KENANGAN RAYA 2020- RAYA MUSIM COVID-19

Assalamualaikum/Hai,

24.5.2020.
Raya 2020.
raya style paling rare.
raya musim covid-19.
dalam mood Perintah Kawalan Pergerakan.

Tiada solat raya berjemaah di masjid.
Tiada raya rentas negeri.
tiada kunjung mengunjung sanak saudara.
hanya ahli keluarga terdekat.
hanya 20 orang sahaja sekali berkumpul.
kalau tak, kena saman.

Pertama kali dalam sejarah, aku beraya kat shah alam.
Tak boleh balik PD.
Boleh rentas daerah je.
Boleh raya kat cheras baru sebab masih dalam daerah yang sama.
lembah klang.
yeaaahhh..
dalam hati, kalaulah abah mak masih ada, mesti happening semua balik beraya kat ceras baru..
dalam hati je la cakap. realitinya,hhhmmmm..
Alhamdulillah masih dapat berkumpul beraya adik beradik di hari raya pertama.
Inilah untungnya bila adik beradik duduk dekat dekat.. hehehe..

cuma,
dah balik ceras baru tapi tak dapat nak ziarah rumah baru mak abah.
semua tanah perkuburan DITUTUP.

makcik pakcik belah abah dan mak pon dalam daerah yang sama jugak tapi kami semua sepakat untuk tidak ziarah mereka atas faktor keselamatan sebab golongan warga emas dan kanak-kanak antara yang berisiko tinggi untuk dapat jangkitan COVIS-19 ni ok!

so kitorang sepupu sepapat decide untuk Video Conference je via ZOOM apps..
setting time, semua kena standby depan hp memasing.. hehehe.. tengkiu sepupu sepapat.. dapat jugak lepas rindu tgk mak sedara semua.
tak ziarah tak bermakna tak boleh berayakan..

ok la malas nak taip pepanjang.. layankan jelah gambar raya aku ok..


24.5.2020
HARI RAYA PERTAMA
LOKASI : RUMAH PUSAKA MAK ABAH - KG CHERAS BARU

my small family. kesayangan.


adik beradik dan in laws

aku, abang, adik.

family abang


family aku

family adik

anak buah setakat ni. ade yang nak menambah lagi ke?? hahaha..


video raya hari raya pertama.

 25.5.2020
HARI RAYA KEDUA
LOKASI : RUMAH AKU, SHAH ALAM



 26.5.2020
HARI RAYAKETIGA
LOKASI : RUMAH AKU, SHAH ALAM




31.5.2020
RAYA KELAPAN
RUMAH ABANG, PUTRAJAYA


VIDEO CONFERENCE PADA HARI RAYA PERTAMA DENGAN KEZEN BELAH MAK



Kisah moment raya aku tahun 2020.
Sampai ke harini aku masih lagi belum berjumpa makcik pakcik..
bukan sombong tapi aku ambil langkah berjaga-jaga.
aku sayang dorang, so aku tahan untuk berjumpa.
bila covid-19 dah sampai ke angka KOSONG, baru aku berani untuk melawat kesayangan aku walaupun dengan SOP here and there..

raya haritu aku just jumpa adik beradik je pon..
pusing pusing kot situ je..
hahahaha..
tahan nafsu nak pegi beraya rumah sedara mara lagi..

rinduu wei dengan makcik makcik aku belah mak..
rindu masakan dorang..
sebab masakan dorang sama citarasa dengan masakan arwah mak.
ok nangiss balik. serius aku rindu masakan arwah mak.. tskkkkkk.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1441H SEMUA ..
Semoga raya akan datang lebih meriah dan bebas Pendamik COVID-19..
aminnnn..

raya korang macam mana??
aku tau ramai yang terkandas tak dapat beraya dengan keluarga tersayang kan??
aku tak terkesan sangat sebab mak mertua pon ada duduk sekali.
adik beradik keliling aku je.
sedara mara pon dalam daerah yang sama je.

takpelah korang, ada hikmahnya semua ini kan??
Allah jentik kita semua untuk kita sedar dari lena..


-MrsPuex-

2 Comments

Ai said…
Tetap meriah..
nona sani said…
Meriah jugak tu. Heehee, siap pakai tengkolok lagi memasing...Sportinggg~

Saya pun leh rentas daerah..siap barbeque first da raya..tapi x la ramai sangat... Huhu..

Memang rasa lain sangat..bila x ziarah kubur. HM....Moga cepat hancur covid 19, tanpa tinggalkan sisa... AMIN