Ubah Hidup 2020 yang berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam pagi ini. Mengulas kata Tun Dr Mahathir, "Rezeki datang daripada perniagaan, kalau nak makan gaji, takat itu ajalah... Kalau nak berniaga boleh sampai jadi millionaire." Tokoh hebat ini hadir bagi menyaksikan sendiri ramai bangsa usahawan jutawan Melayu yang sedang berusaha nak bina bisnes berjaya dan nak ubah hidup mereka.
Dalam 3 hari program ini, seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri Setia City Convention Center (SCCC) dari pagi hingga ke malam. Selama 12 tahun (2008 – 2020) dalam menganjurkan program dengan tujuan yang sama, semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka. Ditambah lagi dapat berjumpa sendiri dengan para jutawan anak muda . Macam mana dorang struggle from zero to become a millionaire.. kagum sangat dengan aura dorang.
Sebab itu, RichWorks International bersama pengasas Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang memerlukan bantuan. Ini kerana Dr Azizan sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan dan ini merupakan satu peluang untuk beliau cuba bantu lebih ramai orang betapa pentingnya ilmu untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik. Hasil daripada bimbingan beliau, ribuan usahawan yang pernah dibimbingnya berjaya mendapatkan hasil jualan di luar jangkaan. Dengan misi untuk membantu dan membangkitkan usahawan Melayu, bangsa usahawan (BANGSAWAN), ramai pelajarnya datang dari beberapa pelusuk negeri.
Antara input yang aku dapat bila aku berkampung selama 3 hari kat NUH2020 ni adalah :
1. Kenali potensi dan kemampuan diri kita yang sebenar
1. Kenali potensi dan kemampuan diri kita yang sebenar
2. Kenapa kita perlu ubah hidup, apa yang kita nak capai
3. Kenapa kita sentiasa gagal, apa halangan kejayaan kita
4. Bagaimana nak mulakan langkah kejayaan dalam bisnes
5. Kenalpasti matlamat hidup kita.
Berkesempatan berphoto dengan salah seorang jutawan muda , Puan Siti Noor Sabrina Mamasab Bakery yang menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019. By the way, aku salah seorang agen MAMASAB tau... lepas ni nak beli kek mamasab, boleh la roger roger saya ok!
TENTANG AZIZAN OSMAN
Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta. Visi Dr Azizan Osman hari ini adalah ▪ Untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia ▪ Meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200 ribu setahun ▪ Mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030
TENTANG RICHWORKS INTERNATIONAL
RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia. Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.
Antara topik dan pengisian program NUH2020 adalah:
1. Pengurusan Bisnes
2. Pemasaran
3. Jualan
4. Pematuhan Undang-Undang
5. Perakaunan & Percukaian
6. Operasi
7. Kepimpinan
8. Pembangunan Diri
9. Pelaburan
Titanium RichWorks
Program High Net Worth Coaching adalah Program “Mentoring Membership” setahun untuk membimbing bisnes melangkah dengan lebih cepat dan berkesan dengan menunjukkan cara, jalan dan kaedah terkini untuk kembangkan bisnes 10X ganda secara luar biasa. Antara kriteria pemilihan untuk program mentoring ini adalah bisnes yang telah mencecah jualan bulanan RM100,000 sebulan. Sejak 2015, menerusi program Mentoring Titanium RichWorks, Dr Azizan Osman telah memberi bimbingan kepada lebih 700 usahawan cekal dalam perkembangan dan pertumbuhan perniagaan mereka yang luar biasa dan jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan ini mencecah lebih RM800 juta setiap tahun.
Antara perniagaan yang berkembang luar biasa menerusi program ini dengan bimbingan Dr Azizan Osman termasuk Nurraysa Beauty, Das Abdul Global (DAG), Momentum Internet, Noir, Hasnuri, Sabella, Mamasab, Sambal Che Nor, Jamumall, Eskayvie, Rempah Mak Siti, Unlimited Dreams Sdn Bhd dan banyak lagi.
SPIRE RichWorks
SPIRE adalah Program “Mentoring Membership” setahun yang membantu usahawan yang berniaga dengan jualan minima RM30,000 sebulan untuk terus tambah ilmu dari segi Sales & Marketing, Compliance, Operations dan Leadership. Program ini juga membantu bisnes usahawan untuk berada di landasan yang betul dalam membaik pulih sistem bisnes supaya mereka lebih cepat berkembang. Misi dalam SPIRE juga adalah untuk mengubah cara usahawan dan syarikat membina bisnes dengan menawarkan pembelajaran melalui bimbingan secara online dan untuk usahawan menyusun jadual secara efektif dengan menonton ilmu terkini “At anywhere & At anytime.”
info lanjut berkaitan Program Nak Ubah Hidup boleh layari : www.nakubahhidup.com .
Next program, korang sila pergi ok! tak semestinya kena berniaga je kena pergi, korang nak ubah hidup kepada yang lebih baik pon boleh jugak join program macam ni..
sesekali kita recharge diri kita sebab Dr Azizan banyak menerapkan unsur unsur keagamaan dalam talk beliau.
info lanjut berkaitan Program Nak Ubah Hidup boleh layari : www.nakubahhidup.com .
Next program, korang sila pergi ok! tak semestinya kena berniaga je kena pergi, korang nak ubah hidup kepada yang lebih baik pon boleh jugak join program macam ni..
sesekali kita recharge diri kita sebab Dr Azizan banyak menerapkan unsur unsur keagamaan dalam talk beliau.
Program ni mendapat liputan berita dan media di seluruh malaysia.
I am impress!! Syabas Dr Azizan, syabas team Richworks!
nak berjaya, korang dah bersihkan kolam jiwaa??
aku suka part : SWITCHHHHHHH!!!!!! fuhhh legaaaaaa. seriuss!!! rinduu moment ni semua..
#Richworks
#Resultmatters
#NakUbahHidup2020
#NUH2020
-MrsPuex-
5 Comments