KONVOI BANTUAN BANJIR MAIWP BERNILAI RM 1 JUTA BERGERAK KE KELANTAN

Assalamualaikum/Hai, 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada hari ini telah  merasmikan pelepasan konvoi misi bantuan banjir Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ke negeri Kelantan.

Pelepasan konvoi tersebut dibuat di Kompleks Islam Putrajaya dan seterusnya akan bergerak menyampaikan bantuan di jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah dan Pasir Mas selama 3 hari bermula 4 Februari – 6 Februari 2021. Turut hadir pada majlis pelepasan ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Akbar Samon. 





Konvoi terdiri daripada 12 buah kenderaan seperti lori dan van yang membawa barangan bantuan terdiri daripada keperluan rumah dan makanan seperti toto, periuk nasi, lampin pakai buang (kanak-kanak), tuala, sejadah, telekung dan sebagainya bernilai RM1 juta.

Seramai 12 orang sukarelawan MAIWP menyertai konvoi ini bagi membantu agihan bantuan. Secara keseluruhannya, MAIWP memperuntukkan RM5 juta bagi bantuan banjir kepada 4 buah negeri iaitu Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Setiap negeri menerima bantuan bernilai RM1 juta dalam bentuk barangan keperluan dan RM250,000 bagi bantuan kepada masjid yang terjejas. Bantuan kepada masjid disalurkan kepada setiap negeri menerusi Jabatan/ Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.


Selepas negeri Kelantan, konvoi misi bantuan akan bergerak ke Terengganu dijangka pada 10 Februari 2021. Pada 29 Januari yang lalu, konvoi misi bantuan banjir MAIWP telah menyampaikan bantuan di negeri Johor dan Pahang.





-MrsPuex-

1 Comments

HErman said…
Terima kasih kerana membantu..