REALME TAWARKAN KOMBO BUAT PEMINAT ESTETIK DAN MUZIK : REALME BUDS AIR DAN REALME 5i !

Assalamualaikum/Hai, 

realme adalah sebuah jenama teknologi yang khusus dalam menyediakan telefon pintar berkualiti tinggi seiring dengan pegangan ‘Dare to Leap’. Jenama ini secara rasmi telah dilancarkan pada 4 Mei 2018 oleh pengasas Sky Li, bersama sekumpulan anak muda yang berpengalaman dalam industri telefon pintar. realme juga komited dalam menawarkan prestasi berkuasa bagi setiap model yang dibangunkan, selain berani menawarkan reka bentuk bergaya, perkhidmatan yang tulus dan penerokaan berterusan bagi inovasi telefon pintar.

Terbaharu, jenama realme telah dinobatkan sebagai salah satu jenama Global TOP 7 Smartphones bagi suku ketiga (Q3) tahun 2019 dengan pengguna berdaftar mencapai 17 juta dalam tempoh hanya setahun, menjadikannya jenama paling pesat berkembang.
Selain itu, realme telah berkembang secara global ke lebih 20 buah negara seperti China, India, Asia Tenggara, Eropah, Rusia, Pakistan dan Afrika termasuk Mesir.


realme Malaysia sebagai salah satu jenama yang semakin pesat berkembang hari ini mengakhiri tanda tanya peminat realme seluruh negara dengan melancarkan dua produk yang amat dinantikan iaitu produk audio realme Buds Air dan telefon pintar realme 5i sebagai ahli baharu keluarga siri kelima realme. Selain pelancaran pengenalan bagi tahun ini, realme Buds Air juga merupakan produk IoT pertama realme.

Menurut Tiffany Teh selaku Pengurus Jenama realme Malaysia, “Tahun lepas merupakan tahun yangmenakjubkan dan kami pasti rakyat Malaysia yakin bahawa realme akan terus membawa produk satu lonjakan ke hadapan sejajar dengan misi dan visi kami. Hari ini, kami akan memulakan tahun 2020 dengan satu lagi kejayaan penting dengan menawarkan produk audio tanpa wayar, realme Buds Air.

Tidak lupa juga, realme 5i dengan yang dikenali sebagai produk Quad Kamera Raja Bateri. Setiap produk yang kami bawakan ada pengelasan penggunanya tersendiri dan paling menjadi tumpuan sudah semestinya reka bentuk dan prestasi produk itu sendiri.” 

realme Buds Air - True Wireless, Smart Assistant 


Produk yang menjadi tumpuan ini menawarkan pengalaman audio tanpa wayar, sekaligus memberikan kebebasan mendengar muzik di mana sahaja. Ciri audionya ditambah baik dengan custom R1 chip dan Bluetooth 5.0 yang membolehkan sambungan segera dan stabil antara realme Buds Air dan telefon pintar. Bukan itu sahaja, penggunaan realme Buds Air juga memberi prestasi bateri yang lebih baik dan akses kawalan pintar (smart assistant) yang menyenangkan.


Dengan transmisi dwi-masa sebenar, realme Buds Air dioptimumkan dengan Mod Permainan yang memastikan pergerakan sempurna antara visual dan bunyi, iaitu kelewatan bunyi bagi mod biasa adalah 243.8ms, manakala bagi mod permainan adalah 119.3ms. Ini sudah pasti bakal menjadi buah mulut dan idaman setiap peminat mobile gaming tegar.

realme Buds Air juga dilengkapi dua mikrofon dengan teknologi Environment Noise Cancellation yang mengenal pasti setiap perkataan dan menyaring sebarang bunyi latar belakang. Semasa pengguna membuat panggilan contohnya, suara anda akan tetap jelas walaupun dalam suasana yang bising. Manakala bagi pengecasan penuh melalui kabel type-C, realme Buds Air boleh digunakan untuk tempoh sehingga 17 jam. Dari segi reka bentuk, realme Buds Air mempunyai bentuk kanal telinga yang sangat sesuai secara semulajadi terintegrasi dengan telinga anda.

didatangkan khas dengan variasi 3 warna. hitam, kuning , putih.

Produk realme Buds Air turut menyokong operasi sentuhan pintar dan menyediakan kawalan pintar untuk menjawab atau menamatkan panggilan, menukar muzik, melancarkan pembantu suara serta keluar masuk mod prestasi dengan sentuhan. Teknologi melalui Google Assistant ini membolehkan seseorang menikmati gaya hidup pintar baharu tanpa mengeluarkan telefon, boleh mengawal playback muzik, panggilan, pelarasan volume dan perkhidmatan maklumat, seperti cuaca.



Harga asal adalah RM299.
Jualan online pertama Shopee pada 21 Januari 2020 bermula 12AM
Harga Ekslusif RM199 pada 21 Januari 2020 sahaja. klik http://bit.ly/shopeetws
PERCUMA Hadiah Tahun Baru Cina 2020


realme 5i - Quad Camera Battery Hero


Model ini dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon  65 An 11nm, yang beroperasi pada kelajuan jam 2.0GHz bersama-sama dengan prestasi permainan yang dipertingkatkan dan generasi Qualcomm AI Engine ke-3. Sudah pasti memberikan prestasi cemerlang dalam segmen harganya. Ia dilengkapi dengan bateri sebesar 5000 mAh yang memberikan pengguna prestasi hayat bateri yang lama dan tempoh stand-by 30 hari.


realme 5i juga dilengkapi dengan pemisahan perlindungan tahan api dan tiga kali perlindungan untuk menjamin keselamatan bateri. Bagi ciri kamera, ia tersedia dengan quad kamera ultra lebar - 119 ° lensa sudut lebar (8MP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP). Kamera utamanya juga menyokong kesan EIS yang lebih baik, jadi pengguna boleh mengambil video yang lebih stabil semasa bergerak.


Bagi nilai estetik, realme 5i mempunyai reka bentuk Matahari dengan kesan biji-biji di bahagian belakang yang diproses oleh mesin ukiran radium ketepatan lima-paksi Jerman yang terkemuka di industri. realme 5i boleh didapati pada dua warna iaitu Aqua Blue dan Forest Green.

Harga sangat mampu milik iaitu hanya RM599.00 sahaja.
Jualan online pertama Lazada pada 28 Januari 2020 bermula 12AM. klik http://bit.ly/lzdr5i untuk pembelian.
Jualan offline pertama  bermula 18 Januari 2020.
lagi best PERCUMA Hadiah Tahun Baru Cina 2020.
tergodaaaa!!!

amacam??
bestkan produk terbaru dari realme ni..
semua produk dorang mampu milik tau..

untuk maklumat lanjut boleh layari :
Instagram : @realmemalaysia.

 -MrsPuex-

0 Comments