Pemeriksaan Kaki Percuma Hanya di Jennortho : Your Footcare and Jointcare Expert!

Assalamualaikum/Hai,

Umur dah diambang 40-an ni banyak sebenarnya nak kena buat alignment.
terutamanya di bahagian kaki. khas untuk tapak kaki.
aku percaya ramai yang abaikan kesihatan tapak kaki kan??

Haritu aku ada check tapak kaki kat satu outlet kat midvalley megamall..
jarangg ok ada outlet dalam shopping mall yang khas untuk kesihatan kaki.
hasil resultnya aku dapat detect low arch feet. apa tu?
jap lagi aku cerita details ya..

JENNORTHO  : YOUR FOOTCARE ADN JOINTCARE EXPERT


Jennortho adalah salah satu pusat pemeriksaan untuk tapak kaki dengan konsep Outlet Store di Shopping Mall terkemuka di Kuala Lumpur. Mempunyai kepakaran untuk 3D Custom Medical Orthotic untuk masalah-masalah tapak kaki seperti Flat Feet, Foot Pain, Heel Pain, Knee Pain dan Back Pain. 






Pengasas Jennortho merupakan seorang Pakar Orthotic yang terkenal di Malaysia iaitu Dr Edmund Lee . Di JennOrtho, mereka membantu menangani masalah berkaitan dengan kesihatan kaki. Seperti sedia maklum, kita banyak menggunakan pergerakan yang membuatkan kadang kala menyebabkan kesakitan. Mungkin lebih banyak masa yang dihabiskan untuk melakukan perkara yang kita suka. Lebih banyak masa untuk mengejar anak-anak, berjalan, berlari berkilometer dan apa-apa aktiviti yang lasak.


PEMERIKSAAN KAKI PERCUMA

Aku berkesempatan membuat pemeriksaan kaki secara percuma dan juga mendapat konsultasi secara percuma dari yang pakar. Aku cadangkan korang kalau ada masa terluang, datanglah ke Jennortho untuk buat pemeriksaan kaki. anak anak seawal 1 tahun pon boleh datang untuk cek kaki. kadang-kadang masalah kaki dapat dikesan sejak anak kita kecil tau. 




Hasil dari pemeriksaan, aku dapati tapak kaki aku ada masalah Low Arch Feet.  kesan kalau pesakit low arch feet ini akan rasa sakit pinggang membawak ke peha sampai ke betis. patutlah kalau berdiri lamaaa memang terasa sakit betul kat pinggang. Bila dapat konsultasi, aku dicadangkan untuk buat customized insole. kat Jennortho ni juga ada disediakan insole ready stock. So jangan risau, pilihan di tangan anda.. hehehe..


Sempena pembukaan rasmi pada 29 Jun yang lepas, Jennortho ada buat promosi. Antarannya adalah : 
Promosi Custom-made insole 
Harga Asal :RM2399
Harga Promosi : RM2199

Promosi Insoles Ready-made JennKids (termasuk kasut) - 
Harga Asal : RM1299, 
Harga Promosi : RM899

Promosi Insoles Ready-made Dewasa - 
Harga Promosi : RM999

Promosi Keluarga :
 Beli 2 PERCUMA 1





Bersama Pakar Orthotic Malaysia, Dr Edmund Lee.
Very humble dan friendly person

So, bagi korang yang berminat nak tahu tentang kesihatan tapak kaki, boleh refer maklumat di bawah :

Alamat : 
S-011, 2nd Floor, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur

Website :

Instagram :

Waktu operasi :
10.00 pagi - 10.00 malam
(Isnin- Ahad)


 -MrsPuex-
baru tau ada masalah low arch feet.. adoii..

11 Comments

Ana Jingga said…
betul tu anie kena pilih yang sesuai juga untuk kesihatan kaki kan :)
Fadima Mooneira said…
Good service! I need this kinda service for my bunion. Thank you for sharing.
Farhana Jafri said…
wahhh umur 1 tahun pun dah boleh detect masalah kaki. Nampak macam kaki saya ada masalah high arc
Fadzil Ahmad said…
Menarik jugak servis yang disediakan ni . Siap ada servis check kesihatan kaki lagi. Lepas tu mesti dia cadangkan kasut jenis apa yang sesuai kan
Decamellia said…
Haaaaa bestnya kalau dapat pergi cek kaki kita ni keadaannya macam mana. Kesian kaki. Paling kurang dapat perhatian
Zharif Azis said…
kesihatan kaki sangat penting tapi ramai yang mengabaikan status kaki. bagus ada tempat macam nie. boleh kita buat pemeriksaan percuma
Ika.S said…
Penjagaan kaki juga memang kena dititikberatkan :) Bagus ada tempat sebegini.
Sunshine Kelly said…
It good to go for the foot check-up coz we might not know that we got foot problems also.
Zaza Azman said…
Bestnya dapat check kaki... Kalau za pun kena tgk juga la nnt..
sophea ◇ said…
wah , rasa mcm nak check juga . bukan selalu ada ni
Princesa3290 said…
Menarikkk... Saya akan lawat store ni bila ada masa. Sebab memang nak cari kasut yg elok untuk kaki...