TAYANGAN PERDANA FILEM TERBESAR CARTOON NETWORK SEDIA MENGAUM
‘We Bare Bears: The Movie’ bersiaran serentak di saluran WarnerMedia, app HBO GO dan Cartoon Network Watch & Play
Semuanya bersedia untuk menyambut perhimpunan beruang terbesar pada bulan Ogos dan September
Semuanya sudah bersedia untuk menyambut menjadi tayangan filem perdana paling besar Cartoon Network! Dijadualkan pada 11pagi, Sabtu, 12 September, Beruang-beruang kegemaran ramai kembali dalam pengembaraan terhebat dengan filem televisyen pertama mereka, We Bare Bears: The Movie menerusi debut lintas-platform di Cartoon Network (Saluran Astro 615 HD / 635) dan saluran WarnerMedia yang lain seperti Boomerang, HBO, Warner TV, dan saluran hiburan Korea Oh!K, yang turut menayangkan MONSTA X tahun lalu, serta perkhidmatan penstriman HBO GO dan Cartoon Network Watch Play.Hidup menyeronokkan buat trio yang sangat disukai ramai ini namun apabila cinta mereka terhadap trak makanan dan video-video tular tidak terkawal, perkara itu menarik perhatian ancaman Ejen Trout dari Kawalan Hidupan Liar Nasional, yang berjanji untuk mengembalikan "keamanan semula jadi" dengan memisahkan mereka selama-lamanya. Dihalau keluar dari rumah mereka, Grizz memutuskan untuk berpindah ke Kanada! The Bears memulakan kembara jalanan yang penuh dengan kawan-kawan baharu, rintangan berbahaya, dan pesta besar-besaran. Tetapi yang paling penting, perjalanan yang berbahaya itu akan memaksa mereka untuk menghadapi pengalaman pertemuan kali pertama mereka dan bagaimana mereka menjadi saudara, agar ikatan keluarga mereka tidak berpisah.
Menjelang pelancaran filem, para peminat juga boleh mendapatkan episod We Bare Bears terbaik dalam tayangan tiga minggu istimewa, 4 petang setiap hari bermula 24 Ogos sehingga 11 September, hanya di Cartoon Network (Saluran Astro 615 HD / 635). Setiap minggu akan mempertontonkan sorotan satu Bear atau beruang, dengan episod khusus untuk menceritakan tentang kisah unik, asal usul, dan kualiti Bears yang tersayang:
Grizz bermula dari 24 hingga 28 Ogos, bersama dengan episod-episod yang mengingatkan momen-momen paling muzikal dan ‘sporty’ serta obsesi dan cinta mereka terhadap makanan!
Seterusnya, dari 31 Ogos sehingga 4 September pula akan mengenang jalinan Panda terhadap manusia yang ia anggap seperti keluarga, pengalaman dirinya menjadi sensasi internet bersama Nom Nom, dan penghormatan khas untuk anime dan K-pop!
Akhir sekali, Ice Bear menggulung semuanya dari 7 hingga 11 September dengan meninjau kembali detik-detik paling bergaya dan paling teknologikal mereka, dengan mengimbas kembali pelbagai pertemuan antara Bears dengan Pigeon Cartel.
Info selanjutnya tentang We Bare Bears: The Movie
Membawa pengembaraan dan persaudaraan kawanan beruang ke tahap yang baharu, Eric Edelstein, Demetri Martin dan Bobby Moynihan kembali sebagai beruang Grizz, Ice dan Panda yang disayangi ramai dalam We Bare Bears: The Movie. Filem ini juga akan menampilkan bintang tamu berulang Cameron Esposito (sebagai Ranger Dana Tabes), Ellie Kemper (Lucy), Jason Lee (Charlie), Patton Oswalt (Nom Nom), Mel Rodriguez (Darrell Zaragosa), dan Charlyne Yi (Chloe Park), dan bintang tamu khas seperti Marc Evan Jackson (The Good Place) sebagai Ejen Trout dan Jimmy O. Yang (Silicon Valley) sebagai rakun terkenal internet, Joey Raccoon.
Cartoon Network akan mengadakan #CNWatchParty secara maya buat pertama kali untuk Asia dengan Pesta bertema, Idea dan Aktiviti We Bare Bears
Tonton pada pukul 11 pagi pada hari Sabtu, 12 September, dengan ulangan pada jam 3 petang dan 7 malam, dan sertai peminat di seluruh Asia dalam pesta menonton We Bare Bears: The Movie yang pertama kali seumpamanya di Cartoon Network. Kongsi reaksi langsung semasa tayangan perdana filem dengan menambahkan tanda pagar #CNWatchParty dan #WeBareBears pada siaran media sosial.
Untuk mendapatkan dan memasuki suasana pesta, peminat di Malaysia juga boleh memuat turun kit pesta We Bare Bears: The Movie dan menikmati aktiviti menghiburkan lain seperti video, permainan dan kuiz eksklusif menerusi https://cartoonnetworkasia. com/webarebearsthemovie.
tonton movie trailer di sini : https://www.youtube.com/watch?v=kqb1197B8G4&feature=youtu.be
tonton movie trailer di sini : https://www.youtube.com/watch?v=kqb1197B8G4&feature=youtu.be
NOMBOR SALURAN TV WARNERMEDIA:
· Cartoon Network (Saluran Astro 615 HD / 635)
· Boomerang (Saluran UnifiTV 555)
· HBO (Saluran Astro 411 HD)
· Warner TV (Saluran Astro 712 HD / Saluran UnifiTV 451)
· Oh!K (Saluran Astro 394)
Tentang Cartoon Network Asia Pacific
Cartoon Network, saluran kanak-kanak nombor satu di Asia Pasifik, menawarkan kandungan animasi original terbaik termasuk hits global yang telah memenangi banyak anugerah seperti Ben 10, The Powerpuff Girls, Teen Titans Go!, OK K.O.! Let’s Be Heroes, Adventure Time dan We Bare Bears; serta animasi original Asia Pasifik termasuk Monster Beach dan Lamput yang pernah menerima pencalonan dalam Emmy Awards.
Cartoon Network tersedia dalam 14 bahasa dan di lebih daripada 135 juta kediaman TV berbayar di 29 negara di seluruh Asia Pasifik. Di peringkat antarabangsa, saluran ini telah ditonton di 192 buah negara dan lebih dari 400 juta isi rumah, dan merupakan peneraju industri dengan penawaran global yang terbaik hiburan animasi kanak-kanak dan keluarga berkelas pemenang anugerah.
Jenama ini dikenali dengan meletakkan para pengikutnya di tengah segalanya dengan menerapkan pemikiran kreatif dan inovasi di pelbagai platform. Cartoon Network juga sudah mencapai banyak lagi kejayaan iaitu menerusi laman web, permainan, platform rakan kongsi seperti HBO GO, dan aplikasi termasuk Cartoon Network Watch and Play. Cartoon Network, jenama pendamping kepada Boomerang dan POGO, dibuat dan diedarkan oleh WarnerMedia Entertainment Networks Asia Pasifik.
-MrsPuex-
9 Comments