Setiap tahun bila menjelang bulan Ramadan, Shah Alam Convention Centre (SACC) akan mengadakan buffet ramadan kepada para pengunjung setia mereka.
Walaubagaimanapun, untuk tahun 2020, SACC menampilkan satu konsep yang berbeza. Bagi mereka yang merindui keenakan dan kelazatan masakan kumpulan Chef SACC - kini anda boleh mendapatkan menu-menu ala carte dengan pelbagai menu-menu menarik seperti udang lemak cili api, ikan masin masak lemak nenas, daging goreng berlado, ayam kerutup, kerabu mangga muda , sayur goreng jawa, air khatira , lai chi kang, bubur kacang hijau,seleksi kuih muih dan banyak lagi.
dan jangan risau, anda tidak perlu ke sana ke sini kerana perkhidmatan penghantaran turut disediakan. Just stay at home and we deliver to you.
SACC turut menawarkan Set Ramadan yang sesuai untuk 4 hingga 5 orang dengan hidangan tradisi mereka set kebuli dan dua lagi set pilihan iaitu Set Nasi Ambeng dan Set nasi Ayam Lunak. kesemua set-set ini lengkap dengan buah kurma, beberapa jenis lauk pauk , kuih muih, bubur manisan dan minuman. Jom tengok secara detail set-set yang disediakan :
SET KEBULI
- BUAH TAMAR
- BUBUR LAMBUK TIGA ABDUL
- SALAD ARAB
- NASI KEBULI
- KAMBING BAKAR KEBULI
- AYAM BAHMIA
- RENDANG TELUR PUYUH
- PAJERI TERUNG
- KUIH BUAH MELAKA
- KUIH TEPUNG PELITA
- BUBUR JAGUNG
- AIR KHATIRA
SET NASI AYAM LUNAK
- BUAH TAMAR
- ROTI JALAN DANA KARI KENTANG
- ULAM DAN SAMBAL BELACAN
- NASI PUTIH
- AYAM BAKAR
- IKAN PEPES
- KETUPAT SOTONG
- TERUNG SAMBAL
- BEGEDIL
- KUIH KETAYAP
- KUIH TALAM
- BUBUR SUMSUM
- AIR BANDUNG CINCAU
SET NASI AMBENG
- BUAH TAMAR
- MUTABAK RAJA
- KERABU AMBENG
- NASI PUTIH
- MEE GORENG KAMPUNG
- AYAM MASAK SEMUR
- UDANG MENTEGA TELUR
MASIN
- SAYUR GORENG JAWA
- SAMBAL KENTANG
- POPIAH PISANG COKLAT
- KUIH LOPIS
- BUBUR KACANG HIJAU
- AIR
BANDUNG SODA
Ada dua cara tempahan yang anda boleh buat secara online iaitu :
Tempahan
perlu dibuat sebelum pukul 2 petang untuk penghantaran pada hari yang sama.
Tempahan
awal boleh dibuat mengikut tarikh penghantaran pilihan anda.
Tempahan
boleh dibuat sehingga 6 petang untuk penghantaran pada hari yang sama
(konsep foodpanda/grabfood).
Set
Ramadan tidak dijual di platform ini kerana masa yang diambil untuk
penyediaan adalah lebih lama maka tempahan lebih awal perlu dibuat.
Saya sempat order Set Nasi Ambeng. kali ni kita try menu ala jawa dari chef-chef SACC.
sayur goreng jawa |
udang mentega telur masin |
mee goreng kampung |
sambal kentang |
ayam masak semur |
kerabu ambeng |
air bandung soda |
kuih lopes |
popiah pisang coklat |
bubur kacang hijau |
murtabak raja dan buah kurma (tiada dalam gambar) |
Alhamdulillah.
kenyang kami anak beranak. potion yang banyak. Berbaloi-baloi kalau order..siap boleh simpan untuk sahur lagi tau. Nak tau details? boleh tengok kat bawah ni ok.
E-JUADAH RAMADAN 2020
Tarikh
24 April sehingga 21 Mei 2020
Harga Lauk - Pauk
bermula dari serendah RM 4.00
untuk satu hidangan
Harga Set Ramadan
RM 90.00 bersih (istimewa hanya di
sacc.storehub.me)
PAKEJ PROGRAM RAMADAN CSR
Harga bermula daripada RM
20.00+ (minima 30 orang)
Pakej ini menyediakan :
- Senarai pilihan Rumah Amal atau Pusat Jagaan
yang memerlukan bantuan
- Pengurusan dan penyediaan makanan berbuka puasa
- Penhantaran ke Rumah Amal atau Pusat Jagaan
pilihan anda.
- Sumbangan duit Raya dan banyak lagi….
Untuk pakej ini, anda
juga boleh menghubungi pegawai jualan SACC dan berbincang untuk memastikan program
Ramadan CSR anda berjalan lancar dan sedikit sebanyak dapat membantu dan
menyokong mereka yang memerlukan.
Sebarang pertanyaan boleh refer maklumat di bawah :
website : www.sacc.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/SACCofficialnew/
No tel : 03-55118858
No Faks : 03-55118848
Alamat : No 4 Jalan Perbadanan 14/9 40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan
-MrsPuex-
0 Comments