Koleksi Buku IDW Design : Reka Bentuk Dalaman Kini Boleh Dimiliki Oleh Semua Rakyat Malaysia!

Assalamualaikum/Hai, 

Perasan tak semenjak dua menjak ni ramai yang dalam mood nak mengubah suai kediamaan masing masing mengikut citarasa masing-masing. tapikan, kalau kita nak buat dekorasi tanpa ilmu yang betul pun, silap silap hasilnya tak berapa sedap mata memandang.. betul kan???

Niat nak mendeko membuak-buak tapi kalau idea tak kunjung tiba pon semua benda takkan menjadi.. 
jangan risau kengkawan, Meh saya cerita macam mana nak dapatkan idea yang kreatif, moden dan mengikut peredaran zaman sekarang dengan bajet yang paling minimum..

janji baca sampai habis ok!


Cabaran Membina IDW

Memulakan syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman yang dinamakan sebagai IDW Design & Build (IDW) pada tahun 2007 yang pada masa itu masing-masing berusia seawal 21 tahun. Ketika itu masing-masing baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Penubuhan syarikat didorong setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai RM1.7 juta.

Pada usia 24 tahun, pasangan ini menerima tawaran projek reka bentuk kolej yang bernilai RM70k. Projek ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. Disebabkan kurang pengalaman dan faktor umur yang masih muda, pasangan ini seringkali ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang.


Tekad dan keazaman yang kuat menjadi pembakar semangat buat pasangan ini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana, dan seterusnya ke peringkat Sarjana. Dalam masa yang sama menguruskan perniagaan IDW. Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di Sarjana akibat kurang memberikan komitmen masa dalam pembelajaran.
Pasangan ini juga terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan, dan akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan.  Mereka meneruskan tekad untuk membina empayar IDW walaupu terus berdepan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor.


Tragedi Kebakaran

Pengalaman ngeri yang membuka minda Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW. Tragedi kebakaran IDW New Zealand pada tahun 2017 yang hampir meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarga apabila rumah penginapan ketika percutian keluarga hangus dijilat api. 


Bertitik tolak dari tragedi itu, menjadi ‘push factor’ untuk pasangan ini mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW. Tekad mereka untuk membantu 1 juta pemilik kediaman memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna.

Fenomena Covid

Tahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan juga seluruh dunia dengan penyebaran virus COVID. Akibatnya seluruh negara berhadapan ‘total lock down’ dan semua individu hanya duduk di rumah. Bersikap sentiasa bersedia mendepani apa juga cabaran, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan.


Sasaran utama untuk lebih fokus, mengkaji kembali kemungkinan yang sukar diramal dan bersiap sedia untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik. Disebabkan arahan kawalan pergerakan menyebabkan ramai yang mahukan ruang kediaman lebih selesa dan tidak membosankan.

Kesannya, permintaan untuk mencantikkan ruang kediaman semakin meningkat dan IDW menjadi pemangkin untuk mencipta ruang lebih selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga. Disebabkan ‘New Normal’ mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection.


Servis Eksklusif dan Harga Yang Perlu Dibayar 

Sebagai jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini, IDW berjaya mencipta ruang tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan. Keberkesanan IDW dalam menzahirkan rekaan yang menepati cita rasa pelanggan, membuktikan setiap pelaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi.


Malah IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenal pasti cita rasa dan rekaan yang berkualiti. Servis reka bentuk di IDW bermula dari RM6k kadangkala mengehadkan kesedaran kepada semua pemilik.


Setiap Rumah Wajib Ada Buku Koleksi IDW !


Kenapa saya cakap macam tu? sebabnya setelah saya meneliti setiap inci naskah dari buku koleksi IDW ni kan, saya terus terpegun. Penuh dengan konsep moden dan nampak sangat mewah. Apa yang lagi menariknya, harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan mengikut bajet pelanggan itu sendiri. Setiap perincian dititikberatkan untuk mendapatkan hasil yang paling terbaik. Dekorasi setiap part bahagian rumah semua cantik-cantik sangat. Sudah semestinya setiap pelanggan sangat berpuas hati dan teruja. 

Hasil kerja team IDW untuk membuat transformasi dari ruangan yang biasa kepada ruangan yang paling indah dan sedap mata memandang sangat menakjubkan. Idea dorang sangat superb! 
Syabas kepada Team IDW!

Ada rezeki lebih nanti nak jugaklah buat rumah cantik cantik macam ni.. haruslah pilihan utama saya adalah dari team dekorasi IDW!! 

IDW Design Collection : Semua Dalam Satu Pekej!


Sempena Ulang Tahun Ke-15 dan Dengan Situasi ‘Normal Baru’ mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection.



Dengan adanya Design Collection, IDW berusaha membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga yang sangat mampu milik. Buku Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi.


DAPATKAN "PLUG & PLAY" INTERIOR DESIGN BOOK PERTAMA DI MALAYSIA SEKARANG!

RAYA PROMO RM 397 (HARGA ASAL: RM2897)

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi  team IDW di :

#best interior design in malaysia #house interior design in malaysia #interior design in malaysia #interior design in selangor #interior design in shah alam #idw design & build #interior design kuala lumpur #interior design firm in malaysia #top interior design in malaysia #top interior design in selangor #top interior design in shah alam #home interior design #minimalist house design #modern house interior #boho room decor #bohemian decor #contemporary interior design #house interior design in selangor  #aesthetic bedroom #living room design #bedroom interior design #free interior design #Interior design bumiputra #outdoor decor #famous interior designers #famous interior designers in malaysia #art deco interior design #3d room design #decoration design #interior design company in malaysia #interior design company in selangor #interior design company in shah alam #interior design near me


 -MrsPuex-

1 Comments

bagus la diorang ni..menarik tengok rekaan deco dalam rumah tu.cantik